Usia semakin mengejar kita,
Sedari kecil kita ditatang bagai minyak yang penuh,
Di ajar menjadi insan terbaik olah org tua,
Yang tak kenal penat sepanjang usianya
Semata2 melihat kita bahagia..
Usia semakin mengejar kita,
tanpa kita sedar,bahawa masa terlalu pantas berlalu,
tak kira apa yang terjadi..masa tetap akan pergi,
kita semakin dewasa mengejar realiti hidup
Usia semakin mengejar kita,
tatkala susah dan senang,
ingatlah sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit..kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sempit..hidup sebelum mati..
Usia semakin mengejar kita,
di pentas dunia kita bertarung,
mengejar cita-cita dan kebahagiaan bersama insan tersayang,
segalanya bersama sementara masih ada waktu..
Usia semakin mengejar kita
tatkala kesibukan di dunia
adakah kita bersedia di akhirat sana?
ada bekalan ilmu dan amalan sentiasa cukup dibuat bekalan?
insyaallah bahagia tetap menantimu dunia dan akhirat..
Usia semakin mengejar kita,
semoga penganjakkan usia mu ke-33 tahun,
membawa lebih banyak pengharapan yang terbalas..cita-cita yang tak pernah luntur,semangat yang kental,rezeki yang mencurah..
insyaallah dirimu dilindungi Allah sentiasa..
isteri dan anak-anak sentiasa mendoakan kesihatan dan panjang umurmu...enchek suami=)
Usia semakin mengejar kita,
"selamat hari jadi yang ke -33 tahun"
walaupun dirimu di duga dengan sakit pada harijadimu..
tapi ingatlah Allah sentiasa sayang padamu dengan penganjakkan umur ini=)
semoga tabah mengharungi idup bersamaku dan anak2=)
i lappp u "papa"
(merah siap nyanyi lagi buffday mlm tadi n tanya mana kek?..huhu mummy tak sempat g beli sayang tapi mummy janji arini kita celebrate sesimple mungkin..insyaallah)