BZ YANG AMAT AMAT

 

Lamanya tak menulis dalam blog biru my little honey dew nie..Lama juga tak singgah jenguk kawan kawan bloggers..Rindu rasanya..hehe

Sebenarnya minggunie ada sikit tersentuh dengan PEMERGIAN DATUK AZIZ SATAR..

 
 
 (1925 - 2014 )
ALLAHYARHAM DATUK AZIZ SATTAR

 Sorang lagi seniman agung yang dikagumi..
tak sangka yang murnya dah menceceah 89 tahun sebab muka arwah mcm awet muda..maybe sentiasa terukit senyuman di wajah dia menjadikan wajah dia sangat2 muda dan disenangi..

AL FATIHAH PADA ALLAHYARHAM AZIZI BIN SATTAR

Kajang - Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini kira-kira jam 2 pagi tadi. Anak perempuannya, Sandakiah membertitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu....
berita selanjutnya di sini..



TERINGAT...TERINGAT...TERINGATT..

 Teringat pada arwah ayahanda yang tercinta..
senyuman juga selalu terukir dibibir arwah..
dikala nie rindu menyelubungi..

Dah masuk tahun kedua arwah meninggalkan kami..
sangat rindu nak bermanja dan bergurau senda..

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYAHANDA
"ABD HALIM BIN ABD RAHMAN"

semoga ayahanda aman bahagia di sana..
semoga Allah mencucuri rahmatNYA
semoga ditemnpatkan di SYURGA FIRDAUSI..
Amin amin ya robbal alamin..



Arwah suka sangat masak
bila kami balik memang dah tersedia menu hidangan


Juga suka mengusik mama..
Adajer benda nak di usik 





 Gambar ni yang paling mummy suka sangat sangat sweet..
dengan cucu pertama dia si merah

semua gambar memang mengukirkan senyuman
senyuman yang menjadi kerinduan
sehingga kini...



 

 Innalillahi wainnailaihi Raji'un - "sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali"...





 Sesungguhnya kehilangan mereka mereka yang tersayang amatlah meruntun hati
jiwa dan perasaan..Tak sanggup rasanya menghadapinya lagi..tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir ALLAH..

mereka mereka yang tersayang hanyalah pinjaman semata mata
kita kena akur dan terima ketentuan ilahi..
hanya kenangan yang tak dibawa pergi...




P.Ramlee dan Arwah abah



Pertama sekali salam penghulu segala hari semua
Salam Jumaat yang indah
Sebenarnya hari nie sedikit kehairanan sebab pagi-pagi daku mendengar alunan lagu-lagu drp
"P.Ramlee"

Rupanya bila google, hari ini adalah kelahiran beliau
TENGKU ZAKARIA BIN TENGKU NYAK PUTEH
22 MARCH 1929 - 29 MAY 1973


Al-kisahnya baru mummy tahu P.Ramlee atau nama sebenarnya Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Puteh..
So tarikh kelahiran P.Ramlee n arwah abah,Abd Halim bin Abd Rahman berkongsi tarikh kelahiran..


ABD HALIM BIN HJ ABD RAHMAN
22 MARCH 1953 - 28 NOVEMBER 2012

Aku n arwah abah begitu meminati Allahyarham P.Ramlee..
semua lagu2 nya selalu kami layan..
Cerita pula jangan cakaplah ulang2 kali kami tgk bersama-sama
Arwah abah boleh menyanyi sambil bermain alat musiknya (gitar n keyboard) lagu dendangan allahyarham P.Ramlee..

Al-Fatihah buat kedua insan hebat pada mummy..
keduanya punya perwatakan yang serupa..

*kelakar
*seorang seniman(mcm arwah abah seniman buat anak2nya sbb dia sangat kreatif n berjiwa seni..hanya kami keluarganya yang tahu n sesiapa yang mengenali arwah)
*bersuara merdu(arwah abah juga sedap bila menyanyi dan mengaji)
*keduanya berkongsi tarikh 22 march sebagai tarikh kelahiran..
*keduanya telah kembali kepada Allah...



Aku nanges setiap kali tgk gambar arwah abah..sememangnya perit kehilangannya..setiap kali tulis entry tentangnya pasti air mata lajujer nak keluar.Nak2 bila terpandang fotonya..
apapun ke rela n redha..cuma kenangan bersama arwah abah memang terpatri kemas di otak ku..Tak mungkin ku lupakan..Rindu pulak rasa,selalu paling lama sebulan tak jumpa...nie dah 3 bulan dah lebih 100 hari tak jumpa..fotoje pengubat duka kami anak beranak..

Al-Fatihah kepada keduanya
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh keduanya..
sesungguhnya aku mengkagumi dua insan ini...



Aku sememangnya suka lagu-lagu P.Ramlee.
dulu abah kata 
"ingatkan orang muda tak suka lagu2 lama"
siapa kata org muda tak minat?hehe.. aku mmg minat semua lakonan n lagu2 allahyarham P.Ramlee sampaikan hafal.
Dalam pc nie mmg banyak lagu2 beliau..Lagipun suka tgk wajah Allahyarham P.Ramlee yang manis.hehe


korang suka tak lagu P.Ramlee??
jom kita layan sama2..


100 hari pemergian ayahanda






Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera,bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rabah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
"Yang Pergi Takkan Kembali Lagi"


Lagu:Yang pergi takkan kembali
Dari:Rabbani



*semoga roh arwah abah(abd Halim bin Abd rahman)aman bersemadi di alam sana..Semoga diterangi kuburnya,diluaskan pusaranya,di hiasi dengan wangi wangian syurgawi..Semoga abah di lindungi dr azab kubur dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman..

Insyaallah
Semoga rohnya dicucuri RAHMAT Allah..
Amin..
100 hari pemergianmu..
Kenduri tahlil sudah selamat kami buat..
Alhamdulillah..






Full stori tentang Peninggalan arwah abah




Bismillah..
Salam rabu semua..
tadi ada mummy buat WW-peninggalan arwah abah



yes..
ada yang jawab dengan betul iaitu kolam ikan..
Setelah 2 bulan lebih pemergian abah kolam dia dipinggirkan..
setelah kami semua satu family REDHA dngan pemergian dia..kami berniat nak jaga semua apa yang diusahakan oleh arwah..

Arwah seorang yang kreatif..semua benda dia buat sendiri mcm2 kursus dia pergi mcm kursus bela ikan..kursus cacing,kursus buat soya..semuanya ada sijil..dia suka timba ilmu..Cakap aja tentang perniagaan tak kisah apa dia berminat=)

ok berbalik tentang kolam ikan..
sebenanya nie salah satu kolam yang ada..ada 2 kolam dan 4 akuarium semuanya..
mummy balik cuti raya cina tak kemana cuma tolong mama bersihkan kebun2 kami dan bersihkan semua kolam2 ikan..


memula kami amik semua ikan2 letak dalam baldi besar..amik ikan guna jaring..Kolam mcm dalam gambar2 ikan talapia dan ikan patin.So arwah tak pula pesan pada mama yang kolam nie kena tambah dengan air klorin.sebelumnie mama tak letak air klorin soo beratus ikan talapia mati=(
alangkah ralatnya..

Selepas itu mama tanya kedai ikan kenapa mati..So apek2 gtau kena tambah dengan air klorin baru idup.air yang itampun ikan boleh still hidup..ooo mcm2 rupanya...so dalam baldi sementara tuh kami letaklah klorin sedikit..


So yang botol2 tulah air klorin..So yang mana batu2 sungai yang berlumut kami bersihkan.tangki tadahan hujan tuhpun kami bersihkan..n kami sental kolam2..hanya sental sahaja tanpa sabun..Arwah pesan kalau nak basuh kolam ikan jgn guna sabun atau apa2 bahan kimia nnt ikan mati..sebelum masuk ikan2 semula dalam kolam kena campur air klorin dulu..

Agak tenang berada di kawasan rumah sendiri..
Kolam belakang rumah lupa nak snap plak..samajer mcm kolam yang depan cuma kolam belakang umah ikan keli,ada dalam 400++ ekor dan ada 4 akuarium bela ikan pacu.n ikan ape tah lupa plak.huhuhu..




Sofia dan aiman suka duduk tengok ikan=)
beriadah di rumahpun terasa puas=)



sang suami tengah nak lepaskan ikan patin dalam kolam=)
ralit nampak..


si kecik aiman suka juga tengok ikan2 berenang2.baru 3 bulan dah mcm pandai mata tuh tgk ikan2 bergerak=)

selain bersihkan kolam kami bersihkan tanam2an n pokok2 bunga di kawasan rumah.banyak sayur,ulam n buah yang abah tanam..Esok ku ceritakan lagi yea..

Sesungguhnya kami bangga ada abah yang serba boleh..
boleh memasak dengan sedap
boleh menjahit
boleh bermain semua alat musik
boleh menyanyi
merdu bila mengaji..
boleh menjahit..
boleh usahakan nursery pokok2 bunga.tanam buah semua jadi..
pokok kata serba bolehlah..daku bangga Allah bagi pinjamkan seorang yang tak mungkin boleh diganti sampai hujung nyawa...      =( sedih pulak terasa..

Al-fatihah untuk arwah abah yang sangat mummy sayang..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin


WW-Peninggalan Arwah abah..





Insyaallah akan mummy ceritakan apakah peninggalan ini..
Insyaallah apa yang arwah tinggalkan mummy akan jaga=)
harituh raya cina alik melaka banyak kerja yang mummy buat..
nnt akan cerita satu persatu..

buat masa nie sedang banyak kerja=)
sambung petang2 sikity n banyaknyer komen nak di reply=)

WW-Sekitar Tahlil 40 hari arwah abah



Pejam celik pejam celik dah lebih 40 hari arwah pergi.
Rindu dengan Gelak tawa n usikan arwah
Rindu nak berceloteh..
Alhamdu;illah kenduri Tahlil 40 hari arwah dah selesai dibuat..

Layankan gambar sedikit sebanyak yang sempat daku snap



Belakang Rumah



Menu hidangan nasi ayam.Buat kenduri selepas zohor

Ada sedikit kuih muih jiran2 bagi..


Alhamdulillah selesai sudah tahlil 40hari arwah abah...Terasa kepuasan bila masak sendiri=)selepasnie naikkan batu nisan selepas 100hari..rindu nak pergi kubur abah..

Al-Fatihah pada arwah semoga dia dicucuri RAHMAT Allah di alam sana..Semoga dia ditempatkan dalam golongan orang2 yang dikasihi Allah..Di syurga Firdausi..Diluaskan kubur..insyaallah..

Blog Arwah abah...semuanya kenangan..



Salam jumaat korang..kejapjer minggu nie dah jumaat.
Beberapa minggu lepas mama call mummy dan bagitahu ramai gak yang tanyakan "telur pindang"



Nielah telur pindang..Dulu sebelum arwah abah dialisis dia yang buat telur pindangnie..Telur nie isinya warna coklat pekat tak macam telur rebus..Orang belah johor pandai makan..So dah lebih 40 hari abah meninggal hanya kenangan dia masih ada..

Sedih mengenangkan dia..Dia kreatif n seni orgnya..pandai lukis potret..pandai main semua jenis alat musik..dia pandai dalam kerga2 grill dan kimpalan..Hasil tangan dia sangathalus dan desingn grill,pintu semua dia yang buat..dan sampai kini telur pindang dia aku tetap suka..Dia tahu aku pandai buat blog so dia minta buatkan satu blog untuk dia sampailah terhasil blog nie

Warisan Ibunda
http://rempahtradisi.blogspot.com

Dan sampai kini ada jer yang tepon..Arwah sempat juga amik beberapa tempahan sempena cuti sekolah..tempahan bertunang org kawin..masa mummy buatkan blog id n pword mummy yang reka..Arwah ada tulis dalam buku 555 sbb tak ingat..



Kawan2 abah ramai yang berbangsa cina..Ada jugak kawan lama dia tak tahu dia dah meninggal dunia...Ada dia bg number h/p mummy kat org untuk urusan tempahan.Sedih sgt bila dorg telefon...

Sekarang nak delete blog arwah tak tahulah mcm mana caranya..Tapi blog2 kenangan dia dengan mummy..kami bincang n buat sama2 bisnes telur pindang nie...sedih!!mmg sedih!!

Business Card

Emailpun ada lagi tapi mmg tak ingat paswordnya...Tapi serius sayang nak delete blog Arwah..penuh gambar kenangan telur pindangnya..kalau bab2 bisnes mama tak berapa reti tapi kalau abah mmg selalu n suka sangat berceloteh dengan dia ttg bisnes..Bisnes kelambu mummy buatpun dia sokong 200%..n bagi banyak idea mcm mana nak buat=)

Takpelah mummy tak tahan tgk dia sakit..Merahpun dah tahu kalau tanya "kak yah kita alik melaka nie jgn carik abah tok yea".."kak yah tau mummy, bah tok kat kubur..ti kita g umah baru dia"tapi "ma tok ada kawankan?ma tok kawan ngan kak yah"..aduhai cerdik merah..hanya doa kami panjatkan untuk arwah "abd halim abd rahman"..abah yang kucintai..

Sekarang banyak2 sedekahkan surah Yassin dan Al-Fatihah untuk arwah biar dia senang di sana.tulah hadiah yang kekal untuk dia..yang bleh bersama dia di sana..Dan kalau sedih sangat dan nak ubat kerinduan kesedihan mummy baca
"surah Al-khauthar" insyaallah terubat pedihtuh..


Tanda-tanda yang jelas pemergian Ayahnda tercinta

Astagfirullah Al Azim...
Hari ini masuk minggu ke 4 arwah ayahnda tercinta
Abd Halim Bin Hj Abd Rahman kembali ke pangkuan ilahi..
Sehingga hari ini daku masih rasa dia adajer di rumah =(

Tapi nak buat cammana kuasa Allah dan rahsia kematian mmg kita tidak tahu..Walaupun sihat tapi kalau dah sampai janji kita kembali padaNya tetap tak boleh disangkal lagi..
Hanya amalan yang dibawa bersama..

Abah...
Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa jua..
Along akan sentiasa doakan abah supaya 
Allah melindungi abah di sana
Supaya abah diberi keluarga yang lebih baik drp dunia
Semoga diberi rumah yang lebih luas drp dunia..
Semoga ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman..
Semoga ditempatkan di jannah Allah...amin

sebelum pemergian arwah..sebenarnya memang banyak tanda2 yang kami keluarga sedari dan tidak sedari..yang kami sedari tuh kami cuma tuk menyangkalnya supaya tidak berlaku apa2 kepada abah tapi ternyata ianya berlaku..

semuanya kelihatan jelas semasa 100 hari sebelum abah pergi..
iaitu raya haji bulan oktober 2012
semasa nie abah dah masuk icu sbb dia ada paru2 berair.berikutan kerosakan buah pinggang dia tak bleh minum banyak air tapi hari sebelum tuh dia minum 3 gelas air tembikai laici masa bersama adik yang num 3..

pastu hari yang sama selepas 1 hari raya haji adik num 2 bersalin anak sulung dia..
Allah maha kuasa krn bagi baby boy setelah 2 tahun dia kahwin takda anak.kebetulan dlm keluarga kami hanya arwah abag jejaka lain semuanya wanita..sbb tuh bila dia pergi btul2 meninggalkan kesan..

PERTAMA
Dengan takdir allah dia ok dan walaupun dah pindah ward biasa dia still kena pantau.abah gtahu mama dia nak juga tgk jaja(adik num 2)
bila pak guard tak kasi dia merayu2 supaya bleh masuk n kata
"bolehlah tak tahu bila lagi bleh tgk satu2nya cucu lelaki saya.."
pak guard kesian diapun kasi..
keluar air mata gembira dia mencium2 baby aiman =(

KEDUA
selepas boleh balik ke rumah dia buat tapak semula di leher di HKL.so g lah umah adik num 3 erin..
kat sana diapun tak bape sihat tapi erin minta dia buat gubahan bunga untuk letak kat tb 2 pasu (lupa nak snap masa g umah erin arituh)
erin minta dia buat lagi untuk meja makan plak 1 pasu.pastuh dia kata
"abah rasa tak sempatlah erin"erinpun taklah syak sbb ingatkan dia nak g hospital sangat dah..rupanya mmg takkan sempat abah buat gubahan bunga tuh..pastu pagi jam 5 pagi bertolak ke hkl buat tapak

KETIGA
masa kat hospital HKL dah buat tapak kat leher warded 1 hari.n masa kami g jenguk dia dia kata
"eh tali pinggang kesayangan abah nie dah tercabut kepala nyer..tamatlah riwayat tali pinggang abah nie"
memang lama tali pinggang tuh dia pakai..sedihlah masa ngah tulisnie tapi insyaallah ku teruskan menulis..
pastuh kami cakap "takper abah nanti kami ganti baru"
dia kata "takperlah abah tak perlu yang baru"..diapun senyum
Esoknya kamipun ambil abah n hantar ke melaka..

KEEMPAT
tapak kat leher mmg dia tak leh pakai lama.so dia kena buat kat celah kelangkang sementara waktu..seminggu di hospital melaka lepas tuh..mummy masakkan dia ikan haruan sup untuk dia pulihkan luka2 operation..diapun makan..Dia kata kat mama(masa nie mummy takder)
"pandai dah along masak.pasnie tak payah risau nak masakkan dia bila balik melaka nnt.dia masak dah mcm aku masak.sedap=)"
(mmg arwah pandai masak..semua yang dia masak sedap sangat)

pastu bila buat dialisis asyik jer semput bila balik..aku rasa adadah yang tak kena.mmg rasa tak sedapjer hatinie..sik tak cukup bekalau oksigen..tercungap2..Dari harituh kami satu family penuh kerisauan.

sampailah suatu hari dia masih di hospital melaka n kata abah g HKL semula kamis nie tapi takleh g sendiri.kena ambulan hantar..so aku n adik num 3 mmg ada d kl.kami tunggu abah di sana.dia buat tapak terakhir di dada..So mcm biasa kalau abah ke HKL kami akan temankan arwah di sana..

Wajahnya nampak tenang n bersahaja seolah2 gembira buat tapak di dada tapi ada dia bgtahu kat dada kiri tapak2 doktor kata memang berisiko sangat untuk dapat jangkitan kuman n bahaya sbb dekat ngan jantung n organ2 penting..Doktor kata boleh pakai 1 tahun pastu tansfer kat perut buat dialisis air..

KELIMA
masa nie abah sangat2 gembira..pastuh setelah 1 hari di ward HKL abah dibenarkan pulang...
masa pulang singgah solat semua di putrajaya..erin adik num 3 hantar abah alik melaka..masa nak alik aku masakkan dia.berselera sungguh dia makan..=)suka aku tgk..akupun bg lah 1 keping durian crepe.punyalah suka..dia kata
"SEDAPNYALAH HAI..MINTAK SATU LAGI LONG"
aku katalah mana bleh abah kena kawal makan
diapun cium2 tangan dia kata alahai nnt payahdah nak rasa nie..
akupun kata "takper sekali lagi balik along beli lagi kay"
rupanya mmg tak sempat dia makan=(

KEENAM
masa nie dia nak balik melakadah dr umah mummy d putrajaya.
dia kata..malasnya rasa nak balik tapi kena balik gak..dia mcm berat hati nak tinggalkan aku sekeluarga..aku tak ikut sbb rasa dah 3 minggu start raya haji dok ulang alik ke melaka..so erin hantar dia alik...masa nak alik dia sik jer pandang aku.aku perasan cara pandang dia lain.sayujer mata dia tgk aku..masa nak balik2 dia peluk aku erat2..
dia peluk cium aku,sofia n merah n nizam juga..sedihnya ketika merasai pelukan terakhir itu..
masa d lift nak turun ke bawah sofia n merah kejar dia nak ikut dia alik..dia pun kata
"dia tak bglah long abah pergi"
Itulah kali terakhir aku jumpa dia..aku tgk senyuman dia..
(aduhai masih tak tahan kesedihan..)
memang sofia nak berdukung jer dengan arwah masa tuh=)

KETUJUH
masa di melaka abah telefon minta aku balik melaka.tujuan suruh bawak alik buai aiman..
dia gaya jugak aku suruh balik akupun kata insyaallah akan balik hujung minggu..masatuh hari senin kalau tak silap..
dia kata dengan nada gurau "aliklah long tgk si aiman nak buai nie haa"lagipun abah cadang nak buat kenduri..
belakang umah mummy tuh dia ada bela angsa,itik dan ayam belanda.
"ko aliklah abah nak buat kenduri aiman nie...balik ajak erin sekali taw.balik sama2 jangan balik sorang2"
mcm tahu2 jer malaikat nak jemput sbb itu dia yang beriya bela semua binatang kat belakang rumah2 untuk buat kenduri tahlil dia nanti..

memang selalu 2,3 kali dia ingatkan supaya kami adik beradik balik sbb dia nak buat kenduri cucu lelaki dia aiman tetapi sudahnya "kenduri tahlil dia rupanya"punyalah sedih...tak pernah rasa sesedih ini sepanjang aku hidup=(

entah kenapa sebelum ini kami adik beradik n mama juga dapat rasakan yang dia btul2 nak pergi jauh tapi mulut kami semua terkunci..sebenarnya masih berharap supaya dia sihat suatu hari nanti..masih berharap..walaupun kami sedar bila dah dialisis memang ada risiko yang tinggi..

KELAPAN
masa dengan mama,mama juga ada sign yang dia nak pergi..
mama kata, abah kata
"siannya aku tgk ko yah..penat dah jaga aku,mana nak jaga jaja yang berpantang lagi,mana nak jaga nor nak periksa spm lagi"takperlah meh aku picit bg ko lega sikit..masa dia picit dia asyik tenung mama jer pastu kata
"yah..aku dah lega dah..anak2 semua dah kerja,kawin dan ada plak cucu perempuan n lelaki.dah puas aku..walaupun taklah kaya sangat tapi aku puas semua aku nak aku ada"
"meh sini dekat aku...aku nak peluk ko"
"sedapnya peluk ko nie yah...wangi"=)
mama rasa pelik sungguh abah sbb selalu dia tak cenggitu...kata2 dia mcm tersentuh hati..
masa minggu tu abah hari2 masa pagi2 abah bawak mama g makan kat luar.memang mama tak masak..dia spent waktu2 terakhir dia ngan mama..

KESEMBILAN
Dengan adik num 2 yang berpantang tuh dia kata, abah cerita kisah hidup dia..start dia kecik sampailah dia ada 3 org cucu..masa tuh lewat malam dah..jaja kata masa tuh dia hanya mendengar sahaja..n dia peluk plak jaja selepas tuh minta jaga aiman sebaik mungkin..

Itulah  tanda2 abah nak pergi ke pangkuan ilahi..
Allahuakbar Allah maha besar..sebenarnya mmg kami rasa dia nak pergi dah tapi seminggu sebelum dia pergi memanglah dia happy jer..makanpun lalu..3 hari (selasa) sebelum pergi dia dah takleh makan.berak2 muntah2..dia kata jer "sedapnya aku tgk air tuh tapi aku dah takleh makan minum dah.."

hari kamis jam 5 petang dia dah koma n ada pendarahan..sebelum tuh mama cerita masa pagi kamis dia berak2 n masatuh dia duk di wheel chair n minta mama bawak kuar ke tepi tingkap..dia pejam mata n cakap
"sejuknya angin pagi..sejuk dah pipi n muka aku...sedapnyalah angin pagi nie.."lama dia duduk tepi tingkap tuh n pastuh minta mama tolak ke ward..

lepastuh dia kata kat mama
"ko alik yah masakkan aku bubur.tekak aku pahit nak makan bubur je"
mamapun balik nak masak bubur..nak dijadikan cerita patut mama mari jam 1 petang waktu melawat tapi mama kepenatan n tertido.jam 6 baru keluar rumah..pastu pihak hospital call jaja kata abah dah koma jam 5 petang..itulah saat terakhir abah bersama semua org=(

mama memegang hp abah dengan erat di tangan sambil terkenang
dia kata kat jaja
"ja..ko tau mak ko niekan dah aim hp abahnie..dia nak pakai sbb hp dia rosak..abahpun nak beli hp baru dah..nak beli hp yang ada surah2 yang ada surah yassin..boleh hari2 abah dengar.."nie juga salah satu signal dr abah=(

pastu abah pergi jam 10.25 malam..hari kamis 15 muharram 1434 hijrah..wayar2 dicabut di badan..aku masih belum sampai..bila erin call kata abah dah takder..aku menangis semahu2nya..aku tak sempatlagi dah tgk dia senyum..walau hakikatnya dia meninggalkan kami dengan senyuman di bibir..aku menunggu kepulanan jenazah abah di rumah..aku kuatkan diri untuk turut sama menguruskan jenazah keesokan harinya..

Ya Allah kau tempatkan abahku di syurgamu..
Kau berikan semua kebaikan dia alam sana Ya Allah..
Padamu ku bermohon..
Amin..

Rindunya pada arwah...abah..

Dikala aku menaip entri ini..
kesedihan meneliputi seluruh jiwa dan raga..
hari ini seminggu abah meninggalkan kami sekeluarga..
ingat lagi abah menghembuskan nafasnya yang akhir di
Hospital Besar Melaka hari Rabu
14 muharam 1434 hijrah..

aku dapat panggilan jam 5 petang drp angah
"along doctor beritahu abah dah coma..dia suruh kita siap sedia..tapi mcm mana pun dia cuba buat CPR"..kami masih berharap..aku kelam kabut mengemas pakaian kami sekeluarga..
tiada apa di minda melainkan terbayang wajah insan paling aku sayang n hormati selalu..

kami bertolak setelah solat isya'..tapi ralat sebab dlam perjalanan di highway aku terima panggilan dr erin adik num 3 kata abah telah tiada..Allah telah ambil abah...luruh jantung saat itu..Ya Allah betapa cepatnya kau ambil abahku..sejuk seluruh tubuh..

aku tak terus ke hospital sbb dimaklumkan jenazah dibawa terus ke rumah...aku sampai rumah menanti dengan penuh kepedihan van jenazah..bila sampai jam 11 malam aku rasa tak kuat...rasa nak tumbah..tak pernah dalam hidup rasa sedih sebergini...hanya abah sorang lelaki dalam keluarga..semua urusan walaupun memasak dan menjahit abah tahu lakukan..

abah seorang yang suka mengusik..buat orang sekeliling senang dengan dia..tapak dialisis yang terakhir didada dia telah dijangkiti kuman.hari jumaat sebelumnya abah demam panas..isnin dia warded..mama jaga di ward 2 malam..rabu mama balik rumah sekejab dan abah pesan nak makan bubur mama masak..jam 6 petang mama g semula hospital..kebetulan jam 5 orang hospital telefon kata abah dah coma dan ada darah beku didalam kepala..darah beku yang banyak dan split..

jam 10.25 malam hari Rabu, abah kembali di sisi Allah..
semua wayar2 di badan dibuka..masa di hospital aku tiada masih dalam perjalanan..

Masa jenazah abah sampai...aku memangis semahu mahunya.Bergetar lutut n rasa tak mampu untuk berdiri tatkala Jenazah di usung keluar dr wan Jenazah=(.ku lihat wajah yang putih bersih seolah-olah tersenyum pada kami..tenangjer wajah abah..sangat bersih..ada sedikit darah tempat tebuk di dada keluar..lemah longlai tubuh..mujur anak2 dah tido kecuali merah..aku biarkan dia di rumah jiran..malamtuh aku sedekahkan yassin kepada arwah..bacaan yassin yang selalu abah baca bila selesai solat..Ku peluk Jenazah abah seeratnya macam selalu ketika kami berjumpa..

Aku bertekad untuk pengkebumian n urusan jenazah abah esok hari aku terlibat..bermula dari mandikan jenazah aku sebagai kakak sulung aku harus kuat..hanya aku perempuan bersama2 menantu 3 orang dan beberapa orang2 surau membantu ku memandikan abah..bermula daripada kaki sehingga segenap tubuhnya..ku sirami abah dengan sebaiknya...kakinya ku siram dan ku gosok...kaki yang pergi mencari rezeki untuk kami anak-anak nya..ku siram tangan,tangan yang memberi makan pada kami sehingga kami bernikah..ku siram mukanya yang suci..dahinya yang memerah keringan untuk kami sekeluarga..abah tak pernah merungut walau sedikit membesarkan kami adik beradik..hanya dia seorang lelaki dalam keluarga..betapa terasa kehilangannya..celah2 tangannya ku basuh,ku gosok dengan penuh lembut sepertimana usapan di kepala ku yang biasa abah lakukan bila aku sedih..walaupun abah dah pergi tapi tangannya tidak sekeras ku sangka..walaupun dia dah tiada tapi jari jemarinya senang dibersihkan.Inilah tangan yang suka memasak bila anak2nya pulang ke rumah..Tidak pernah lupa memasak lauk pauk kegemaran kami..Aku asam pedas ikan sembilang.jaja ikan belanak,erin ikan gelama n ain ikan pari..ku teruskan memandikanmu.ku amik putik kapas bersihkan celah2 kuku,gigi dan telinga.setelah sampai air di muka ku tenung wajah abah...inilah insan yang menjagaku..inilah insan yang membesarkan ku sehingga aku berkahwin..besar sungguh pengorbananmu abah..terima kasih..terima kasih abah...
Terima kasih Allah atas pinjaman sementara ini..Terima kasih atas pinjaman yang begitu berharga buat aku.Seorang yang bergelar A.Y.A.H...

Alhamdulillah mandi jenazah diakhiri dengan siraman kapur barus..wangian kapur barus membuat aku lagi sedih.,.tak tertahan hiba nak ku tangung..selepas mandi abah kelihatan sangat bersih..luka didada berhenti selepas selesai mandi..alhamdulillah Ya Allah abah kelihatan sangat2 tenang..kami angkat abah dengan berhati-hati untuk dikafankan..

bila kafan abah masih lagi kelihatan tenang..wangi wangian (minyak atar dipakaikan)..alhamdulillah..abah nampak keciljer bila dikafankan..

ramai sangat orang yang datang ziarah abah..penuh rumah..selesai semuanya kami solat jenazah..kami berdoa dan bersembahyang untuk penghormatan terakhir..rasa sebak yang tak terhingga..perit sungguh kehilangan abah..Sungguh tak pernah daku merasa kehilangan orang tersayang..

setelah itu kami melihat abah pergi..setelah cium abah beberapa kali walalupun tak puas tapi ku relakan dikau pergi.Sejuk betul muka abah macam air batu..wangi wajahnya macam selalu=).Allahuakbar dugaan apa kau beri..sakit sungguh rasa dada..abah dibawa pergi..lemah longlai lutut menahan sebak..terasa nak rebah..ku lihat mama hampir terduduk..ku harus kuat demi mama..kami adik beradik harus kuat..

kami iringi abah hingga ke kubur..abah di semadikan di melaka..tanah perkuburan dekat dengan rumah kami..selesai semua talkin di bacakan..masa tanah di letakkan di pusara abah mmg ku rasa sedih sangat nak merelakan abah pergi takkan kembali..
Saat ini adalah yang terakhir kalinya..Aku takkan dapat melihat wajah abah lagi..hanya kenangan abah yang masih kekal..

Abah semoga abah tenang di sana setenang apa yang kami semua nampak semasa kau terbaring kaku..biarlah kau pergi daripada menanggung kesakitan melawan penyakit..
abah menghidap penyakit buah pinggang bermula drp tumbuhnya batu karang dalam buah pinggangnya..sehinggalah bulan 12.2011 dia terpaksa buat dialisis kerana 2,2 buah pinggang tidak berfungsi..

start selepas raya haji lepas dapat satu2 nya cucu lelaki impian abah..abah keluar masuk hospital krn darah asyik blocking bila buat dialisis..sampailah nyawanya yang terakhir..2 minggu sebelum abah pergi..dia nampak sihat dan ceria..tapi aku dah rasa bila dia memelukku dengan erat2 ketika jumpa kali yang terakhir...

abah...
sungguh rindu dengan jenaka mu..
saat ini hanya doa dapat ku panjatkan supaya kau aman bersemadi disana..
Alhamdulillah kenduru tahlil 3 hari dah selamat kami buat.,.mama memang longlai nak pegang senduk utk masak.aku gagahkan diri aku buat tahlil abah..alhamdulillah ramainya yang sudi datang mendoakan..

pada rakan2 blog maaf sekiranya tak membalas msg..kerana hingga saat ini emosi sedih masih menyelubungi..insyaallah akan beransur pulih nanti..terima kasih kepada yang sudi bertanyakan kabar..yang sudi sedekahkan Al-fatihah untuk arwah

banyak sebenarnya signal sebelum arwah pergi..akan aku ceritakan bila dah sedia nanti..sekarang hanya mama yang ku ada..kan ku jaga mama sepenuh hati aku..seperti yang abah pesan..

Al-Fatihah untuk abah
yang ku sayang sampai bila-bila..
moga Allah memberikanmu syurga..
Moga abah dapat keluarga yang lebih bagus disana,rumah yang lebih luas dari dunia..



abah yang romantik orangnya..
orang yang kelakar juga=)
dia pergi masa umurnya 59 tahun..

Aku ada gambar abah semuanya..
dari start jenazah sampai sehinggalah dia dimakamkan..
hanya itu lah memori terakhir bersamanya..
sungguh tenang wajahnya..bersih dan suci..alhamdulillah..

Tolong doakan

Tolong doakan abah saya
tadi mama call dari melaka doctor kata abah dah coma
abah diberi bantuan penafasan secepatnya..
Doktor kata lagi..
abah ada pendarahan dalam kepala
start daripada dialisis terakhir dia diserang semput pada isnin
dan diserang demam panas semalam kerana ada jangkitan dalam darahnya..
Doktor kata lagi minta kami bersiap sedia 
.abah dibawa terus ke HKL malam ini juga dengan ambulan untuk rawatan segera..
saya sekeluarga menunggu di kuala lumpur..   
sedih sangat saat ni...
tekenang2 wajah mulus abah yang tercinta..
saat menaip ini...air mata membasahi pipi...Ya Allah...Ya Allah
tolong doakan untuk abah mummy..
semoga Allah melindungi abah..
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in