Breast pump Rumble Tuff Untuk dijual



dah sold out!
tq to siti wangsa maju sudi beli
hepi pumping dear=)








Nak Let Go pump Baru dipasaran nie
sebab adik yang minta tolong Let Go...
Murah-murah jer nak tolak kay..
100% good condition sbb baru pakai sebulan..warrantypun masih ada lagi..

Berminat???
Klik Link Bawah nie
http://mummyrinazone.blogspot.com/2013/02/breast-pump-rumble-tuff-untuk-dijual.html


Review Breastpump Rumble Tuff



Ekceli lama berkurun dah tak cerita tentang breast pump kan??
So sebenarnya Adik yang baru bersalin raya haji 2012 arituh adalah mintak tolong surveykan pump tuk dia..tp budjet dalam RM500 kebawah jer sebab anak sulung banyak benda nak dibeli..

So nak dijadikan cerita akupun sedang menyusukan sofia sampai sekarang.Dan sekarangnie masih memerah susu badan di opis menggunakan pump aku nie


*madela swing*
harga masa beli rm500++ sebab reject (kat kotak ada kemik sikit so bg murah sikit.beli kat ajasu "www.mybreastpumpshop.com")
harga sekarang RM700++

Nie pump aku dah guna dari start anak sulung lagi..Dalam tahun 2009-2010 sampai merah 1 tahun 7 bulan.pastuh tak pump2 dah sbb dah preggy sofia..

Pastuh aku g serbis semula masa menyusukan anak ke-2 sofia maisarah..sampai sekarang start 2011-2012.Sekarang umur sofia 1 tahun 7 bulan.So masih mengepam di opis..

Sebab tuhlah aku tak bagi pinjam jaja(adik aku num 2) pinjam pump aku..Kasian dia...so dia g beli yang budget RM500 ke bawah.So carik punya carik,masatuh mmg urgent nak pakai sbb diapun dah bersalin baru nak carik..waduh!!so teringat satu kedai yang ada online jugak n beralamat di melaka..so cepat2 g n dapatlah pump ini
''
''
''
"Rumble Tuff Breastpump"

So aku test pakailah...so kat bawahnie aku gtau apa bestnya pump nie..

KELEBIHAN
1. Pertama sekali mampu milik sebab harga tak cekik darah mcm "madela nyer jenama"masa beli ada offer sbb baru cuma 300++ jer..

2. Ianya Double Pump Electric.So senanglah nak pumpkan..Kalau pump kat opis bolehlah cut time bila waktu mengepam2.Jimat masa.

3.Corong pump tuh memang mcm avent ada kusyen.hehe so tak sakit kay masa kita mengepump.

4. Bukan hanya electric boleh pasang kat plug tapi pump RT nie pun boleh guna betri gak.So agak mudah nak pump masa travel.Cuma sediakan Betri.4 biji betri saiz AA.

5.Bukan hanya electric,kalau nak jadikan manual juga bisa dong...hehe kan dah 4 dalam 1..Double,electric,betri and manual.So boleh pilih nak guna cara mana..



nielah manualnyer2..ada dia sediakan 2 buku panduan untuk korang yang nak guna..Senang tgk jer panduan2 cara guna pump nie..

6. Ianya ringan..Boleh masuk handbegjer breastpumpnie..Sama ringan dengan "madela swing".Mudah nak dibawa kemana2 sahaja anda berada..hehe

7.Dari segi bunyi bleh tahan lah taklah bising sangat sama macam bunyi hanphone yang vibrate2 jerk.kalau kat opis masuk dalam lagi n on so takderlah bising mcm nie hah


nie dakulah tengah ,mengepump sambil ber"entry".hehehe..
so boleh tutupkan laci tuh n sambil2 buat kerja bleh pump di tempat anda bertugas..

8.Rentak pengepaman ada 2 suction.Sama mcm madelah lebih kurang.Memula suction dia rentak laju mcm baby isap laju2 pastu bila dah "let down reflex"susu akan banyak...pump nie akan tukar rentaknya jadi slow supaya susu tak tumpah sbb banyak.
Masa korang pump2 kan...nanti boleh set berapa lama korang pump.Nanti tgk pada moto pump nie dia akan tunjuk mcm nie


alamak aku lupa nak snap masa onn pump nie.huhu..so dekat skrin kecik2 lah dia tunjuk n korang siap boleh kunci lagi masa mengepump yang seterusnya..Pump nie akan bunyi tet tet tet mcm jam mengingatkan waktu mengepam yang korang kunci tadi..kira leh jadi jam jugaklah..hahahaha

Level suction pun sampai 7 ker 9 mcm2lah lupa plak.tapi guna level 3 pun dah kuat.Tgk manual book mana nak adjust level suction2 ok..

9.Semua part tak banyak sangat.senang nak basuh n selenggaralah n paling penting tiada kes "masuk susu kat tiub sbb tiub n penghubung corong tak sama dengan laluan susu"..tah korang paham ker dok.kalau tak paham korang tgk..belek2 buku panduan cara guna pump nie ok...



Perbezaan ngan *madela swing* 

1.Of course madela jenama agak mahai.masa aku beli murah sbb reject kat kotak so im very lucky masa tuh.hahaha..Skang tak silap RM700++..Tapi kalau mampu boleh guna sbb mmg hasil terbaiklah..

2.Kelemahan ketara swing mudah masuk susu dalam tiub.Aku banyak kali kena sbb aliran/tekanan susu laju sgt..So kalau pump sambil buat kejo jadi ralit..Tapi takperlah kena more beware jer..

3.Tak boleh buat manual.Hanya guna electric plug n betri ajer..N bukan DOUBLE PUMP..hanya single sahaja so ambil masa sikit nak pump.Tapi daku pump kat meja sambil kerja so takder masalah..

tapi untuk keseluruhan RUMBLE TUFF pump mudah digunakan dan berbaloi juga beli.aku lepasnie kalau madela rosak n takleh baiki/serbis daku guna jer RT nie..tapi madela jenama kukuh..tak mudah2 nak rosak..hahaha..

Dari segi ketahanan RT nie..bape lama leh guna?bolehker guna hardcore?aku tak tahu kay..korang kenalah google2 sendiri.hikhik jgn mara aaa..


Aku review sbb tuk perkongsian ibu2 yang baru nak intai2 Breast pump esp ibu yang bekerjaya..tapi kalau btul2 mampu boleh beli "madela freestyle"lagi besh.Tapi harga RM1500++.So aku timbang tara yang mana pump2 yang aku kenal nak2 pump baru yang jauh lebih murah dan berkualiti jugak..So boleh sama2 sharing..
Ikut jugak serasi korang atau tak.mcm aku dah biasa ngan "madela swing so madela swing sangat selesa walaupun ada banyak juga kekurangan tapi dr segi hasil tuaian susu tiada masalah"alhamdulillah..


selain tuh kenalah rajin mengepump..Breast pump nie menyokong cket2 jer kalau kuat usaha insyaallah jika Allah izinkan susu sentiasa ada.Kalau takder2 kerja Allah kita tinggal usaha yea..




kalau ada pertanyaan2 berkaitan madela swing,avent manual atau rumble tuff nie korang leh email aku dekat

nurulhezrina1983@yahoo.com.my..


aku cuba sedaya upaya bg jawapan kay..tapi aku taklah pandai sangat so boleh gtahu ikut pengalaman daku sendiri..
klah nak stop sini sambung keja sat..



happy breasfeeding n pumping..
smile alwis n tenang sentiasa tip untuk kelancaran kerja seharian kita insyaallah dengan izin Allah..

Ramadhan semakin dekat

Ya Allah...pejam celik pejam celik dah nak ramadhan.
puasa lak bertimbun lagi nak diganti..
huhu skangnie bila pump susu kat opis cepat rasa lapar.
nampak gayanya mcm kena byr fidiyah lagilah tahunnie.huhu..

tapi masih berjuang tok abeskan baki2 puasa..
adakah ku mampu??



stok susu nak hadapi ramadhan nanti..
mesti mencabar sungguh..
rasanya cukup..
niepun tak kemaslagi n bawak kuar tarikh yang lama...ujung weekend nie nak kemas bagi beku tangan.huhu

ku perasan frozen ais kat tepi2 freezer dah makin tebal..
kena bersihkanlah.mcm mana ek nak clearkan frozen tepi2 freezer2??

aduh hai


adeh adeh patoh kaki den..nih hah dok ngah syok pump2 susu tetiba tempat betri takleh guna.

test2 guna plug pulak pun slowlah suctionnya.minggunie kena alik melakalah plak amek pump ganti dr "ajasu" mybreastpumpshop.com
mujur bleh dapat pump ganti.

so minggunie tercungap2lah mengepump sbb slow suctionnya=(sabarjerlah.cabaran mmg ado jerk.


*lagi rasa nk hantuk kpla kt dinding..haha bila ngah pump2 tetiba susu msuk tiub n terus ke motor..waaa jgn lh rosak dlu pump seblum den antr g serbis..huhu nasib2.

yeaaay yeaaay...

akhirnya mummy dapat satu berita baik..tadi mummy sajelah col nursery merah n sofia..just tanyakan ttg sofia..

"nak tanya mcm mana sofia arini?dia minum susu tak?"
biasanya soklan nie mummy tanya pada babysitter kt nursery ttg sofia.semua tau sofia ada mslah keliru puting since mummy kembali bekerja.dah 3 minggu mcm2 puting mummy pakai.7jenis semuanya..

n lastly penantian daku sebagai mak berakhir...n bbysitter ckp"sofia ndak ngan puting n hari nie..guna puting ajer tak guna sudu mahupun srink..waaah mmg lega mummy dengar taklah nnt tunggu mummy alik bru nak susu.kuruslah ko nanti mek sepiah oii..

so mmg mummy takkan belilagi dah since sofia leh terinma puting tuh..nie jenama putingnya..



*gambar ehsan en google*tq*


jenama doktor baby..tak mahal rm6.90 3puting dapat..
ada gelembung udara
sangat lembut..
puas ati mummy..sebelum nie mmg byk abess beli jenama2 puning yang matcham2..
''
''
so ape jadi outing2 yang barulagi mummy beli?ada sesiapa nak?tapi semua saiz s lah tok baby..nnt mummy publish gambar puting baby esk=)

Wordless Monday 17/10/2011


madela swing


17/10/2011
9.30 am-10.00am
4 pack storage beg antumzz = 4oz per pack(4x4=16oz)
plus 1 oz dlm bottle bumble bee(16oz+1oz=17oz)



siap sedia dalam cooler beg...

wordless Wednesday


stok susu masa 3 bulan pantang

mummy start pump n kumpul stok susu masa hari ke-3 berpantang..masa hari ke3 tuh hanya 0.5oz jer masa pump..tapi mummy relex jer.sbb memang dapat sedikit masa awal2 bersalin.

so mummy memang kerap pump ikut dan sbb sofia taklah kuat nyusu sangat n takut bengkak susu.so bila malam...12 ke atas memang mummy tak bleh nak tido sangat so mummy capai pump swing kesayangan mummy tuh..

so sampai 3 bulan berpantang mummy dapat kumpulkan dekat 300++ stok susu..nie bukan nak menunjuk tapi sebagai semangat nak susukan selama baby 2 tahun..

nie mummy nyer stok.mummy bersalin 23/07/2011 so stok pertama adalah 25/07/2011.semua stok sehingga 31/7/2011 adalah 44 ketul ais krim..nyam nyam=)

kat bawahnie stok bulan august 2011





stok dr awal hingga 31-8-2011 4oz sebanyak 157 ketul ais krim tok sofia..masa bulan lapan nie stok meriah sbb sofia still menyusu seperti biasa n banyak tido waktu malam.mummypun pelik nape cket dia minum tapi berat naek n sihat=)

stok bulan 9 sofia start kuat menetek.siang malam bergayut..so mummy buat stok yang mana sempat jerk..




so bulan 09/2011 nie mummy sempat buat 100 stok sahaja

oktober belum sempat amek gambar yang 1/10/2011-02/2011

kalau 3/10/2011 harinie jadual mummy pump kul 9.00pagi,12.00tgh,3.00petang n 6.00 direct feed sofia

so sehingga saat nie di opis dapat ni..


mummy letak 3oz untuk sofia sb dia minum cket2 jer.sekali minum 3oz.adalah dapat 6paket perahan jam 9 pagi dan 12.00tghari tadi.

''tetiba dapat call dr nursery kata sofia tak mau susu dalam botol.tak minum ikut puting..masak2.sa jam 10.45pagi mummy g direct feed dia n kul 1.00 g dirict feed lagi..so apelah jadi susu2nie???


susun leklok dalam deep freezer n ada gak dalam peti 2 pintu sbb penuh..harap sebelum tempoh xpired 6 bulan..sofia dapat abeskan semua stok..kalau tak mummy wat mandi dialah..haha biar putih lagi..


alhamdulillh rezeki allah buat sofia..dulu msa merah cbran lain..msa sofia.keliru puting.tak bergerak sgt stok nie n ada beberapa oz terbuabg sbb sofia tak minum.peti dah tak muat..manalh nk letak..merah plak takmaudah susu nie..ktanya susu sofia...huhu

Breast pump jenama modu yang berbaloi


aduyai bilalah mood nak bercontest nak kembalinie...skang tol2 tak der mood nak berblog atau berkontes montes..dok mencari ilmu jer tttg berkaitan ibu n anak=)

almaklumlah due bersalin dah nak dekat..huhuhu..skang dok jenjalan BW umah mana2 ibu yang ada cket ilmu ttg pantang..dan nyusu serta alat2 menyusu nnt

so jumpa jenama breast pump modu yang menarik perhatian..nie mummy jumpa di blog


haa dia cerita ttg breast pump jenama terbaru..mummy terpikat dik nonnn..jom tgk apa infonya n bleh kita kongsi bersama2 ngan semua mommies2 kat cnie..
''
''

Modu Breast Pump

 MODU- Pam Penyusuan terbaru di pasaran Malaysia.





About modu  breast pump



* Pam berganda 2 – double pumping – didatangkan dengan 2 
set utk kegunaan pam berganda di dalam satu kotak –
 tak perlu beli aksesori tambahan. Semuanya 2.

* Mempunyai 6 level digital, level 1 dan 2 utk
fasa stimulasi, dan seterusnya level 3 utk fasa vakum

* Pam penyusuan yang menyerupai nada
hisapan bayi (mimic baby’s suction)

* Pam penyusuan yang tidak akan sekali-kali backflow

* Pam penyusuan yang mempunyai side function
– nasal suction (utk bayi) dan cleaning function
(akan di demo semasa pelancaran)

* 2 corong silikon – selesa dan tidak menyakitkan

* Pam elektrik yang mempunyai jangka hayat
sehingga 2000 jam.
* Tekanan 500 – 1060 hPa
* Berat: 700 gram sahaja
* Warna: PINK 
* Warranty: 1 tahun
* Sparepart dijual berasingan
Harga asal: RM599
Harga promosi: RM 559

Anda sudah boleh buat Pre-Order Pam 
Penyusuan MODU bermula hari ini
 – terhad kepada 30 ibu yang terawal sahaja
 dengan harga RM 499 sahaja!
* Pembayaran melalui kad kredit online (paypal),
 kad kredit di semua cawangan sarakids, m2u,
money transfer dan tunai diterima*
** Pam akan mula di hantar kepada pelanggan 
pre-order pada 20 April 2011 **

BOLEH BELI KAT SINI: ONLINE 
sumber: SARA KIDS

  

so agak terujakan ngan produk nie?
memang teruja ngan bentuknya yang nampak ringan mcm swing n yang pening mcm berbaloijer harga nyer..nak try beli ker???

ada yang mommies2 yang dah guna?blehlah syaring2 katcni=)




bleh klik


http://angah.blogspot.com/2011/05/review-modu-breastpump.html.





kegunaan stock frozen EBM..


ada terpikir tak?n kalau nengok blog2 mommies yang menyusu penuh mesti kerap update gambar stock susu atau hasil perahan susu mereka?

adakah sb mereka just suka2 nak update?riak?bukan taw..persoalannya kenapalah kita kena buat stok ebmnie banyak?adakah sekadar memenuhkan peti?

k bawahnie penjelasannya...

(1) Emergency / Contigency case
     
mummy sentiasa ada stok buat baby tercinta kalau tetibajer perkara luar dugaan berlaku..mcm tetiba mummy sakit n kena warded(mintak jauh) n tetiba pengasuh/nursery call kata baby tak cukup suu..so mcm mana?


(2) Growth Spurt / Beralih bulan

Untuk pengetahuan semua, bile bayi mengalami growth spurt/beralih bulan, bayi akan minum susu dengan banyaknye…bayi akan jadi lebih fussy and cranky time nyusu…beralih bulan generally means bayi anda nak acquire new skills seperti meniarap, merangkak dan sebagainye…so, u should be happy with this and not to worry anything about it!


(3) Production drop / Low milk supply
Ade kalenye production kite akan merudum disebabkan hal-hal tertentu…memang kalau nak buat perkara baik mcm bf akan ada dugaan.mcm2 stress boleh wujud.dengan keja,studi,anak,suami n banyak lagi..

Selain stress, menstruation/datang bulan pon bleh efek production susu ye..(depend on individual). Ini disebabkan, bile kite menstruating, akan berlaku “hormonal fluctuations/imbalance” di dalam tubuh dan menyebabkan production sedikit terjejas (ketidakseimbangan hormon progestron and estrogen di dalam badan).

 (4) Outstation
kalau keja mummy akaun nie takdelah mcm auditing kena banyak outstationpun..cntoh mommamia blog yang travel ke luar negara atas tuntutan kerja..mmg besh u sis.tabekk spring.mmg even kat manapun dia akan buat stok tok anak2 terchenta.


 (5) Demam / x sihat
nie mmg betul..betul..betul..kalaulah demam atau penat gila2 mmglah ku tak mengepam..so stok yang adalah yang selamatkan situasinie.

(6) Penyakit “M” menyerang…
haaa mmg mummy akui mmg ada gak time2 malasnie..penyakit 'M' mmg takder ubatnya..so tepuk dada tanya selera "kalau takder susu kita anak2 nak minum ape?"

(7) Maintain Milk Supply
apa2 yang kita lakukan mestilah berdisiplin..bila rajin pump,susu akan banyak,n tak perlu risau2 stress2.lagipun perjalanan 2 tahun panjang dik nonn..so bila banyak stok,banyak pump lebih banyak masa dapat bertahan ngan susu ibu!


*so jom kita wat stock banyak2 kay*
info diambil dr blog harlindahalim.com

Jimat ruang peti sejuk untuk simpan susu ibu..

so mood arinie just bercerita ttg susu ibulah..disebabkan memikirkan masa bersalin yang semakin hampir tiba=)

mmg kalinie mummy tekad nak buat aper yang mummy tak tahu n tak buat masa maira dulu..n kesilapan yang sampai skang mummy rasa tak patut adalah lambat GALI ilmu ttg bf..rasa mcm rugi sangat2..

melalui pembacaan akhir2nie mummy ada jumpa perkara baru..

dulu mcm nie..mcm rugi spacejerkan..nak2 masa dalam pantang..baby kecik lagi..dia consuma hanya 2.5 atau 3 ozz jer sekali minum..so kalau letak cket2 dalam botol yang bleh isi 4-5ozz nie agak rugilah ruang..n kalau nak letak dalam botol2 penuh2 masa berpantang tak sesuai sbb baby mmg consume cket jerk susu..so bila panaskan 1 botol, 4-5ozz dalam satu seisi penyusuan...kalau tak abes amatlah membazir sb susu cepat basi.kena guna 1jam selepas dah cairkan..


tapi mummy dapat cara baru nak lagi jimat n bleh simpan banyak susu..nie caranya yang mummy dapat di blog


haa dengan letak dalam storage beg mcm kat atasnie bleh menjimatkan ruang taw..info nie sangat berguna sbb yelah peti2 kitanie bukannyer besar sangat..nak letak lauk lagi..kalau anak sorang oklagi tapi kalau dah 2,3 mesti nak simpan lauk..      

n kalinie mummy decide nak guna storage beg jerklah..nak letak 3ozz atau 2.5ozz jerk..kalau storage beg nie jimat cket.dapat banyak bila beli n bila dah guna buangjerk..kalau botol kena basuhlah,kena didihlah..ckuplah botol nak bagi ke umah pengasuh atau nursery dalan 5-6 botol sehari masa cairkan dalam storage beg n transfer dalam botol.tak perlu kot banyak2.

more info ada 
     KAT SINI                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

haa nie mummy pinjam gambar 

tengok ruangnya dapat dijimatkan..tapi sedikit risau sbbnya kalau kat melaka (nnt berpantang umah mama) petinya sangat penuh ngan lauk pauk!so mmg mummy amek deep freezerlah.so still mmg nak guna sorage beg.

berkenan ngan storage beg jenama nie

Bag susu yang baru dibeli secara online di fabulousmom lebih murah dan berkualiti (kata ummu muhammad)
bleh nengok KAT SINI utk info lanjut..


*so harap ALLAH permudahkan segala usaha mummy n tekad mummy tuk beri yang terbaik pada anak2 mummy..insyaallah..tq jugak pada blog yang mummy sebutkan di link2 kat atas..banyak membantu dalam pencarian ilmu bf nie

Bagaimana utk sediakan perahan susu pada baby??


kembali lagi dengan penyediaan perahan susu pada bayi anda=)


*jikalau susu diambil di chiller(bukan tempat frozen yer)susu naklah disuamkan terlebih dahulu..takkan nak bagi sejuk2 kat baby..cian ooo.

 * Susu yang telah dibekukan pulak(di tempat frozen), perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam.(selalunya mummy buat kalau nak bagi pengasuh esoknya,malam2 mummy dah ciap2 letak dalam bekas tapuware frozen nyer EBM n biar dia cair)




atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.


* Jangan cairkan susu pada suhu bilik.





* Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.





* Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.





* Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)

* Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Tempoh penyimpanan EBM

terms yang berkaitan dengan EBM…

Fresh EBM– Susu yg baru sahaja diperah/pump 


Chilled EBM – Susu yg telah diperah/pump and then  dimasukkan ke dalam fridge (bahagian bawah peti ais taw! Bukan bhgn beku taw!) 



Frozen EBM – Susu yg disimpan di dalam freezer/bahagian beku peti ais.

 
FRESH EBM

Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C)  = 4 hours
                Di dalam “air-conditioned” room     = 8 hours CHILLED EBM



Ada DUA jenis peti ais yg selalunye kite pakai kat umah kan?

Ada yg 1-pintu dan

 

2-pintu (peti ais mummy 2 pintu)…



so, tempoh penyimpanan susu adalah berbeza-beza mengikut jenis peti ais.


Di dalam peti sejuk satu-pintu (bahagian bawah) 
= up to 24-48 hours OR 1-2 days

Di dalam peti sejuk dua-pintu (bahagian bawah yg suhunya kurang 4°C)
= up to 5days

Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C)
= sehingga 12-24 jam


 
Please Take Note:
From my opinion, it depends on your fridge jugak. Macam my refrigerator bahagian bawahnye boleh thn gak sejuknye sb tak banyak barang sangat…

tapi lebih baik only keep EBM up to 48-hours in the fridge even  have2-doors refrigerator…which means we will only keep EBM not more than 2-days…if dah masuk hari ke-2, terus frozen kan…juz to be safe…nak2 pada sesiapa yang barang dalam peti penuh.
 
FROZEN EBM (yang telah dimasukkan ke dlm FREEZER ye!)


Fridge 1-pintu = boleh tahan up to 1 months
Fridge 2-pintu = boleh tahan up to 3 months
Deep/Chest freezer = boleh tahan up to 6 months to 1year!


okey setakat nie dulu info kay..nanti mummy ada info mummy gtau lagi yer..hepi bf semua=) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in