Pengasuh Dera baby

Saja jenjalan ke blog2 tadi jumpa plak kes pengasuh di jay bee mendera budak2 yang dihantar di taska.

tahlah apa nak jadi dunia skang.setakat nie merah n sofia elok taska jaga n semoga Allah merahmati n melindungi anak2ku..

kata pemilik nursery tuh ada kegiatan sabotaj drp pengasuh?agak2 korang kenapa pengasuh tuh sabotaj?Gaknya tak dibayar gaji?kena marah?hati tak dijaga?
Baru2nie ada perjumpaan ibubapa dengan pihak nursery cendiakawan.kat putrajayanie jer ada 3 cawangan dah..

kami berbincang 2 hala bagi mendengar cadangan2 kami ibu dan bapa pelajar2 nursery.banyak yang dibentang n dibincangkan.n yang paling bagus cadangan2 n komen2 ibu bapa diterima baik pihak cendiakawan.
N ada statment pemilik(pn normah)kata "kalau ada sebarang ketidak puasan ibu bapa terus kepada penyelia yang dilantik n boleh marahpun terus pada dia.bleh jumpa n call"jgn terus marah pengasuh/cikgu2 sbb hati n perasaan diaorg Pn normah mmg kena jaga..

hah melalui statment2 kita fahami bahawa kenapa pemilik disabotaj?yang kat jayy bee nie mmg teruk.korang tengoklah sendiri.aku bagi link

tekan NIE.

Memang aku sebagai ibu yang hantar anak2 ke taska mmg hanginnn n panas ati jer nengok!tapi aku bersyukur anak2 setakatnie selamat di cendiakawan educare.harap2 Allah sentiasa melindungi n pengasuh menjaga dengan hati yang ikhlas..

Al-Fatihah dan pandangan lebih jelas

Arinie baru mummy masuk opis.Blia datang2 jer tadi ada seorang staff husband dia meninggal.Pegi ngan staff2 satu pejabat rumah dia di banting selangor..

Suasana hiba menyelubungi..Al-Fatihah untuk cc Maimunah binti samson atas permegian suami tercinta..Al-Fatihah.semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.Aminn.

Paginie pemandangan mummy lebih jelas ngan "power spek yang baru"ianya semakin naik.silau juga naik..

Tapiiii

Spek baru,power baru cuma hati ngan powernie masih selesa ngan yang lama..Even pandangan mmg seterang terangnya n tak pening Tapi masih kekok lah nak berjalan n pandang pc/lappy..terkial2 rasa mcm nak jatuh bila berjalan.maybe ambil masa cket nak serasi..

Tapi spek mmg pakai yang frame separuh.Tak pakaidah Frameless..payah sik rosak!hehe

oilatum product for eczema n other product for eczema

Rasanya nak try krim yang untuk itchy skin n yang sesuai tuk budak2 eczema yang namanya Oilatum

Nie gunakan masa mandi kot.tgk kat blog LIZA
Katanya kena campur ngan air kalau nak sapu tapi bukan waktu mandi.
harga dalam RM27

Nie jadi sabunlah..eczema takleh pakai sabun yang berbuih nnt lagi teruk jadinya
harga dalam RM23

Nie mcm pelembablah.boleh sapu bila lepas mandi atau bila2 masa tgk sofia kalau kering kulitnya kena sapulah..

dulu nurul guna produc cetaphill tapi rasa nak try oilatum plak sbb skang guna cethapill mcm still kering kulitnya..weekend nie g melaka lagi n senin cuti untuk g semula ke pakar kulit sbb nampak mcm timbul semula eczema dia..


Juga tertarik nak guna satu produknie tapi mmg mahai gak setnyer.ada jual di beberapa jer farmasi.

MooGoo
Move Away Eczema


Mummy dapat nie dr satu blog yang satu keluarga kena eczema.nnt korang leh terjah ek.Bayak gak info ECZEMA yang mummy kaut kat sana

Harga satu set dalam RM180++ rasanya.ada kat beberapajer farmasi yang terpilih jerk.(semua nama farmasi ada dalam link kat atas yang mummy bagi)

*so produknie juga akan mummy try.nak try oilatum dulu kot*mcm cethapill mummy guna sampai licin(abess)baru leh rumuskan sofia sesuai atau tak=)









menangisku keranamu..

Tetiba sebak didada melihat sekujur tubuh suci lagi bersih
saat nie mummy begitu sebak n emosional 
Al-Fatihah buat arwah
setelah 23 hari dirawat ianya pergi ke pangkuan ilahi
sesungguhnya Allah maha menyayangi
Faris..


Penyakit Barah Darah telah mengambilnya drp keluarga faris..
semua kisah ada di blog



ibu mana yang mampu menahan rasa sebak didada.sebagai ibu mmg cukup2 mummy terasa.
semoga allah tabahkan hati ibu faris.sungguh hiba tapi alhamdulillah mengikut blog mazidul ibu faris diketahui hamil 2 bulan semasa pengsan tempohari.



Al-fatihah
semoga rohmu aman disana

buku"where did i come from"

Satu lagi benda pelik yang jadi isu..

mcm mana dorg bleh pikir yang bukunie layak tuk budak 12 tahun ke bawah?layakker umur2 nak paham konsep yang nak bukunie ketengahkan?

kandungan bukunie melampau dan berunsur "lucah".yamg peliknya walaupun dah dilakukan procedur mengenai pengimportan buku2 asing,mcm mana still boleh terlepas??

Buku nie menunjukkan ilustrasi dalam bentuk kartun perempuan n lelaki yang lengkap ngan alat sulit masing2.yang paling dasyat bukunie menerangkan secara "details" ttg kemaluan lelaki dan perempuan(agak ape yang budak bwh 12 tahun phm?lebih bahaya dia tiru plak nnt.)

ada plak satu petikan yang menerangkan secara detail ttg proses persetubuhan dan bagaimana fungsi kemaluan lelaki dan perempuan semasa proses berkenaan.

adusss mcm manalah budak2 12 tahun kebawah nak paham ek?aku sendiripun tak pahan nape "org barat"terlalu terbuka menghasilkan bukunie.maybe sangat open minded lah konon...
oklah kalau nak sangat pendidikan seks diajar mungkin ada gak faedahnya supaya budak tahu akibatnya tapi bukan cara seperti bukunie.tunjukkan secara menyeluruh ayah n mak bersatu nak dapatkan "budak"huhu..


maybe kena pikirkan cara yang betul2 terbaik nak sampaikan mesej mengenai pendidikan seks pd kanak-kanak.

apelah nak jadi..
harap buku "where did i come from" nie dibatalkan importnya.banyaklagi buku2 ilmiah yang berguna bleh diimport..sabarjelah!

Ke Hospital pead n Surgery

Pagi semua.arinie mummy pagi2 g amik appoiment kat hospital besar putrajaya

ianya berkaitan ngan proceeding nak cek benda alah kat belakang sofia nie.ekceli biji nie dr lahir ada dah cuma dah cek basic jer.katanya tak libat tulang belakang.Alhamdulillah..tadi g hsptl appoimnt pd 7/3/2012..harap Allah permudahkan urusan.

Di hsptl tadi terjumpa budak tomei2 dlm 4 bulan umur..cumil sangat=)tanya ibu dia apa mslhnya..rupanya bayi itu istemewa..tidak bleh mendengar..banyak lagi kes2 anak2 yang istemewa di hospital tadi..sangat mummy sebak n bersyukur dikurniakan anak2 sihat n sempurna..ibu2 itu sesungguhnya Allah tidak akan uji kalau "mereka tidak mampu"..semoga pahala2 mengiringi mereka amin.berat mata yang pandang berat lagi bahu yang pikul...masyaAllah..

Sofiakena gak jumpa paed n pakar bedah untuk tgk sama ada status benda nie..harap tiada yang seriuslah..

Si merah plak balik nursery semalam demam pulak.pns betul badan mlm tadi..risau.harap arinie g amik dia sihat2 saja.pagi tadi bangun mcm dah sejuk sikit kepalanya..
 mummy plak sakit kepala maigraine sbbnya mslh spek.kena tunggu ujung minggu baru bleh buat baru.

Rasa mcm penglihatan dah makin tak bape jelas.kabur.bila pandang pc mmg sakit ngap ngap.ianya menganggu tugas harian lah.
mmg spek nie dah lama so mmg kena tukar.dah bercalar balar laginie.nak tukar kat mana tak decide lagi sbb ujung mingunioe nak alik melaka..so tukar di melaka kot.

Memang tak tahan dok faced problem mata membawak ke kepala.nak berblogpun ke laut sbb terkenyit2 mata kabur,,sakit lagi pedih...nie go through slowly...

ustazah pilihan

Ujung minggunie aku,merah n sofia layan dok umah jer=)
so aku takder keje lainlah dok kemas2 umah.
papa?
dia g camping=)hehe.

Ekceli dia g buat tempat berteduh mcm bilik kecil tuk berehat di kebun durian kat raub pahang..aku n anak2 tak ikutlah sbb bahaya bawak sofia yang masih kecil kat hutan belantara=)

Tapi besh ada air terjun dalam kebun durian n buah2an tuh.ekceli kebuntuh adik beradik hubby punyer so mmg selalulah kesitu gamaknya..tapi mummy tak bawak sofia n merah.layan dok umah.jenjalan g taman,bawak g kedai=)

Bila takder keje sajelah dok snap2 gambar=)

Ada gupe ustazah pilihan?hehe...masanie sofia tido.pastu bila 2,2 tido sepantas kilat buat kerja2 umah n masak sumer.lega umah dah bersih.siap mop2 n kasi wangi2 sikit..baru segar!!

Buffered Earning(BE)

Den ado 2 ketui jah

Drp Huggies Dry Comfort
and
dutch Lady..
2,2 jenamanie mmg merah guna.pempes n susu=)

Allhamdulillah=)

kerja...kerja

Alamak aii bertimbun2 cek nak di clearnie=(
tak leh layan blog sangat
tapi mummy keep g jenguk korang slowly kay..

Buatkerja sambil buka lagu..pakai headphone kuat2 kasi GEGAR..
tengah syok2 layan lagu rentak slow tetiba ada plak terselit lagu yang BOBOI nyanyi masa maharaja lawak2
"Cinta Muka Bulu"
Berbulu aku dengar..
hehe..


Mcm manalah bleh terselit lagunie.haha
ilang ingatan jap mana dapat.
papepun enjoy gak dengar.
skang suka layan lagu
"terukir di Bintang"lagu dr YUNA
mmg besh sampai puluh kali ulang2
suka rangkap
"terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu"


Yang kelakartuh lagu ada bunyi mcmnie,
"Jika engkau minta intan permata tak mungkinku mampu
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu"
haha lagi senang carik intan permata kot sbb mcm manalah gamaknya nak capai bintang..
kena ikut syeikh muzafarlah kowt baru bleh.
haha..
kalaulah dapat btul2 bintang akupun ndak=)


orang ngah mabuk bercinta n bahagia mcm 2 lah=)hehe
manisjer bunyi ayat tuh

lots of L.O.V.E

sungguh rindu ngan 2 org budak nie=)
so mud arinie lots of love.


*risaulah kes rota virustuh..katanya punca dr binatang terutama hemster*
skangnie nak kemanapun takut bawak anak.nak2 tempat2 sesak.huhu

Potty Trainee and Tips2

Salam satu malaysia!
Dah 2 tahun setengah nurul humaira(mek merah)
so mummy nak kongsi2 lah n u all kalau ada tips2 yang mummy tak nyatakan blehlah u all senaraikan..

Mummy start potty trainee merah umur 2 tahun 4 bulan.tuhpun bila mummy sik berbalah ngan mek merah..sbb dia selalujer buang/cabutkan pempers@cd dia sesuka hati walaupun baru pakai..masa tuh umur dia 2tahun.

Memulatuh mummy tak perasan tapi lama kelamaan mummy tak tahan.ari2 sakit pinggang nak kejar dia n pasang semula cd/pampes dia.

Bila dia 2 tahun 4 bulan mummy tergerak tanya cikgu dia kat nursery.rupanya dia masuk dalam salah satu dr cilibusnyer..hehe..so mummy decide mummy nak potty trainee dia.lagipun dia pahan=m dah kata mummy n dia bleh bgtahu ngan jelas dah..
tapi terlepas jugak kekadang2..adalah beberapa kali jugak..so terus g ke tips2nya

1.kena berani2kan tak pakaikan dia pempeslah..kalu bleh buat time tak kerjalah bagi yang bekerja tuh..
n tanya selang 15 minit..kalau nampak dia banyak minum air/susu/makan bleh terus jer bawak dia selepas 15minit..kalau tanya dia,dia kata tak nak..bawak jugak ke toilet n minta dia buang air..Lagi elok kata baik2 ngan dia kalau nak kencing terus g jer toilet jangan tunggu mummy..

kalau merah mmg bawak jer dia akan kencing..sbb dia jenis yang heavy wetter..huhu

2.kalau dia terlepas buang bukan kat toilet jangan marah2 tapi tepuk sikit tapak kaki dia supaya dia tak buang lagi merata..cakap ngan lembut tapi tegas.supaya dia ingat kita cakap n tak suka dia buang merata.Ingatkan banyak banyak kali tanpa jemu.huhu

3.sorokkan pampers dialah kata dah abess.nie amek tips dr mamaafzal..blogger jugak=)tapi mummy tak sorok sbb merah mmg tak suka pakai pempes.dia kata gatai..so agak membantu di situ..n katalah merah dah besar..kakak dah besar.tak leh pakai cd n pempes=)

4.mulakan dengan bismillah n niat nak mengajar..n mulakan ngan perlahan2 n jangan memaksa..kalau 2 minggu berterusan seminggu ajar 3 kali n tinggkatkan ke hari2 yang bekerja plak.lama2 buat secara konsisten.

5.bab bab tidonie mmg payah sikit tak pakai pempes.mummypun ngah mencuba.kalu bleh nak beli potty trainee senang sikit.n kata mama afzal letak kain banyak2 masa dia tido..n insyaallah mummy buat n try weekend nie..n sebelum tido boleh bawak dia ke toilet dulu..


harap ALLAH permudahkan jalan nak ilangkan pempes/cd dalam idup dier=)amin

so tujerlah tips kot.kalu u all ada lagi nak tambah silakan taw!mummy lagi suker!

bleh gak 

eczema..lagi info tntangnya dan sofia

pagi semua=)
lately mummy just nak kasi info ttg penyakit eczema jer.almaklumlah mood ngah mcm nak cerita ttg eczema.
sesamalah kita kongsi yerk..

now mummy nak post gambar sofia yang eczema dulu2 n sekarang ianya semakin pulih..alhamdulillah..n sepanjang mummy jaga dia ada beberapa produk mummy akan post.yang sofia guna..

nie eczema yang menyerang pelipat kat lengan n siku..boleh kata seluruh tangan mcm nie..bila sentuh ianyah sangat kasar mcm "kertas pasir"adalah org2 kat luar tanya nape kulit dia mcm "kertas pasir??"huhu..

bila dia garu2 for surelah benda nie gatal..so dia akan garu ngan jayanya n sampai kuar air bisa n lagi nasib baik kuar butir2 nanah..baunya??agak tidak menyenangkan..kesian sofia..

aduss!!kemera tak bape nak clear!
nampaktak merah2 kat tengkuk die2??mana leher?haa kat dalam leher payah sungguh nak amek gambar.dia tak bagi..

so dia akan garu2 kat belakang tengkuk,kepala,muka tanpa henti..tangan dah mcm viper dah..mummy terpaksa pakaikan sarung tangan ke dia..kesian=(

belakang telingapun luka.n bernanah..tak amek gambar plak.lupa..


nie gambar eczema kat muka..masanie dah 5 bulan still pakailagi sarung tangan..kesian dier.

haa nie lagi satu..dia keruk keruk tak benti..huhu tgk kawasan merah tuh..makin lama makin besar..

n kat pelipat kat "anu" dia n montot pun teruk tapi mummy tak amil lah gambar sb ceksi plak.hohoho

*sebabtulah mummy mmg jaga btul ape yang perlu dijaga..kesian dia kalau menggaru..kawasan yang merah nie tak pernahnya ilang..tak pernah wokeyy..

nanti dilain entry mummy postkan produk2 yang sofia guna..ada satu produk akhirnya mummy rasa mummy akan guna sampai bila2..

cuti maulidur rasul membawak ke taipusam mummy g "klinik pakar kulit"di Melaka.tahupun sebab ramai org kampung yang kena sakit kulit mendapat kan rawatan di sana.n menakjubkan mmg rata2 yang pegi pulih..alhamdulillah..

so setelah beberapa org yang bg feedback yang bagus mummypun ajak papa pegi n why not kita try..tak kisahlah berapapun harganya..so tanggal 3/2/2012 lagi 2 ari nak maulud nabi kami g klinik pakar kulit2.

kliniktu buka pada hari bekerja sahaja jam 9-4petang..cuti2 malaysia dia tak buka.huhu

so skang dah dekat 2 minggu guna krim dia bagi..n sebenarnya 3 kali guna krim dah menunjukkan perbezaan..jom tengok hasilnya pada sofia..

tiada dah merah di pelipat..mmg ilang abes..kalau dulu even sapu "steroid"pun tak ilang merah..nie see..mmg takdok..

pelipat peha pun ilang..takder..ajaib sungguh..hohoho




leher,celah2 lipatan ketiak,perut(dulu kat pusat2 mcm ada nanah),n kat belakang tengkuk mmg dah CLEAN N CLEAR..suka nyer hatinie..

dulu kepala dia memang banyak mcm kelimumur n bernanah2..

bahagian2 yang dah pulih dr merah dia jadik putih..bertompok2 memula kulitnya.tak sekata tone warnanya..tapi dah dkt 2 minggu sapu mmg tone kulit seakan serata..

tgk belakang badan dia..yang kawasan putih2 dulu semua merah..dah rata..n adalagi yang tak rata kulit so mummy keep pakai sampai dia btul2 sembuh.."bijik cumil" yang ada kat belakang belah atas nuh dr lahir lagi dah ada.tapi doktr pakar kata no need2 worry sbb ianya bergerak n tak libatkan tulang belakang..hanya lapisan lebih belakang lemak..bila sofia besar nnt blehlah minor surgery kasi buang..mmg tak yah risau..alhamdulillah..


nielah pakar kulit "lee" yang mummy pegi...sangat berbaloi n sesuai tuk sofia.ramai plaklah yang pegi n pulih dalam beberapa hari rawatan

ekceli doktr lee nie perubatannya di singaporen.n ubatannya kebanyakan dr sana.
klinik dia dibuka jam 9-4petang hanya hari bekerja sahaja

krim tuh satujer dia bagi..sbb ubat makan dia tak syorkan sbb sofia masih kecil.lagipun dia tgk kulit sofa bleh baik dalam masa terdekat ngan sapuan krin sahaja.

*kebanyakan yang datang sini mummy tgk teruk2 sakit kulitnya n ada beberapa org kata dah baik..yang paling penting ianya baik terus tak berulang..*

sofia?masih dalam pemantauan.setakatnie mummy terus sapu krim lagi.kembali atau tak mummy serah pada Allah.harap tak kembalilagilah..n skang memang dia dah "TAK GARU"..tidopun lebih lena dibuai mimpi..

mmg rata2 kulit dah baik.n mmg tak garu2 lagi..mummy dah try makan telur,kacang,sotong,udang..semua tak ada effect lagi..still tak garu..

tapi mummyn watch out jugalah..taklah makan tak hingat.kawal juga lebih baik.n amek benda2 yang elok tok kulit mcm vitamin2 n mknan2 tinggi vitamin.

n faktor2 kebersihan still running lagi=)tak terkecuali..hehe
pada yang ingin jumpa doktr2 ada alamat kat kad nama dia di atas..call dululah sebelum berurusan..apa salah mencuba..

bila tanya2 rupanya nie adalah pakar kulit tertua di melaka.baru den taw!!ooh lupa kami hanya dikenakan cas RM30 jer.sangat berbaloi

*p/s*
tapi ado yang kata mesti ada steroid.aduss mmg takmolah guna kalau ada steroid.katanya banyak penggunaannya jadi bergantung lak n ada effect pada hati..

td doctr "daddy ziyyad" kata ada 2,3 steroid..alamak aii.mcm mana nie..agak2nya ada efek tak?kena stoplah nampaknya krim nie..

eczema dan penjagaannya

Salam satu malaysia=)
nie ada sedikit tips yang mummy nak kongsi2 mengenai eczema.
sebenarnya banyak faktor yang bleh memburukkan lagi keadaan eczema..adalah mummy baca2 di blog2 n google2 mengenai penyakit yang agak popular mummy rasa zaman skangnie..

So bila sofia kena eczema mummypun belajar cara2 mengurangkannya..sbb eczema bukan bleh pulih sepenuhnya n mummy hanya berusaha supaya eczema sofia tidak terus memburuk..

faktor2 yang buat sofia lebih tak selesa..

1.faktor persekitaran
*habuk habuk jahat-macam mummy dok tingkat atas mmg banyak habuk n debu2 dr luar.so memang kalau bleh tak buka sangat pintu dekat luar.kalau tinggal umah lama mummy memang mop lantai n tutup sliding door supaya umah kekal bersih.

*dalam seminggu 3 x mop umah.tuhpun waktu2 malam bila merah n sofia dah tido.

*cadar2 sofia n toto sampul bantal mummy pastikan bersih n tukar selalu.mcm kat nursery mummy akan beli 3 toto kecil n beberapa sarung bantal.n pastikan tukar sentiasa selang 2 ari.

*baju2 sofia mummy basuh dengan pencuci yang bebas kimia.skang guna basic H de shaklee n guna soda bikarbonate sahaja.n baju2 dia mummy asing2 n tak basuh sekali ngan baju2 merah n baju2 papa n mummy..

*mummy pastikan beli 3 helai towel untuk sofia tukar2 pakai semasa mandi.so memang tiap ari tukar towel.so pastikan basuhjerlah tiap hari..

*mainan dia pun akan mummy basuhlah supaya tak berhabuk.mmg mummypun rasa rimas sbb mmg kat putrajaya banyak habuk.tinggal plak tinggi..

*suhu bilik sekata tak terlalu panas sampai dia berpeluh n tak terlalu sejuk sampai dia selesma..sbb eczemanie datang pakej selesma n gatai2..

2.faktor pemakanan
yang niepun mmg betul2 mummy titik beratkan.memang mummy pastikan tak ambil
*makanan laut nak2 yang ada cengkerang mcm siput,ketam,kerang
*telur
*beberapa jenis ikan mcm keli,ikan tongkol,pari
*ayam

mummy banyak amik makanan yang banyak vitamin C n yang elok tok kulit mcm buah delima,pisang,ikan haruan..yang mana elok tok kulit mummy amek.
makanan yang berkimia mmg elak mcm asam asam,makan segera..

3.faktor tubuh badan
*kalau bleh mummy akan dapatkan krim2 yang sesuai ngan tubuh sofia..krim yang berbau wangi mmg diElakkan.sabunpun dielakkan..hanya guna jenama cethapill n yang disarankan sesuai pleh dr pakar kulit sofia.n mummy amik krim yang hanya nama klinik tuh.(mummy sendiri tak tahu ape namanya).jangan biarkan kulit kering sbb bila keringtuh lagi gatal..

*kalau syampoo sofia mmg takder sbb kulit eczema alah terhadap buih sabun..so hanya pakai clenser cethapill n kadang mandi tak bersabun.(takperpun sbb bau baby dah wangi)

*suhu air juga memainkan peranan.tak terlalu panas n sejuk..sbb kalau sejuk sangat sofia mudah selesma n kalau panas sangat akan timbullah bijik ruam gatal yang jahat!

*kuku tangan sentiasa pendek.dulu mummy takot nak potong tapi dah selang 3 ari mmg kena ketip kuku mmg dah expert.hikhik

*mummy juga tak biarkan sofia tension..kalau bleh takmo dia sik nanges2 sbb bila tensen dia mengamuk n tubuh jadi naik2 merah n gatal..huhu..so mummy bagi dia selesa mungkin..n untuk nursery memang mummy juga dah pesan aper yang patutlah.

So kalau ada yang sesiapa ada mslah yang sama n nak tambah2 lagi mummy suka=)bleh sesama kongsi kay..
katanya eczema akan hilang bila semakin besar tapi tak taulahkan besartuh bape tahun..so amalkanjerlah faktor2 bagi membantu tuk mengawal eczema..

antara pelipat2 yang kena eczema..sakit tengok.nie belumlagi kuar air bisa yang ada bau tak besh!kesian sofia=(

Sayangku Sofia

Pagi semua=)
Harinie mummy dah start kerja.alhamdulillah allah perkenankan doa seorang ibu..

Masa g amek sofia kat nursery mmg dia agak "tak larat"
tak mahu makan menyusu..
bawak g emergency..
tapi hanya ubat demam diberikan melalui punggung
ekceli sebelumtuh dia dah demam 2 ari.ari ke 3 sembuh dah.pastuh ari ke 4 amek vaksin 6 bulan.
esoknya demam pulak.bg ubat demampuntak kebah2.

Mummy dah 3 kali rujuk kelinik.tapi hanya ke klinik "kerajaan".dah ubat hanya ubat demam n lendir..tapi lendir dah semakin banyak sampaikan nafas berbunyi2.
memang hati mummy tak sedap.
dahlah 2 minggu batuk berkahak..

Lastly mummy decide g pakar kanak2 di melaka.kampunglah.n mummypun kenal baik doktor bayi tuh..
dia cek n kata kahak dah penuh di kedua paru2 n kena segera bagi nebulizer n sedut.

Selepas itu doc bagi ubat lendir yang tak sama ngan hsptl n antibiotik sbb dia dah demam.
lepasjer sedut n makan ubat semua dia agak selaesa..seminggu dia tak mau menyusu,makan tapi mummy bagi air masak jer.mujur nak..
kalau tak tido malampun tak boleh.dada bernafas lajujer..

Masa dalam haripun hal mcmnie dah belaku sekali..n ianya dipanggil penumonia.atau radang paru2.mujur mummy tak terlampat sebelum kuman2 menyerang peparu dengan lebih serius lagi.memang dah adapun kuman2 sbb tu dia demam.

Mummy tertanya2 kenapa masa g klinik kesihatan n masa emergency di hsptl kerajaan tidak diambil tindakan sebegitu???
sedikit kecewa tapi takper mummy bawak jer ke tempat yang terbaik untuk dia.
memang mummy tahu kanak2 di bawah 2tahun bahaya amik antibiotik tapi jika mcmnie keadaannya lebih baik perlukan pertolongan ubat sbb badan baby bukannya boleh bertahan.sebelum terlambat..

Memang sofia menyusu susu ibu sepenuhnya..tapi dia agak lemah dr kakaknya merah.antibodi tak kuat walaupun nyusu penuh.kalau dia tak menyusu memanglah lagi teruk keadaan dia.
so dalam hal2 genting mmg ubat yang baik diperlukan.alhamdulillah ubat2 banyak membantu

Bila sofia makan ubat terus 2 jam lepas tuh muntah.lendir jgn cakaplah betapa banyaknya.
antibiotik kena abeskan semuanya n still makan sekarang sbb hanya makan cket setiapkali makan.

Lepas seminggu g balik doktor tuh n dia cek kalau2 kena amek nebulizer lagi n alhamdulillah dah takder lendir di peparu.mummy mmg cuti agak lamalah n bawak dia ke 2 pakar.satu kanak2 n satu pakar kulit.(nanti citer yag kulit plak)

Sekarang mummy tgk sofia makin aktif n nak main palingpenting nak senyum n gelak=)senang hati n senyum sampai ke telinga

Alhamdullillah..memang siapanpun ibu takkan kuat nak terima kalau ada perkara buruk menimpa anak2..syukur sangat





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in