tudung bawal bertone.

Salam semua=)
skangnie trend bawal adijuma [lak.dah back to dulu2 nyer kain tudung.cumanya skangnie banyak jual bawal ada tone ngan warna yang memikat atie.

mummy adalah beli dalam 4 helai nak gak ikut trend.aper dah jadik tudung awning?ooo aii masih pakai wokeh.senang mana2 nak g cepat2 selain drp tahan kalis kena tarik dek anak,ku selesa memakai awning.

tapi untuk nampak lebih ayu n muda mummy suka kain bawal.hikhik.boleh?so minggunie straight pakai bawal.hikhik..tapi serius warnanya mmg lawa2.mummy beli kat pasar tani n kadang ada mbr2 yang ada online kat opisnie jual.mmg menarik kaler2nyer=)

hikhik nie kira modellahnie.eh mummy tak jual taw.nie beli kat mbr2.

kenapa gaknya mulut merah cenggitu?hahaha sbb mummy tak bagi dia senyum nampak gigi..gg nyer burukzz

rasa bengong kepala

Dua minggu ne rasa sik tak sihat sentiasa.tadi g cek upt kat klinik.hasilnya -ve jugak.dah 2 kali buat.siap scan kot2 ada baby.pun takdok.

rasa berdebar2 masa wat.mujur takder.kisahnya aku tertinggal makan pill noriday sehari.minggu lepas ari jumaat pagi ku lupa ubat.dan amek masa ari sabtu petang sekali n malam jam 9 sekali mcm biasa amek..tuh takot sangkut2..azabbbb mak!

sib dah buat semua kira kega disitu.tapi badan still maintain tak sihat.kepala pusing.jupe doctor kata aku sterss yang amat.bermula dr jaga sofia demam tempohari membawak ke angka 2 minggu sampailah la ni aku tensi sungguh.kepala berdenyut2 sakit.menurut doktor lagi tekak aku bengkak n ada demam cket.lagipun mummy still consume pill noriday,so mmglah hormon tunggang langgang disitu..

dan paling sedih susu badan drop gila babas.2ozz jer arinie.semalam dapat berbelas2 ozz lagi.niepun dah melecet2 ngan teruknya..adehhh sakitnya!
doktor tgk td katanya kena jangkitan kulat.aduss teruk benar bunyi2..


tang preggytuh..mau tak syak.tapi last period 18.11.2011.kalau nak lekat mesti ada katung baby n upt +ve.aku tak larat dah beli pregnency test.test2pun -ve gak.tapi sib baiklah -ve.sofia masih kecil..
yang feningnya doktor lagi confident drp aku.aku dapat simptom org preggy tapi doc kata aku tak sihat n stress...berat badan??huh mmg 3kilo turun 2 minggu.so daripada sakit gg turun 5kilo n la nie demam n tak tahu bila nak sihat turun 3 kilo.terkejut gugurl bila naik penimbang digital2..gila toll!


sbb tuh mmg kena sabarlah bebanyak.mmg lately im very stress.maybe agreed with doc,yang ianya melibatkan hormon n mummy kepenatan..sbb tuh drp duit yang banyak aka kaya n kesihatan,mummy pilih nak sihat.kalau tak sihat..."apapun tak bleh"

MALAS

Entah kenapa mood rasa sangat malas..nak update n nak kerja semua malas.penyakit m nie sungguh bahaya...minggu lepas mummy mmg tak sihat.harap minggunie sihat.

tapi nampaknya penyakit m plak datang.hohoho..so no entry n nak bw pun go slowly..merah n sofia mujur sihat sihat sahaja..

minggu yang tak sihat tuh siap test preggy lagi takut2 ada isi..huhu tapi period blum mari lagi sejak bf sofia.cuma simtom sakit gg,tekak,demam urat,banyak angin.gastrik menyelubungi..rasanya2 mummy ada isiker?huhu tapi mummy amik noriday.

tp minggunie start semalam dah ok sikit dah.n bleh dah makan n tekak kurang bengkak dah.mummy adalah test preggy tapi 1 line.perluker mummy test 2 kali?rasa mcm mls plak.huhu..dah beranak 2 kalipun masih tak tahu lagi simtom2 preggy.tapi setakatnie menyusu ok jer.susupun adajer n tak sensitif.

kalau merah dulu cik 'B' mmg sensitip n bila dia nyusu rasa pedih sangat.

pusat bersalin berisiko rendah 1Malaysia

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3.

Perdana Menteri berkata dengan bayaran serendah itu rakyat dapat menikmati layanan serta perkhidmatan setaraf dengan kemudahan Wad Kelas Satu dan diharapkan dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

"Untuk seorang yang bersalin di sini hanya RM3 sahaja dikenakan termasuk rawatan, bilik, ubat-ubatan dan makanan...ini merupakan kadar bayaran yang barangkali terbaik dunia.

"Kemudahan yang disediakan sangat bermutu tinggi, bilik yang bersih serta selesa dan bagi penjawat awam tiada bayaran yang dikenakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat bersalin tersebut di sini.

Beliau berkata ia merupakan satu lagi perkhidmatan kesihatan yang baik disediakan kerajaan demi kepentingan rakyat untuk memperoleh rawatan sempurna dengan kadar bayaran sangat minima.

"Adalah menjadi harapan saya agar banyak lagi pusat seperti itu diwujudkan," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian itu, Najib berharap pusat yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan fototerapi serta klinik untuk perkhidmatan antenatal dan ginekologi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada masyarakat.

Pusat itu juga, katanya, akan menempatkan pakar obstetrik, ginekologi dan pediatrik yang bertugas pada setiap hari bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang berkualiti, profesional dan berkesan.

"Ia juga mampu memberikan keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada ibu-ibu kerana suami dibenarkan untuk menemani pasangan masing-masing selaras dengan konsep hospital mesra suami," katanya.

Pusat Bersalin itu mula beroperasi pada 30 Jan lepas di Presint 8, dengan menyediakan kemudahan kelahiran kes-kes bersalin berisiko rendah sahaja dan tidak terhad kepada penduduk Putrajaya.- 

sumber harian metro

menang ipad


menang ipad2 dalam peraduan nie.
antara 93 peserta yang dapat utk bulanan mac2012
alhamdulillah rezeki merah n sofia

kemenangan pertama di kala newbie dlm contest2 kat luar..harap ada lagi rezeki lain plak=)
nak beli sendiri idak mampu der..


tq pada kawan alam maya mummy yang terkenal menang sentiasa n murah rezeki..cute mum(uyun)sbb dia yang bgtau mummy menang ipad=)


mummy beli 7 pek yang kid nyer baru dapat full huruf CALCIUM.payah gak nak carik.mujur merah mmg suka minum susu DL kid.so harga sepek dlm RM3++ kat kdai satu malaysia.darab ngan 7 dlm 20++ lah modalnyer.
huruf u dapat last2 minit..mmg bila beli sik huruf yang sama jer kuar..tapi last sekali pek terakhir mummy beli kat tesco extra selayang.n mummy kata nie pek yang last sbb dah takdok masa.kalau tak dapat huruf u mmg bukanlah rezeki..tup tup ada huruf u.puas ati walau tak tentu menang n form sampai lagike tak.janji huruf ado!lagi 3 ari nak tarikh tutup 30.03.2012 mummy antr form.mmg ingat tak sampai sbb kena guna pos biasa.


tp alhamdulillah kalau rezeki insyaallah tak kemana=)

check kesihatan

Ada kempen derma darah kat ofis mummynie..memang memulatuh nak g derma ngan azni.tup2 rupanya ibu menyusukan anak tak bleh.n makan ubat ubatanpun tak bleh..

So cek kesihatanjerlah..hikhik

ngah cek2 tekanan darah..oklah mmg tekanan darah tak pernahnya tinggi..

ada cek mata,breast,timbang berat n tinggi..oops terlebih berat sedah.hahaha..

muka aku yang sedikit pucat sbb kesihatan takdok sangat.dok berjaga malam..

tak pernah rasa derma darah.rupanya banyak faktor yang menyebabkan kita takleh derma darah antaranya ibu ngandung,nyusu.so tah bilalah nak boleh derma agaknya..hikhik

ubat sakit tekak/bengkak tekak

Alhamdulillah sedikit lega tekak yang bengkak dengan benda nie


mcm nk jual ubat lakz.huhu..nie mummy beli kat cafe opis sbb tak tahan perit tekak.bengkak sampai nak telan airpun tak bisa dong...gugurl agak sugul arini..

tapi nie dah ok cket sbb dah leh bercakap ngan selesa.mummynie jenis suka cakap aka peramah(mode perasan)hahaha..tulah sugul bila nak cakap tapi tak selesa=)

n tadi dah telan jugak penadol tahan sakit 2 biji sbb badan mcm sakit2.mana tak berjaga dr pukul 2 smpi lah la nie tgk sofia..siblah mummy dah selesa cket.td pg badanpun rasa mengigil.sib ada tungku moden jugak bleh sedapkan urat2..

dengar mcm dah tua sangatkan?hahaha

sakit tekak n demam

Betapa takdok mood nyer arinie nak g kerja tapi apakan daya terpaksa kerja sbb sayang cuti.simpan tok anak2 n nak raya nnt.

sofia dah 2 ari demam.rashes dia kat tmpt pempers tak ilang sangatpun.la nie demam lak.malamjer jadi panas.nampaklah dia tak selesa tapi dia tak meragam.dah bg ubat yang ada..tapi petangnie kena bawak g klinik tgk2kan takut jangkitan kuman lak..

nie dugaan bulan april.mmg kesihatan sik diuji memanjang.kalau tak diri anak2..butir kat belakang badan sofia tetiba jadi terlalu lembik sangat.mummy takut nak pegang.kena gaknya jadi mcm2 ek?sebelum nie dia demam tak plak cam2.mmg kena bawak g klinik arini..

proton preve' terbaik

Semalam pelancaran secara siaran langsung di the mines proton malaysia preve'.huh mmg kagum say tengok body nya..

nampak gayanya dah masa bertukar yang baru.hikhik..beranganjer.hutang keta mummy ada sikitlagi..so rasanya dlm waktu terdekatnie n bila anak dah 2 org n nak keselesaan bolehlah kami pikir-pikirkan..hehehe tengok budget.hehe

apapun mmg aku rasa bangga tgk hasil ciptaan n sentuhan kereta preve'.kalaulah diminta membuat slogan mmg takkan abis 20words aku nak bagi..n uniknya teknologi mcm internet 4G ada dalam ketanie..harga plak bermula dr RM59k-RM72k...mmg ku rasa mampu milik=)


preve bermaksud transformasi dlm bahasa spaniol..betul ek?tapi yang pasti preve' nama yang unik.kalau dulu proton saga,iswara,wira,arena,wira,satria,perdana,pesona...mmg preve' nama yang baru takdok aaa di belakang.satu transformasi jugakkan??


Bodynya agak panjang sebesar exora..mmg warna putih keta apapun chantik=)


Belakang ala-ala BMW 7 series.hikhik.tak mampu pakai BMW so preve dah terlalu okey=)


Kelengkapan teknologi internet 4G disediakan,blootoot,n GPS..n sistem viper n lampu automatik bila kena hujan..hehe


Keluasa yang tak dapat disangkal lagi=)


Ciri-ciri keselamatan yang terbukti terjamin..Bila tgk kru2 proton n org2 kuat disebalik ciptaan preve' mmglah kagum.penuh semangat presentationnya..n pembeli yakin nak membelinya.huhu..

Proton_Preve_Baru_dilancarkan
Warna merah warna fav mummy jugak.mmg kalau kereta..huh lawo warna merahnya..mmg jam2nie nak g beli.hikhik sabo sabo..papehal hargana agak munasabah=)tapi kena tunggulah keta lama abis hutang dulu.=)tunggu ek preve'..hahaha berangan bukan kena bayar pun!!


Gambarnie mummy cedok drp Arenakereta dan funtastiko..

no words...

harinie mmg setengah hari kat hospital.nak g amek resultlah kononnya kat hospital putrajaya.result ultrasound sofia arituh..mmg perasaan berdebar2lah..

tup2 rupanya result tak bleh nak baca,hangin jerk...n kena plak proceed buat ct scan kat hospital serdang.td pagi jam 7 pagi dah tunggu sampai giliran kukl 12.30tgh.huh mmg mencabar iman.tapi mmg dahbelajar sabar,hehe..

sofia lak very behave.tidojer tak meragampung.sib ada papa teman mummy=)so nie pas lunch baru masuk pejabat.tringat kata doktr yang mummy kena tunggu hospital call sbb kena buat temujanji ct scan dulu ngan hsptl serdang.n masa tuh nnt sofia kena warded sehari sebelum ct scan.n kna berpuasa 6 jam.mak aii sian anak aku kena puasa.kecik2 dah belajar puasa..

layan gambar..

Tgak budak teciknie kusyuk nengok kartun.nak2 kalau ada nyanyi2 kat kartuntuh siap goyang2kan lagi badannya=)




Kemain tegakjer badan si sofia nengok tv=)kalau bleh nak masuk terus dalam tv..huhu


kemain dekat budaknie tgk tb dah bape kali daku tarik..huhu..kalau dr jauh tetiba dgr ada lagu2 masa kartun start2 cepat2 dia mari semula duk btul2 depan tb.kena letak benteng nie bg dia tak datang dekat

Paling suka kartun Little Einstain kat astro.Samalah ngan mek merah.dekat sangat ngan tb.dah mummy tarik dia kedepan lagi.nak tambat walkernyer tak bleh takut dia tak mau plak.huhu


kalau bg main2 kat lantai dia jadik mop n vakum.semua kutip makan..

rashes dan ubatnya

jumaat lepas amik sofia kat nursery n pastu masa nak ganti pampes dia mummy terkejut beruk tgk rashes teruk bahagian pempes.nak mrh nursery mummy tak buat sbb mummy bukan jenis melulu marah tanpa pikirkan natijahnya.bukan elokpun marah2 benda dah jadik.

so carik solution.selama nie dia pakai pempes okjerw..tapi mujur dah jumaat.sempatlah ari seterusnya mummy pikir cara nak solve.so terpaksa guna "cloth diapers"sepanjang hari.nak ikutkan mummy campur2 guna ngan pempes.kat nursery mummy bg pempesjer..takutlah org tak sanggup handle.



So mummy terpaksa slow talk ngan cikgu dia minta tlg guna cloth diapersjer wat masa nie biar sampai elok.skangnie dah elok.mummy bg wet paper so cikgu just tanggalkan mcm pempes n masuk dlm wet paper.

wet paper2 serap bau n basahan.so takperlu risau ada bau n kotoran takkan keluar di nursery sbb kat situ semua pempes 2x buang.

alhamdulillah cikgu2 boleh uruskan cd.harap takder aduan susahlah.kesian kat sofia.tergaru2 gatal.sbb sofianie kalau berak mmg bleh nyenyak tido.siapapun takkan perasan.mummy malas nak bising2 sbb bukan jenis mummy bising2.so buatmasa nie soffia fully ber"cloth diapers"

stakat yang ada dalam 22 keping cd.cd semua dr merah punya masa dia pakai cd dulu=)sib lah ok nursery.tapi tulah nurserynie selalujer tukar pengasuh.dapat yang ok tup2 satu ari benti lak.so kena ingatkan plak perkara mcm sapu specific krim kat sofia,pemakanan sofia(setakatnie makanan semua mummy yang sediakan,takut sbb dia allergic.now cd plak kena sediakan.)


tapi mummy minta maaf dulu banyak2 pd pengasuh2 sbb susahkan dowg.tapi kalau pikir2 senangjer urus cd.sama sebijik cam pempes cumanya dia perlu letak cd kotor dalam wet paper beg yang berzip.mmg tak bau punyalah..cd plak mummy dah siap2 pasangkan insert semua.sama mcm pempes jer sebenarnya..balik tengahari menyusu mummy amik yang kotor dalam wet paper beg2 n bila hantar semula sofia baru bg semula wet paper bag yang kosong..so mummylah yang agak susah disini demi anak yang disayangi.


rasanya org2 nursery keje mcm biasajer cuma takkanlah susahkan letak dlm wet paper bag "cd" yang kotor2=)



kalau tak celah celah pehanie lagilah merahh.kesian kalau dengar dia nanges n garu2.



mummy=)sofia ngah main2 ngan cd nie=)bukan cd lagu wokeyy."cloth diapers a.k.a lampin moden"



gara gara sakit gigi masuk 3 minggu dan ubatnya

3 minggu lepas mummy menanggung kesakitan yang amat sbb bengkak gusi kat rahang ujung gusi..wisdom teeth dah rosak berlubang sememangnya kena cabut kasi buang..

appoiment kena bagi preceed semula.kamis baru nak g appoiment..aduss sakit maa..tuhan jer taw..mmg mummy nak kasi cabut jerlah pasnie mcm tak tahan.

tapi nie hah..
masa gigi bengkak teruk tempohari,ni ubatnya..ubt panadol biasa tak jalan de..so amik ubt jt farmasi guardian.ubat tahan sakit NUROFEN.makan 1 bijik 4x sari,ubat bengkak gusI DANZEN.2 biji 3x sari,dan ubt hospital kasi antibiotik.makan seminggu baru baik.

so pasni leh proceed appoiment ngan pakar bedah mulut kt hospital pjya.mesti kasik buang ini wisdom teeth..tp taktahulh bila appoimentnya..taujerlh gomen..huhu.pernah nk buat kat swasta tp dia tak mo buatlak.nape tah.

so semalam mummy try pakai jeans mummy.ternyata ianya muat.huhu..bila timbabg2 mummy turun 5kilo.dr 65kilo turun jadi 60kilo gara2 tak lalu mkn n byk berpuasa.

mau tak puasa mummy dok gagah mengganti sebulan puasa arituh mummy dlm pntang sofia..dulu masa preggy dia berat akhir 74kilo.sgt berat wokeh.huhu 

so bolehlah turun lagi kasi slim..senyum gaklah..hikhik


alhamdulillah rezeki ngan nuffnang

percaya tak selama mummy berblognie mmg tak pernah cash out.sedey betul.hehe tapi takpelah sbb memang mummy still suka berblog n alhamdulillah ada ramai kawan dalam nie=)

so sambil2 kawan nuffnang mummy makin lama makin bertambah.alhamdulillah.mummy bukannyer retipun trafik2 n tips2 nak banyak.kalau ada BE dah syukur sangat.mmg tak kisah sangat ngan bape mummy dapat janji mummy ada kawan sudi singgah blog mummy.hehe.

agak2 korang suka tak kawan ngan mummy?hehe.so setelah lama tak cash out mummy rasa ujung bulan mcm nak cash out.katanya baik cash out ujung bulan.tapi ciput sungguh nilainya taklah sampai beratus.BE yang masukpun ceket2jer gerak.hihi takpelah papepun bersyukur..

ada gak leanding kat blog contest.blogtuh skang just nak running nuffnang mummy letak mana contest2 kat luar yang mummy tau.join yang mana mampu sbb melibatkan cost gak.hehehe.so kalau menang mmg alhamdulillah=)kalau tak menangpun ok tak pe bleh try n try lagi

hadiah yang memeranjatkan..terima kasih=)

sebenarnya dunia blogging sememangnya indah..bila kita kenal n terasa rapat ngan seseorang blogger,singgah n komen2 selalu rasa mcm reality plakkan??

sebenarnya lama dah dapat hadiahnie tapi tak sempat nak post..

Terima kasih kepada 

kamu sungguh sweet n baik hati=).im so touching=)
hadiah buku tuk merah n shawl yang kaler biru mummy punya=)n ada mcm keychain yang cumil=)mcm taw2 jer antara my fav kaler shawl2=)

mmg manis dunia alam maya bukan?harap kita sentiasa merapat2kan siratulrahim.n mummy adagak teringin nak jumpa segelintir bloger2 yang adanie=)


ada gak mummy dapat penanda buku dr blogger wahida(mama sempoi) tapi tak sempat nak post sbb dah kena sambar ngan adik mummy.huhu..


kebanyakkan blogger yang singgah blog mummy semuanya sweet2 belaka n semuanya peramah belaka.harap hubungan alam mayanie dapat jadi hubungan real punya.nak sangat jumpa ngan u all=)tq jugak sudi singgah blog mummy yang tak seberapanie...tq korang=)

jom kita bermain di playground

aii kami baru nak start main..tgk2 muka kami senyum n teruja=)


name kita sofia=)baru nak g main main nie.mana nak g dulu ek??


kay,jom start explore=)


Wahh mcm besh jer.nak g sanalah sbb warna warni..mmg bila sampai2 jer sini sofia mcm menjerit suka=)dia takmo mummy pegang.nak bergerak sendiri


Tapi dah kena tangkap ngan papa.hahah..mummy plak dok snap2 gambar dowg buat kenangan



Memula merah takmo masuk dlm bolanie.papa letak jer sofia.kan sofia ada eczema tapi papa letak jugak nak tgk sbb lamadah penyakit2 kurang menyerang.

ternyata alhamdulillah Allah protect dia dr sakit2.dan semakin baik.mummypun dah makan ayam=)telur jugak=)tapi seafood blum sedia nak amik lagi..perlahan2




nie baru nak masuk tempat bola=)suka sangat merah.bila nak alik takmo kuar dah!


Budah nie mmg mummy pegang je..sikjer kemana2 nnt kaut abuk=)sesekali dah lepas ok dah=)hehe

so balik dr tesco kami p makan.tak snap gambar sbb laparrrr.hihihi


Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 25,


Dapat tengok kejap jer.n tak bape nak fokus sbb si merah sik ajak main main ngan dia.papepun bil umum tang aaron aziz merah n sofia dah tido.huhu..

nie keputusan penuh amik dr 
credit to roti kaya

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR – Aaron Aziz
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz Suip
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular – 3 Suara
Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid


Tapi pakaian semua mmg ikut temalah.tapikan mcm seksa jer nengok pompuan2 nak berjalan.n kat punggung jangan dok habaqlah..sekci mekci.huhu

majlis bacaan yasin dan tahlil

Bulan yang terdekatnie ada 2 org staff unit akaun telah kehilangan suami.Al-fatihah pada yang kembali pd Allah.

So kami adakan majlis tahlil n bacaan yasin.arinie bz bonar n snap2 gambar ikut dan jerk.


Antara yang hadirkan diri.sememangnya kaum adam tak ramai diamana2pun.hehe


Cc Jj tudung kaler grey n yang cantik manis tudung ijautuh ketua merangkap bos besar aku=)hikhik.yang tudung ungu kak ton..lapar toll sampai tak pandang camera.huh!



Alahai banyak lak tangan kat dalam gambo nie..sabojerlah jah!



Mencik!!time aku enterpremjer adajer tangan dok nyakat.keji taw!


Say peace!!aku ngan asma.Sila abaikan tudungku yang keromot tuh.mcm comotjer aku ek?aku bz arinie so agak terkejar2.


Yang tepisekali indian gurl.namanya valli.dia tak baca yasin taw.makan jerk=)hahah


Nielah yang kehilangan suami.ada tempat kosong dah.yang tudung ijau.Cc maimunah.masih jelita=)siapa nak isi borang?mamainjer=)cc kami maintain cun

kaler merahtuh azni.pada yang kenal dia blogger gakz=)


Antara makanan2 yang ada.tapi aku tak makan sangatpun podass.usus tak tahah beb!yang kuih2 bukan aku mentadarah sorang.kongsi ngan azni

dah aku nak alik..tak menyempat ku post jugak gambar majlisnie..blah dulu korang...selamat berhujung minggu=)

segala ternakan kampung=)

Last week kami kena kuarantine sbb sofia kena jangkitan kaki tangan n mulut.tapi papa lak ada meeting di PD.so papa angkut kami g alik melaka umah matok n abah tok..

sekali balik2 tgk abah tok bela banyak binatang belakang umah.hihi






mcm macam adooo..merah paling suka kat arnab.ekceli arnabtuh mak ngah dia yang punya.masa seminggu dia bela arnab teruss lekat preggy mak ngah.dah 2 tahun mak ngah tunggu baby dia=)hikhik

yang lain2 mcm itik,angsa,ikan talapia,burung puyuh..semua abah tok bela..cuma yang lembuuuu jer dia tumpang lalu.hihihi..org lain punya wokeh.!

punya seronok merah tgk=)

kalau dululah lagi banyak itik,siap beratur g mandi kat lombong kat belakang hutan tuh..jgn kira si monyet yang nakal!monyet2 sini jahat siap pecahkan telurlah aperlah..masa bela dulu selalulah dapat tangkap sang ular.besaaaaar sampai kena panggil bomba.ular sawo!

la nie kena hati2 lagilah nampaknya.huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in