rasa nak nanges..

Arini xnak bw..takder mood..huhu sedih n frust...

setelah 3 tahun kita mengecapi bahagia bersama
suka dan duka dikau selalu ada..
saat indah dan memori indah terakam kemas dalam ingatan..

kenapa setelah 3 tahun baru nak tinggalkan?
tidakkah rasa sayang selalu ada?
kata nak sehidup semati..
tapi kenapa sekarang kau khianati..

hanya Allah tahu apa yang ku rasa saat ini..
teringat kembali masa mula2 kenal dahulu..
mmg hati terpikat tiada duanya..
ku setuju menjadikan kau sebahagian dr hidupku?
tapi kenapa sekarang nak berpisah???

bagaimana kehidupanku..pahit manis hidup tak dapatlah=gi dikongsi bersama..
bagaimana nasib sofia dan merah tanpa mu???bengong aku bengong..
termenung pada hari jumaat yang mulia.
penghulu segala hari tapi kenapa dan mengapa hati ini sayu mengenangkanmu..
haruskah kita berpisah?
sudah tak adake jalan penyelesaiannya..?
hati merintih pedih..
jumaat tanpa kata dan gelak tawa.....

apakah ku yang bersalah?
adakah ku tak cukup sempurna bagimu?
adakah ku tak perfect menjagamu...
arrggggh sungguh ku sedih..
kepada siapa nak mengadu?takkan nak heboh satu blog??
biar semua tahu aku sedang sedih...

lantas ku capai handfon untuk menelefon seseorang.
untuk meluahkan kekecewaan yang tak terbatas..
''
''
''
''
papa...
mummy nak minta maaf..
bukan mummy tak mahu jaga tapi mummy
tak sengaja...
mummy tahu papa tak marah..tapi mummy yang sedih...
''
''
''
''
''
''
''
mintaa maaf papa
mummy tak sangka 
camera canon2 rosakkkkk!!
waaa aku sedih.
kamera kompak2 dah 3 tahun umurnya.skang lens dia rosak?
mcm mana nak amek gambar papa,mummy,sofia n merah?
takkan nak kena beli baru..larikkkkk budget!


arituh hp rosak...la nie kamera plak.rosak.dahlah suka amek2 gambar budak tecik 2 org tuh..jgnlah pasnie apa plak nak rosak.huhuhu sedey sob sob sob..dahla dekat nak raya pulak..tapi skang kamera ada kot yang mahal n lebih 12mp??adakan..iadakler mampu nak rempat DSLR...tunggu tunggu menang peraduan idak ada plak..ari2 menang ipad jer dlm peraduan dutch lady kumpul huruf dan menang..tapi ipad payah gak nak usung..gambar bila amek mlm2 bukan cantikpun..huhu




restock kelambu moden.cepat2 beli=)

ini adalah entry melekat sehingga 28.06.2012
sila scroll down untuk new entry..tq tq tq=) 
 

Restock kembali unit kelambu..
siapa yang terlepas nak beli boleh order sekarang yea..

harga RM50 seunit (queen saiz)
RM 55 seunit (king saiz)
penghantaran PERCUMA bagu SEMENANJUNG
tambah RM10 untuk penghantaran SABAH/SERAWAK
pilihan warna kelambu adalah mengikut stock yang ada..

tempahan dibuka mulai 5/06/12 sehingga stock habis=)
stock terkini yang masih ada boleh tengok dibawah:

Warna hijau muda
1 sold to syafizatul shima (muar,johor)
1 sold to farhan (bukit katil,melaka)
1 booking by atiqah (melaka)

Warna biru dacing
1 sold to wanie(pj,kuala lumpur)
1 booking by wanie (putrajaya)
1 booking by shahrul shah (cyberjaya)
1 sold to hajar (pulau pinang)
1 available (book already by eina friend,pj)

warna pink
1 sold to rashid (kuala pilah,negeri sembilan)
1 sold to mariana (sandakan,sabah)
1 sold to ameera (melawati,kuala lumpur)
1 booking by yusuf (selayang,selangor)

warna peach
1 sold to mama rina(taiping perak)
1 sold to mummy sara(sungai petani,kedah)
1 booking by puan syafiee(bangsar,kuala lumpur)
1 available(stock rosak,pulang semula)

warna purple
1 sold to adik niniee(kuala lumpur)
1 sold to sueriati (p9,putrajaya)
1 sold to suzana(ulu selangor)
1 booking by puan likomsaton(putrajaya)
''
''
''





So sesiapa nak beli STOCK PALING LATEST
SILA KLIK


Semua info berkaitan kelambu modern ada disana..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membeli di sini=)

selamat ari jadi aleeysha

Rata2 anak2 perempuan kawan opis atau member di alam maya bernama "aleesya"..tapi mummy suka juga dengan nama tuh..

mummy plak anak sulung nama nurul humaira..asalnya memang tak tahu nama apa patut diberi tapi satil mummy n hubby kalau beri nama anak kena tunggu dia lahir n lihat mcm mana fizikal n perangai dlm hari..hehe..

mcm merah,dia masa lahir kulit dia kemerah merahan.sampai skang kalau nanges atau panas muka akan jd pink..nama nurul sbb mewakili anak sulung iaitu mummy..hikhik

sofia plak nama penuh sofia maisarah..maksud cerdik dan ketenangan..masa dalam hari dia mmg senang nak jaga..tak mcm merah.sik nanges jer..huhu..sofia dia lebih tenang menjanganya.sampai sekarang nama memang serasi dengan dia..hikhik..

berbalik pada nama "aleesya"mmg ramaikan nama nie??anak buah mummy yang num2 barujer sambut buffday..ekceli just beri kek jer tak buat majlispun.diapun dibiasakan hanya beli kek n tak buat majlis..


kek coklat indulgence dr secret recipie..nie sponsor by me..hehehe..sungguh sedap rasanya=)

hadiah beg n set alatulis barbie spinser by me jugak..kaler papa aleesya bagi=)

sebenarnya aleesya mmg good gurl..memang masa kecik kuat nanges n cerewet tapi sejak darjah 1 dia jd kakak yang baik.gelagat mcm org besar,pndai lagi..rasanya nama aleesya mmg ointar..dia darjah 2 skang=)memang pandai bila sekolah..

dia pun tak pandai minta2.apa yang org kasi dia ambil..mcm kek n present dia tak pernah mintapun..tapi nampak mata bersinar gembir..mummy puas hatilah bg pd dia..dianie jugak berdikari dan berani.bleh pegang ular kuning2 tanpa rasa takut..eiiiii den yang goli..

hepi buffday aleesya..semoga terus membsar dengan sihat dan pintar..jadi anak yang solehah..aleesya jugak suka solat=)skang dia bleh solat sendiri..mengajijer kena bimbing cket..=)




lawanya diaa


korang kenaltak budak yang cun nie..
nie anak erra n ku emran
dah mcm anak dara dah..mmg lawalah dia..
tgklah maknya=)

mari mari pakai celak arab D'Herbs

hahaha tajuk mcm nak lelong barang jer..hikhik..tapi memang betullah terbaik hasilnya memakai celak arab
"ku rasa jelita bak aishwarya rai"
hikhik..

see see mata tuh aish yang punyer..mmg sangat pekat pakai takpayah tekan2 dah mmg pekat..dan bila nak bersihkan mmglah cukup senang..
selain itu ianya halal dan boleh bawak solat..ala tapi kalau bersihkanpun mudah tanggal..

mummy suka sangat kat bahan2 dalam celaknie
olive oil,propolis antaranya..
so korang2 yang pakai celak bleh try celaknie..harga kat kotak rm15.90 tapi semalam beli kat pasar tani dia bagi rm15 jer..murah cket=)so apalagi tunggu g lah beli..

dah mcm prompter barang make up..hahaha..pasnie mataku cantik dah..takder sembab mcm baru bangun tido.haha
eh eh kurita mummy tak pakai celak lah..tunggu nanti nak kucelak kan jugak.hikhik

lipstik

Assalamualaikum sumer...sejuk toll kat opis nie..tak tahan dibueknyer..sampai bibirpun kering..

last weekend g carik pelembab bibir sbb kering dan pecah.dah lah banyak abeskan masa dia opis yang sejuk bawah paras beku..hahaha..
so jumpa satu kedai jamu kat shopping mall giant.so singgah n tertarik dengan lipstik dr D herbs

Sila abaikan kurita ku dibelakang lipstik itu..hikhik..nie namanya "lipstik collagen D'Herbs"
setelah beberapa hari pakai mmg adalah perubahan.mmg sesuai untuk kelembapan bibir yang baik..
hargapun ok ok jer 25.00...

mummy jenis payah nak bermake up cuma bedak n lipstik dah cukup.tapi skang sik berjaga mlm mata jadi tak cantik..so kena guna eye liner..memula mmg pakai liquid sbb senang sangat nak cuci..tapi masa g kedai2 jumpa eye liner arab D'Herb..warnanya pekat dan halal..boleh bawa solat tu yang penting..harga plak tak mahal cuma 15.90 kalau tak silap..tapi tak beli lagi..nntlah nak beli sbb mudah boleh bawa solat..

kalau dulu just pakai pencuci muka jer...skang sbb kering kene g carik pelembab,scrub muka dan kena jaga cket2 dah kot..hikhik..mmg payahla nak make up2 mmg tak selesa..lebih santai  biasa2 jer tanpa make up tapi suka tgk org lain make up=)

khasiat dan keistimewaan budu

Pagi semua.Assalammualaikum=)sedapkan nampak budu kat atas..plan nya malam nnt nak makan budu cicah ikan bakar..sedapnyalah hai..

sebenarnya selain sedap budu banyak khasiatnya..mungkin siapa tak makan budu2 sebab baunya yang kuat tapi bleh cuba2 makan..letak bawang,durian dan cili padi lalu perah ngan limau..wahhhh masyuk sungguh rasanya..selain2 ianya banyak sungguh khasiat=)

budunie macam kicap jugak cumanya ia diperbuat drp ikan..banyak org buat budu drp ikan bilis..ada gak buat drp ikan yang lain.cara buatnya rendam ikan dalam tempayan dengan garam dan sedikit air dan perap lama-lama..

banyak tau khasiat budu..budu nie jadi perhatian negara luar mcm amerika syarikat,australia,jepun,NZ,dan Jerman.antara khasiatnya adalah:

kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan,... mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.... 

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit birit...penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi......Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.


Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin ADE dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sepertivitamin B1 (thiamin)vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasinvitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.


Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin Cvitamin E dan karotenoidisoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas....Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel....

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzeinglisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.


Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research... Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. 


Bangganya sbb banyak khasiat budu..nasib lah mummy memang jenis suka makan budu ngan nasi=)so siapa yang tak try budu bleh try.mmg sedap!dan mcm amek pill vitamin2 dah.banyak betul khasiat

Tempahan ditutup...stock kelambu moden abess

Alhamdulillah dah berakhir minggu nie dengan jayanya=)dapat abiskan kursus yang bosan jugak..hikhik..akhir minggu kerongkong sedikit sakit n idung berair..

tapi tadi masa beli air kat cafe akak2 ada bg petua"kalau selalu kena selesma masa solat amik wuduk masuk/sedut air sedikit dalam idung..waaaala sakitlah cket tapi mmg tak kena selesma..yeker kak?nnt kan ku cuba ek sbb dari dulu memang nurul antibodi agak lemah sedikit..huhu"

ok kita teruss ke tajuk asal
"TEMPAHAN KELAMBU MODEN BAGI BATCH 2 TELAH DITUTUP"

So gambar di atas adalah 2 stock last tapi yang kaler peach2 adalah pembeli tanya..bila cek2 kain dia rosak pula.so kena return pada pembekal..setiap pembeli yang order kami akan cek dulu condition kelambu so kalau tak elok tak jual ok..so kalau ada pembeli yang terima kain banyak rosak sila pulang dlm masa 7hari dari tarikh pembelian=)

untuk pengatahuan semua stok2 yang ada memang terhad..so alhamdulillah rezeki anak2 mmg adajer pembeli cuma kami akan amek masa nak topup stok.dan pembeli boleh layari blog ini
untuk mengatahui setakat mana stok kelambu yang ada beserta warna dan saiz..

so yang kaler biru tuh plak mmg dah ada yang booking..so dengan ini kami mengishtiharkan bahawasanya "tempahan ditutup"

kami akan buka semula stock pada akhir minggu depan.warna plak ikut stock yang ada pada pembekal..for info,semua stock kami ambil di thailand,dan mengambil masa sedikit untuk topup stock yea..

terima kasih=)





So sesiapa nak beli STOCK PALING LATEST
SILA KLIK


Semua info berkaitan kelambu modern ada disana..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membeli di sini=)

sejukk

Sejuknyer bilik kursusnie..bawah paras beku dahnie...td mkn pun tak bleh bernyawa sbb idung sumbat dah..mummynie mmg dr dulu tak tahan sejuk even badan penuh daging tapii lepas 3 hari atau lebih dlm aircond pasti tak sihat...huhu..nie mcm selesma sudah..

kepala berat semacam..kursus nie mmg bosannnn..

minggu sibuk...

Last 2 week sibuk dengan kesihatan yang tak bape molek..minggunie naik2 kerja bersilat ngan kerja2 yang tertunggak n semasa..n kebetulan pula minggunie berkursus..hohoho sangatlah sibuk..

tapi sesibuk mana mummy wattak geti n cool ajer.hehe bleh perlahan2 merangkak2 ke blog2 kengkawan semua..n adalah follower2 yang mummy tak balas kunjungan akan mummy perji jenguk slow2...n especialy to my gsf lah...banyak lagi hutang kat blognie..nak update semua ahli2 gsf,nak bw segmen,nak lawat blog2 kengkawan yang mummy seronok baca tiap2 hari..hehe banyaknyer kerjakan?

anak2 plak dah ke taska minggu nie..mek merah mengamuk sbb lama dah duk ngan mummy..hohoho..bila masuk taska terus meluru keluar peluk mummy kta jgn tinggal dia..manyakkk sedey wooo..si sofia lak biasa jer sbb tak geti cakap lagi..wink wink..

oklah semuanya cabaran tok this week..ku nak g kursus dulu..tata!

tolongg..tolong..

Assalammualaikum sumer..just nak mintak tolong..mummy sebenarnya nak buat reply kat kotak komen..bila org komen2 kita balas ket situ terusjer tapi bila dah tgk coading mmg tak pandailah..ada perkataan "reply comment"tapi bila klik tak bleh plak..

nak buat sbb mudah tgk tutorial nyer tapi tak paham tang blog ID yang kena masuk..tak dapat buat..mmg aii tak pandai uolz..huhu nanges!siapa baek ati nak tolong?

isra' mikraj...selamat hari lahir..

Cepatnya masa berlalu..dah harinie dah ahad..alhamdulillah minggunie berakhir dengan baik sekali..terima kasi Allah..esok ke opis dah..harap semua berjalan lancar di ofis..

ada kontroversi ngan ketua kerani sbb masa 2minggu sebelumnie ada kerja tertunggak di dalam laci dan ada beberapa cek yang tak settle.dah msg ketua kerani kata ada satu batch rasanya dlm drawer.jumaat baru lepasnie setelah 2 minggu baru dia message kata "kenapa tak beritahu ada 3 batch cek2?"manalah nurul tahu yang diapun silap cariklah semua laci..kita dlm keadaan sakit dan separuh sedar manalah nak ingat.bukan sengaja nak simpan cek..kalaulah sakit hanya demam biasa ok datang settle kerja tapi nie dah berjangkit..agak payahlah..

sepatutnya tugas seorang ketua kerani menyelia..so dia kena tgklah semua laci..ada 3 laci jer takkan tak mampu carik..sampai ke pengatahuan boss.tapi nurul tak mahu kalut2lah bukat sifat nurul..just relex n jawab dengan tenang kalau boss tanya..

eh berbalik ttg usra' mikraj...sebenarnya harinie hari jadi anak sulung nurul.si mek merah..harapan semoga dia terus membesar dengan sihat dah cergas=)teringat memula melahirkan dia..lepas balik bershopping di giant kena hantar adik ipar ke KLIA..so jam 12 malam teringin sangat nak makan MCd..so g makan 2 bijik burger terus..mmg laparrrr yang amat2..pelik jugak sbb sepanjang 9 bulan mmg tak selera makan.mabuk dr awal sampai 9 bulan.org naek berat tapi nurul turun banyak kilo..haha slim melim masa2..tapi malam2 hubbypun pelik napelah nurul berselera..

masa alik rumah di putrajaya dah jam 1 pagi..nak tido tak boleh..hubby lak dah baring dah nak lelap dah..tetiba nurul nak buang air kecilll jer..tak benti2 buang..rupanya ketuban dah pecah..relex2 dulu n malu nak ke hosptl sbb nnt doktr kata awak just buang air keciljer bukan bersalin..haha so tunggu..

jam3 pagi baru g..n berbual2 ngan hubby sambil ketawa.siap nurse marah sbb banyak guna tenaga katanya..last2 dok tido jap n kul 6.15 start sakit sangat..kul7.15 pagi isra' mikraj mek merah kuar..kuat suara dia nanges..masa teran2 banyak kali gak.yelah baru 1st time..rasa tak geti sampai hubby kata nampak kepala dia kuar n hubby kata teran yang terannnnn!tapi nurul tak pandai terann..hehe sampai hubby geram n ketuk kepala nurul ngan tangan dia,..tapi taklah kuatpun..hikhik..pastu terusss bleh teran!

 
 sekarang sudah 3 tahun dah dia..makin banyak tanya..hikhik..selamat hari jadi=)mummy sayang merah...i luv u laling=)

SEGMEN : Blogwalking & Follow


Due sehingga 30.06.2012
korang jom join segmen yang simple gila..hikhik..
senang jer syarat2nya.

klik banner nak join kay!







alhamdulillah kembali ceria..

Alhamdulillah cikenpox mummy dan sofia semakin kering..sofia pulak selain cikenpox dia ada eczema,n demam sikit selain dr bengkak gusi nak tumbuh gg..3ari lepas dah ada 2 batang gigi bawah=)

amin2 dan banyak2 terima kasih pada kawan2 blogger yang mendoakan kami supaya cepat sembuh..minggunie doktor still bg MC lagi seminggu supaya jangkitan ciken pox, berakhir di sini sahaja tidak menjangkiti orang lain di ofis.. 

mek merah pula ceria seperti biasa..tak sabar nak memulakan tugas di ofis..tetiba terfikir pada cek2 yang bertimbun..hikhik
pada geng2 GSF tq juga mendoakan supaya lekas sembuh n insyaallah mummy dah ceria untuk berblogging=)senyum lebar..

sepanjang 29 tahun,baruni mummy kena cikenpox n yes mmg amat2 pedih dan gatal hanya Allah yang tahu..dan yang paling lega tidak meninggalkan parut di muka..amin2 cuma di badan ya rabbi mmg banyak sangat ciuman cikenpox..huhuhu..

bila difikirkan semula mmg mummy amat2 bersyukur sebab masa 3 hari mummy kena sofiapun berjangkit.mmglah dalam sehari dua dia gatal2 dan tak lena tidur diikuti dengan demam panas tapi mummy bersyukur sebab kami boleh dua2 MC..sofia mummy boleh jaga sepenuhnya tanpa mengambil cuti rehat yang hanya tinggal 10 hari sahaja.mana nak ambil cuti raya lagi,dan cuti2 yang lain..

dan Allah permudahkan urusan mummy menjanga diri sendiri dan sofia dan makan minum kami..sepanjang kena memang mummy tak bergoreng kat rumah sebab kata orang tua2 jangan bergoreng.jangan makan berminyak hanya yang stim dan kukus atau sup yang tidak ditumis..alhamdulillah sehingga sekarang semuanya tetap terjaga..hanya ikan kami ambil.ayam dan lauk pauk yang gatal kami berpantang dulu buat masa terdekat ni.

sofia pula cikenpox tak terlalu banyak macam mummy dah merah..mungkin Allah dah atur semuanya dan dia kena tak banyak cikenpox..amin amin..betul2 bersyukur..memang apa yang berlaku ada hikmahnya..hanya perlu letakkan kepercayaan pada Allah dan berdoa supaya diringankan ujian..terima kasih Allah=)

k cukup setakatnie dulu tq semua..luv u all..muuuah!!

bersiarn dr rumah..

Assalammualaikum semua.mummy masihlagi mc.dapat mc seminggu dan mungkin akan sambung mc lagi seminggu.dalam kepalanie mmg kosong dan berehat sepenuhnya..

harinie hari ke6 mummy kena chickenpox.merah alhamdulillah mmg ke sekolah sbb dah btul2 baik.sofia pula baru 3 hari berjangkit saka chikenpoxnie..maaf sangat kengkawan n group segar follower sbb setakatnie mummy tak dan nak tgk sbb keadaan tak mengizinkan..mummy masih gatal2 cuma dmm dah takder tapi sofia mmg merengek.badan dia panas sangat malam tadi..

badan dia semakin banyak butir2 isi air yang gatal n eczema dia menyerang kembali..so susah mummy nak berblog.ditambah plak kelajuan internet berukband yang ditaham dewa slownya..haha dah siap buat peta malaysiapun tak bukak2 blog kengkawan lagi..nak komenpun berejam..huhu..

kepada sesiapa yang email mummy bertanyakan kelambu insyaallah hubby akan jawab.harga kelambu RM50 termasuk penghantaran..saiz plak standard saiz.(queen saiz)..arituh mummy ada amek stock.tapi tak sempat update dah ada pembeli..nie tinggal 4..kaler biru dua,kaler purple ada satu,kaler peach satu...so cepat2 siapa nak ok...

 

tak larat

Assalammualaikum semua..buat masanie mummy jarang2 di blog yea sbb 2 ari nie mummy terkena saka...

abis lemah seluruh badan sebb "saka".insyaallah akan mummy balas n post entry yang mana mampu..skangniepun badan panas semacam..

eh tapi jgn salah paham yea,mummy dapat saka dr nurul humaira.saka "chickenpox"huhu
masa dulu mmg mummy tak pernah kena lanie umur 29 baru kena..mmg takde satu ruangpun biji berair  tak tumbuh..huhu..
paling tak tahan gataiii...

pada yang email mummy untuk order kelambu mummy akan minta hubby balas.stok ada yang terbaru tapi tak dan nak masuk lagi..tapi mmg ada stok n yea mmg mummy jual kelambu..alhamdulillah rezeki pembeli tidak berhenti..terima kasih pada yang sudi beli n pada yang bertanya..

minta maaf yea skang mmg btul2 tak larat n doakan mummy dah transfer sakanie plak pd sofia..kesian dia masih kecih..nie adalah ujian Allah insyaallah mummy sabar terima=)

k sayang u all ketat2..

banyaknya kelebihan...

Saja nak share tentang kelebihan menjadi seorang ibu..dr start kita mengandungkan...terima kasih mama sebab dengan susah payah melahirkan..

masa nie mummy mengandungkan sofia...merah masanie dlm 2 tahun..
teringat pula masanie dah nak bersalin tapi enjoy g jenjalan ke jay bee..seronok sangat..sila abaikan mummy yang comot=)


9 kelebihan menjadi ibu..
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.


2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.


3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.


4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …


5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan 

dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang 

menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.


7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah

 tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga 

wajib baginya.


8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur 

yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala 

seperti membebaskan 20 orang hamba.


9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga 

anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh 

dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun 

pahala ibadat








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in