setelah menderita selama dekat 3 minggu
sakit gigi geraham bongsu yang tumbuh senget
dan dah impected sehingga meninggalkan kesakitan
dari anak tekak ke kepala
so,sampailah waktunya appoiment gigi itu dicabut
keluar dari rahang..
appiment bertempat di
"klinik pergigian izra"
di presint 8 putrajaya..jam 9.00 pagi.sebenarnya sehari sebelum appoiment mummy dapat call yang abah mummy kena emergency warded operate keluarkan tube dalam buah pinggang.dia mmg ada nslh buah pinggang n now tengah dialisis 3x seminggu.so dia buang tube yang 10tahun dalam buah pinggang kat HKL.so agak risaukan dia jugak dalam masa sama risaukan ttg minor operation gg mummy..
jumaat jam 9.00pagi appoiment ngan dentis.jam7.00 pagi abah call kata terbuang air besar(ekceli masa tgk dia khamis2,dia cirit birit)aduh napalah tak belikan pempes ke dia masatuh.tak teringat..so pagi2 lagi dia dah panggil bersihkan..memang berbelah bahagi..papepun pagi2 mummy siap2 jugak n hantar merah n sofia g nursery 8.00am..ingat nak cancel app ngan dentis tapi mcm berat hati sbb lamaaaa dah tunggu nak cabut gg..lastly dapat call dr adik ipar yang dok kat shah alam.dia g bersihkan abah.alhamdulillah lega disitu..
tepat jam 8.30 hubby ajak mummy makan kat kedai.mummy makan kenyang2 sebelum operation.abis makan kumur2 bersihkan mulut..melangkah masuk ngan hati yang berat..
jam 9.10baru nama mummy dipanggil...masatuh hanya doa yang mengiringi..mummy tak pernah lagi rasa takut seperti nie..memang takot jupe dentis nak2 operation plak..serah dirijerlah n tawakal!
sesampai di dalam mummy duduk kat kerusi yang sepatutnya.
terasa tenang didalam kekusutan melihat klinik yang serba soft purple..sedikit tenang wokey..takut tetap takut!bila duduk doc kata
"nurul u're my 1st customer yang duduk di kerusi baru"makk aii doc nie akudahlah takut lagi nak buat lawak..ingat nak cakap "nurul u 1st customer yang i nak surgery today"..sib tak goyak lagu2 kalau dok lamo doh kawe larikkkk.yang kelakarnya dia tak tahu setting kerusi barutuh..jadi dely operation sbb dok main tekan2 kerusi..canggih sangat kerusi barunie..sudahnya lampu operation tak bukak!
jam 9.40 barulah lampu bukak n ada imej x-ray gigi kepunyaan hamba..mak aii berderau darah..kata org utara seriauuu..ketaq badan..pastu dia suruh nganga mulut luas2..sakit rahangnie rasa.diapun bius..yang beshnyer tak rasa wokey dia bius..walla beb mmg drntis sangat lembut.jarum masuk dalam gusi bleh tak rasa...tau2 jer kebas.dia kata 6 dos masuk dalam gusi..apalah jenis jarum doc nie gune tak rasa langsung ubat bius masuk..5min dah kebas.ku rasa bibir tebal mcm org kulit itam..hohoho..mmg kebas..diapun korek2 n kerjakan gg mummy..dia ketuk dia tarik dia buat semualah sampailah satu tajap dia nak belah gusi
dia mintak pembantu mcm helmet..MAK AII nak welding gg pulak dohh..abes mak!
dia pun belah..dengarlah dia belah ngeeeekkk ngeeekkk bunyi mesin welding besi2..hahaha tapi yang beshnyer hanya bunyi yang menakutkan tapi still tak rasa sakit!!
sampai masanya dia berdiri n aku dengar dia baca bismillah.dia try tarik gigi aku keluar patu aku jerit "sakit doc"dia kata sikit baru dia tekan..huhu diapun kata"ooo u punya gg memang tengah sakit cket n akan countinue sakit selagi tak buang..dia minta aku tahan sikit..kalaulah dulu aku cabut sebelum sakit,mesti takkan rasa sakit masa ditarik.pastu doc bagi lagi 1 dos bius baekk nyer sampai dalam gusi...so aku tahan nafas.diapun mulakan mencuba tarik lagi.masa tarik aku baca doa nabi yunus..la ilahailla anta subahana inni kuntu minal zalimin n sebut Allahuakbar dalam hati..sekali lalu sakit bagai taufan!!dah selamat kuar gigi..rasanya taklah terlalu teruk..alhamdulillh..
nielah imej gigi aku
see?my wisdom teeth yang dah tenat!!
hitam bahagian atas memang patutlah sakit tak berhenti..
yang agak besh kul 10.10min pagi dah selesai.mmg cepat!!
selepas dah selesai doc pesan jangan kumur dalam masa sehari dan tekap kapas kemas2.jangan mengunyah sampai bengkak surut n jangan minum/makan benda panas takut terbuka jahitan..dia bagi antibiotok,ubat bengkak,n ponston(ubat thn sakit)tapi ubat thn sakit2 sebijipun aku tak makan cuma amik penadol extent jer utk tahan sengal2.yang boleh mummy cakap sakit lagi sakit gigi drp sakit cabut gigi..
akupun buat payment sebanyak RM600 semua sekali..perghh mahai tapi takpelah duit bleh carik.aku malas dah nak tahan sakit..doc bg mc sampai isnin.dia pesan kalau sakit lagi datang amik mc n jumaatnie buka jahitan pulak.
pastu teringat kat abah terussss ke hospital,sebelum2 amik anak2 kat nursery pastu terus teman abah g hospital.abahpun operation jugak..pas dah salin abah pempes akupun teruslah pergi kat doc.doc gtahu petang cket abah dah boleh kuar.alhamdulillah operation buang tiub abah semalam berjaya.so abah bleh kuar.syukur..pas alik umah jam 5.00petang aku dah mula rasa sakit..sakit jugaklah tapi mampu ku tahan lagi..sampai umah aku kemas2 barang anak2 n siap2 utk alik melaka.hantar abah sekali..alhamdulillah abah ok,aku ok n semua ok cumanya aku tak bleh bercakap n tekak sakit juga.makanan aritu mmg tak makan langsung.air sejuk jer minum.esok baru makan cket bubur nasik..
skangnie masih bengkak lagi tapi beransur surut.
tapi risau jugak sbb muka nie nampak lebam.bila g kerja kengkawan kata aku bertumbuk laki bini.huhu
lebamkan.dakan mcm kena tumbuk?hhuhuhu senget aku rasa mukanie
belakang sekali gigi aku dah kena jait2..
bengkak makin surut
alhamdulillah terima kasih Allah
dan terima kasih doktor yang mmg perfect!!
akupun ada kemam air batu untuk melegakan bengkak n ia berhasil n paling besh pendarahan benti sebelum 12jam operation..
korang ingat sesiapa yang operation gg geraham bongsu bila tempoh 12 jam jangan berkumur.hanya tekap ngan kapas kemas2..selepas 12 jam try buang kapas dah kemam air liur tempat sakit tapi still jangan berkumur..kalau solat takper tak kumur...esok kalau betul2 yakin darah benti baru kemam ais.n bila dah boleh kumur perlahan2 kumur ngan air garam bg legakan bengkak..
syukur banyak
sesiapa nak ke klinik gigi yang mummy g nie alamatnya
Blok A-7.01.U.07,jalan P8C/2,Presint 8,
62250 putrajaya
w.p putrajaya
tel:03-88893221
fax:03-88810616
H/P:013-2070765
korang boleh buat gigi..boleh tanya kosnya dulu di kaunter sebelum buat ok...
panjang tol perjalanan gigi aku..aku mmg bersyukur hanya ada 1 gigi geraham bongsu yang senget..gigi bongsu yang lain2 tak sengat tapi semua dah takder..da inalillah..ooo lupa lak gg aku kat pic atas tuh selamat aku kebumikan di melaka.dekat uri anak2 aku..
sekian!