Tolong doakan

Tolong doakan abah saya
tadi mama call dari melaka doctor kata abah dah coma
abah diberi bantuan penafasan secepatnya..
Doktor kata lagi..
abah ada pendarahan dalam kepala
start daripada dialisis terakhir dia diserang semput pada isnin
dan diserang demam panas semalam kerana ada jangkitan dalam darahnya..
Doktor kata lagi minta kami bersiap sedia 
.abah dibawa terus ke HKL malam ini juga dengan ambulan untuk rawatan segera..
saya sekeluarga menunggu di kuala lumpur..   
sedih sangat saat ni...
tekenang2 wajah mulus abah yang tercinta..
saat menaip ini...air mata membasahi pipi...Ya Allah...Ya Allah
tolong doakan untuk abah mummy..
semoga Allah melindungi abah..
   

HILANGKAN KUTU DI KEPALA



Rentetan daripada kisah "si merah"
berjangkit dengan "KUTU" di nursery..rupanya ramai gila yang kena kutu termasuk cikgu2 kat nursery "C" tuh..huhu kesian plak.

Bermula adegan garu-menggaru dengan dasyat di rumah,
mummy syak sesuatu di kepalanya..KUTU!!isyk kalau bercakap tentang kutu memang siapapun tak suka nak2 kaum-kaum ibu..

Bagaimana nak hapuskannya??
surelah boleh ada guide sikit mcm mana nak hapuskan binatang durjana yang menghisap darah ini..Tapi jgn pulak ingat org yang dijangkiti kutu nie kotor,jarang basuh kepala,tak syampoo plak tau..kutunie boleh melompat dr satu kepala ke satu kepala dengan mudah..bila gunakan towel atau tido dekat2 si penghidap mmg confirm berjangkit..budak2 dalam lingkungan 4 tahun memanglah pergaulan tak leh disekat..so memang kena carik penyelesaiannya..

Apa yang mummy buat kat rambut dia??
memula mummy g carik ubat kutu kat Guardian..

pic nie amik kat google taw..lupa nak snap..

So pakailah merah..Bila dah syampoo guna nie memanglah busuk gila baunyer..tapi ku tahan jua..huhu..lepas pakai mummy biarkan selama 30minit..dalam pada tuh mummy jenguk2 nampak bergerak2 kutu kat atas kepala.eiii geli..Tapikan pakai sekali tak terus ilang kutu..So nnt kena ulang semula buat lagi sekali..

Selepas tuh mummy sikat2lah rambut dia dengan

tapikan tak baguslah sebab tak masuk sangat kutu2..dan sikat nie cepat sangat patahnyer..alahai..paling pening sbb rambut merah panjang lepas dr bahu..huhu..susahnyalah hai nak ilang..Sudahnya mintak papa gunting rambutdia paras2 bahu.senang sikit nak proses kutu2.

Lepastuh try Google2 n carik petua orang dulu-dulu..Plus ada sahabat blogger "azni"kata "nurul cer try guna Bawang Putih ko tumbuk2 and campur ngan minyak masak"
So aku buatlah tapi campur bukan minyak masak..ku beli minyak Zaiton..so dalam banyak ulas jugak tumbuk biar lumat n tenyehkan kat kepala dia..Bau jangan ceritalah.faham2 jerlahkan bawang putih..hahaha..lepas letak bawang putih+minyak zaiton mummy biarkan selama 1 jam setengah..n pakaikan merah skarf mummy berwarna putih..nasiblah dia bagi kerjasama..Selepas tuhkan memanglahkan kutu2 tuh melekat kat skarft2.banyakkkkkkk gila.tak sanggup nak amik gambar sbb geli sangat!!yakkk!!bukan setakan melekat terus koma kutu2 tuh.hahaha padan muka..telurpun ada jugak..

Lepastuh mummy sikat lagilah lepas dah bilas..lepas sikat2 mummy syampoo guna syampoo merah yang wangi sbb nak ilangkan bau bawang putih tu..tapi alhamdulillah mmg takderdah kutu..Tapi mummy hari2 carik jugak kot2 ada telur2..ada lagi telur2 kutu..So kalau hari-hari rajin cari memang hasilnya memberangsangkan.hahahaha..yang penting nasib baik merah bagi kerjasama.."apa yang penting kerjasama"

So sekarang memang dah tak berkutu..Kami sekeluargapun pakai syampoo alice tuh..buat rawatan jugak tapi masalahnya di NURSERY masih ada kutu..huhu So langkah berjaga2 memang spare ubat kutulah takutlah ada lagi.Hari2 mummy tengok kepala dia..setakatnie memang non ado lagipun rambut dia dah pendek senang sikit...hahah

Ada lagi satu ubat kutu yang mummy google tapikan tak pernah pakai lagi.Nanti nak carik di farmasi..

Gambar google jugak!


Katanya ubat nie mcm minyak.lumurjer kat kepala pastu sikat dengan penyikat kutu yang mmg dah ada set sekali dengan ubat kutu2..oklahkan mudah..katanya hasilnyapun terbaik dengan telur2 kutu kasi tarik sama..huhu tapi masalahnya ramai tak tau mana nak beli ubat kutunie..try jer lah carik..

Ada anak pompuan mcmnielah..terpaksa korbankan rambutnya.Takpelah rambut bleh tumbuh lagi..so hujung minggu lepas mummy bawa merah g Saloon..kasi trim lagi rambuat n cuci bersih sebersihnya walaupun dah takder kutu sbb masa papa potong rambut dia tuh mcm tak rata plak..


sebelum kasi trim itu rambut..
''
''
Dia asyiklah tengok ke mummy jer..Malu2 jer dia untie tuh cut,cuci rambut dia..sib dia behave jer..


siap suka2 lagi pandang cermin..hikhik
''
''
''
''
''
hasilnyer selepas siap
''
''
''
''
hahaha mcm budak besar ku tengok..saja pakaikan baju ceksi sbb takut ada rambut jatuh kat baju..lepastuh pakai t-sihrt ngan jeans jer..rambuat dah lurus tapi pelik sbbnya tak straightkan pun tah lepas hair dryer terus lurus mcm kena iron..

tapi sekejap jer sebab lepas tuh jadi mcm nie semula rambutnya


Dah namapun ikut gen mak nyer...hahaha

Gambar anak Nabil Raja Lawak



Tahniah Nabil Raja Lawak..
Kalau dalam maharajalawak panggil "boboi nge"hehe
Alhamdulillah dah merasa jadi bapa.
Nanti jadilah bapa yang baik dan soleh..Amin


Putih melepak anak ko nabil ..geram daku..
baby gurl..geng sofia n mek merah!!

TAHNIAH NABIL DAN ISTERI!!


sarapan pagi



Alahai minggunie minggu tutup akaun so agak busy disitu..
banyak cek2 n statistik kena buat
so mmg mcm siput sedutt merangkak nak BW..sorry ek..

Paginie tak tahu nak sarapan apa
kat rumah tak sempat pulak nak masak..
kat cafe opis pulak sik lauk sama jer mcm boring..

Teringat masa sarapan bersama2 "deqla"
teringat mummy g carik "deqla" kat seksyen dia nak bagi dia rasa durian crepe yang mummy beli..ada 2 jerlah..oklah bolehlah dia rasa,lagipun kawan satu seksyen dia yang jual..kelakar sebabnya ku carik nama "deqla"semuanya tak kenal..rupanya org panggil dia "mala"hahaha sungguh kelakar..

Nie gambar kami bersarapan bersama-sama
tapi blur lah hp tak canggih!
Nampak tak perbezaan kami?ku kelihatan sangat gemuk=(huhu sedih!hahaha..mmg lately mengalami kenaikan berat badan..tapi..dah guna "Felinna inch loss"baru dalam 2 minggu erm oklah membantugaklah menurunkan berat..tapi kena maintain rajin sapu n tgk hasil dalam dua bulan ke tiga bulan lagi..huhu

kay lah korang nak sarapan apa pagi ni?
masih blurr nak makan apa..harituh mummy amik roti masa makan ngan deqla



takkan hariniepun roti jugak!
fengsan...hahahahah




Special Thanx for....



Hye korang..
selamat hari jumaat..Alhamdulillah diberi peluang Allah untuk bernafas di buminya..amin amin amin ya rabbal alamin..

Paginie just nak ucap
"TERIMA KASIH"
kepada bloger2 kat bawahnie..semoga ukwah kita sentiasa terjalin..Alhamdulillah dapat kenal dengan mereka2 nie..


Hadiah 2 biji kerongsang drp blogger fieda..Satu untuk mummy dan satu untuk humaira(merah)..Cantik sungguh kerongsangnya.. dapat kerana salah satu Top Commentor di blognya..Alhamdulillah..
♥ Fieda ♥
fieda
''
''
''
Kerongsang daripada "ina a.k.a intan berlian"
Cantik bukan??alahai untungnya dapat..yang nie dapat sebagai top commentor di blognya juga=)Alhamdulillah boleh pakai g kerja..
IntaNBerliaN

''
''
''

Kerongsang bunga hand made daripada waniey gsf.
Cantik bunga buatan tangan niekan?Dapat sebab kenal dia di alam maya..Alhamdulillah kenal ngan waniey yang peramah dan pemurah..nescaya ramai dah kenal dengan sifat pemurah dia..

It's st0ry Time ≧◔◡◔≦

"Terima kasih daun keladi
Lain kali sudi-sudi beri lagi..hehehe"


Walaupun kenal mereka2 ni hanya di blog/di alam maya..n tak pernah jumpa..Tapi alhamdulillah ianya terkesan di hati mummy..semoga siratulrahim yang terjalin akan terus terusan terjalin..Alhamdulillah=)

nota:Paginie dapat sarapan dengan blogger..2 orang lagi..siapa dia nnt entri coming soon..nak buat kerja dulu..tata titi tutu..







Diana Daniall dan Izreen hasmida...tahniah



Tentu ramai yang dah buat entri..
dakulak terkedek2 baru nak ucap
"tahniah pd diana dan izreen"kerana bakal menjadi seorang ibu..
mmg syok menjadi ibu dah masa tuh akan bertukar bukan hanya status sebagai ibu...bukan hanya pada nama "ibu"
keseluruhan hidup akan bertukar bukan mcm oltromen tapi mcm super Mak..hahaha

Start dari penyusuan,penjagaan,pembelajaran n didikan mmg perlukan pengorbanan dan bukan mudah ingin menjaga amanah Allah dengan sebaik mungkin..


Suka tgk dia yang semakin hari semakin cantik...
izreen dah hamil 5 minggu


Suka dua org yang gayanya bersederhana nie..
diana yang "Bunting Pelamin"

apapun tahniah kay..harap bahagia sampai akhir hayat..sedih kalau tahu n dengar bila dah ada anak nak berpisah plak.harap Allah panjangkan jodoh korang..




Durian Crepe



Alhamdulillah..
akhirnya dapat jugak ku merasa benda yang tengah femes amors di mana-mana sahaja sekarangnie.di fb,blog n tweeter.
Agak jeles bila org merasa kita tak rasa..

Masa memula beli saiz Durian Crepe nie agak tak memuaskan hati.pastu carik carik lagi barulah ku puas hati..saiz yang besar,isi yang sedap sampai teringat2 dan harga yang berpatutan..



Beli RM10 dapat 5 ketui..
takmo cerita yang sebelumnie makan kecil sedikit saiznya.tak bape puas hati tapi setelah jupe yang ini mmg TERBAIK!!
Kalau masuk peti lagi sedap..Ala-ala desertlah..hikhik..

Korang dah rasa?
rasanya mana2pun ada jual..
Kalau nak sila google je n test mana2 mmg tak rugi kepada penggemar duruanlah.adagak org tak suka durian..







Selamat Ulangtahun MV




Usia semakin mengejar kita,
Sedari kecil kita ditatang bagai minyak yang penuh,
Di ajar menjadi insan terbaik olah org tua,
Yang tak kenal penat sepanjang usianya
Semata2 melihat kita bahagia..

Usia semakin mengejar kita,
tanpa kita sedar,bahawa masa terlalu pantas berlalu,
tak kira apa yang terjadi..masa tetap akan pergi,
kita semakin dewasa mengejar realiti hidup

Usia semakin mengejar kita,
tatkala susah dan senang,
ingatlah sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit..kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sempit..hidup sebelum mati..

Usia semakin mengejar kita,
di pentas dunia kita bertarung,
mengejar cita-cita dan kebahagiaan bersama insan tersayang,
segalanya bersama sementara masih ada waktu..

Usia semakin mengejar kita
tatkala kesibukan di dunia
adakah kita bersedia di akhirat sana?
ada bekalan ilmu dan amalan sentiasa cukup dibuat bekalan?
insyaallah bahagia tetap menantimu dunia dan akhirat..

Usia semakin mengejar kita,
semoga penganjakkan usia mu ini,
membawa lebih banyak pengharapan yang terbalas..
cita-cita yang tak pernah luntur,semangat yang kental,rezeki yang mencurah..
insyaallah dirimu dilindungi Allah sentiasa..
Sang Suami dan anak-anak sentiasa mendoakan kesihatan dan panjang umurmu...MV=)

Usia semakin mengejar kita,
"selamat hari jadi"
Allah sentiasa sayang padamu dengan penganjakkan umur ini=)
semoga tabah mengharungi idup bersama suami dan anak2=)
i lappp u "MV"
(sorry lambat wish n buat entri sbb sibuk sangat ngan urusan duniawi...hehe)



MSVELENTINE 


Klik Klik link kat atas nuh ek untuk berkenalan ngan MV..



Akhirnya Terpaksa Ku Korbankan jua...



Akhirnya walaupun ku sayang sangat nak melepaskan tapi ku terpaksa sebab musabab yang betul2 tak mampu untuk ku elak=(

Semalam mummy tengok dia dah keruk-keruk sambil guling2 atas toto dah keruk-keruk lagi sambil air liur yang meleleh disebabkan kesedapan menggaru itu..huhu
Kelihatan sangat pelik bila dia berkelakuan anih seakan-akan menunjukkan ketidakpuasan menggaru..

Mulanya tidak dapat meneka 
adakah dia tak mandi?rasanya baru lepas..
adakah dia berpeluh kuat sangat sampaikan tidak selesa?memang ada juga sbb memang dia jenis suka melompat..
adakah mummy lupa nak syampoo..?eh rasanya 2kali seminggu ku syampoo..

Tapi masih tidak dapat meneka sampailah ayat ni keluar
"mummy merah rasa ada spider lah atas kepala nie..ada benda gerak2"
Apakah?ada spider??
So lepastuh dapatlah ku teka apa yang ada di kepala..
lepas settle semua kerja mummypun mulakan operasi di kepala dia..
Sah!!!
Sah!!
Sah!!!
Ada binatang yang ku berair mulut kalau ku dapat..
KUTUUUUUUUU..


Arghhh sedikit stress..
Inilah penyakit kanak-kanak,nak2 bila di nusery..
So nak taknak kami dah decide nak potong rambut dia yang ala-ala princess tuh..
Waaa manyak sedih lorh mau potong tapi takpelah boleh tumbuh lagi..
lagipun dia kuat berpeluh kesian..kadang dah ikat elok2 g nursery..bila petang amik mengerbang semula rambutnya..
takperlah potong bagi kemas sikit dan lepasnie nak pakaikan dia tudung..aduhai anak-anak...



Sekarang rambut belakang dah sampai pinggang..
Nie gambar lama..
Nanti selepas potong harussss amik picture banyak2 buat kenangan..huhuhu





Cara Pasang Icon Assalammualaikum.


Alhamdulillah...
Setelah sekian lama nak try letak note Assalammualaikum setiap entri akhirnya menjadik!!
Terima kasih kina atas tutorial dia yang sangat berguna..
Sungguh berguna tutorial dr mu dik cumilll..
Sesiapa yang nak buat tutorial Assalammualaikum nie senang sangat caranya..


Sila klik



Klik kay..senang jer pasang sbb setiap kali buat entri pasti tak payah nak sikk jer menaip perkataan
ASSALAMMUALAIKUM..
lepas nie leh lah tukar2 ikon assalammualaikumnie setiap minggu..hikhik kalau dapat yang ikon tulisan jawi lagi besh..




note:

Sofia alhamdulillah dah semakin sihat
abah plak operate kat HKL harinie.pasang tapak dialisis sementara
mummy plak yang demam sikit,sakit tekak sikit suara mcm itik nila dah.. tapi still maintain cun arini..hahaha

ww

Demam..
Harinie half day..
Kahak sangat byk sampai termuntah jam 3.30am pagi tadi..
Selera makan takder susu badanpun takmo...
Dah ke Klinik p3 arini...




merah...sofia...dan sekolah


nurul humaira (4 tahun taun depan)
Sofia Maisarah (2 tahun taun depan)

Nie baru lepas buat gambar ukuran pasport untuk simpanan sekolah..diorg nie tak tukarpun sekolah..sama mcm nursey lama dia cendiakawan p18..

tak sabar tengok anak2 membesar dengan baik..
tapikan pic di atas setelah dibelek2 nampak bum bum sungguh anak2 mummy..tu tandanya mummy masak sedap!!hahaha

sofia payahhhh sungguh nak senyum.merah senyum sikit sbb gigi buruk.hehehe..sofia mmg takut sikit ngan org yang dia tak kenal.tuhpun mummy pegang kat sebelah kalau dok takdernyer nak bergambar=)




SUraT Cinta???

Ponnnnn Ponnnnn Ponnnn
Posmen dah datang hantar surat Cinta=)
See My long Adress??hehe
Panjangggg Sangat alamat ofis itu..
Marik kita tgk apa isi surat 2
..
..
..
..
..
..
Lawakan??
Kerongsang dari salah seorang Group Gsf


Alhamdulillah terpilih dapat ini kerongsang sebab antara yang rajin komen di blog dia..Rezeki=)
to Kina...Tq dear kina...suka sanga ngan brooch nie..nnt bleh kasi lagi..hehehe
sesiapa yang baru nak kenal ngan kina boleh klik2 link kina n komen entri2 dia sure dia reply msg/comment u all..jgn lupa naa=)

Felinna Inchloss Cream

fe.jpg

Assalammualaikum semua

Just nak sharing n tanya uolz..
Korang pernah tak dengar tentang losyen kurus nie?hehe
Mummu barujer google2 n tgk2 testimoni n rasa mcm sangat teruja dengan inch loss cream nie..
Sudah selamat ku order onlinepun..
Tapi tak terus dapat laa sebabnya laku macam goreng pisang panas..hehe kata yang jualnya habis stock..

Nwet week barulah dapat..
So sabarjer lah ku tunggu itu produk..
Mummy nak test pakai dulu kalaulah berjaya menurunkan berat mcm yang di war war kan dalam web...banyak gila rupanya yang dah pakai...
kalau terbukti berkesan kan ku pakai lagi dan lagi...hahaha..
pastu baru ku promot kaw kaw punyer..n baru ku bagi uolz link mana ku beli.hehehe

Kalau korang saja2 nak tgk testimoni..korang google jer nama dia mcm tajuk entry nie.k...


Dasyat sungguh dasyatt..


Assalammualaikum Wbk..



Korang semua ada tak gadget nie tak?
Samsung Note..
Memang canggih gilakan..??
Mummy takderpun..rasa gak nak beli tapi poket tak membenarkan..hehe baik simpan duit tok sekolah anak..So pada yang mampu tak salah nak pakai..hehe

Nie nak cerita kisah kat lif pagi tadi..
Dok kalut2 siap2 kan merah n sofia pagi2..
So lepas siap semua mcm biasalah tunggu kat lif nak turun bangunan yang kami duduk2..
rumah kuarters (hehe tak mampu beli umah laie)

So umah kami tingkat 11
turun sampai tingkat 9 ada orang masuk..Seorang nenek lingkungan 70++ rasanya,sama seorang mak mcm mummy nie dan seorang anak perempuannya usia lingkungan 5 tahun..
anak dia dok terhangguk anguk kepala n kusyuk tgk smart phone kat tangan dia..

Paling mummy terkejut kepala hanguk2 dan mulut sambil menyanyi2 tapi apapun tak paham sbb dia nyanyi bahasa korea gitu..so mummy pun busy body jengah2 kat smart phone nampak sekumpulan wanita dewasa menari tunggang langgang..rupanya "k-pop"..for sure orang korea yang nyanyi tuh..namapun k- pop
dalam hati mummy berkata perghhh dasyat budaknie bleh hafal lagu kay pop bahasa jepun wokeyy..dasyat penangan artis luarkan sampai minda kanak2 kecil pun dibasuh dengan lagu2 yang cenggitu..

Pastu sampai tingkat bawah sekali dia benti
pastu nenek dia yang lingkungan 70++ tanya
"baby..kenapa baby tak download gangnam style?"
Waaa gila kentang nenek nie.Pitam mak dengar..hahaha...Aku ingat dia nak kata kenapa tak download doa2ker,mari mengajiker,mari membacaker??dia boleh tanya plak nape tak download Gangnam Style??Apakah??

Macam mana nak tafsirkan dunia sekarang ek?
masing2 ibu anak ayah nenek...semuanya mmg teror teknologi zaman 2012..dasyatttt sungguh!!

So tak mo tanya pendapat mummy sebab saje jer nak tanya korang nyer pendapat?apa pendapat korang tentang ibu,anak n nenek tadi?hehehe..saja borak2 jernie tak kata gadget tuh tak bagus dan tak salahkan sesiapa tapi tulah nak cakap zaman sekarangkan...hehe semuanya canggih manggih..nenek tadipun bukan nenek2 yang zaman kuno punye..gangnam stylepun nenek2 tau..gaknya mcm mana aksi dia bila menari aksi gangnam style2?hahahahah


Khasiat Habbatus Sauda..Kaitan dengan susu ibu



Sudah 1 tahun 4 bulan menyusu sofia..Sekarang susu mummy tak semeriah dulu tapi masih mencukupi untuk sofia maisarah.
cuma mummy cari2 kalau ada jalan lain bagi melancarkan semula susu ibu..

Dalam 2 hari kebelakangan ini mummy ambil makanan ikut sunnah iaitu HABATSSAUDA + MADU + CUKA KURMA.
Alhamdulillah menapakkan hasil untuk tubuh badan mummy..paling ketara susu badan bertambah banyak dan lancar.Sekarang nie sofia kuat menyusu direct.bila tak lancar pengeluaran susu terasa pedih bila kering dia sedut..hehe.bukan tak da susu cuma mengambil masa nak isi semula..

So kesan makanan diatas susu cepat dihasilkan.pengeluarannya lancar dan ada pertambahan.malam tadi sofia hanya 3x menyusu dan sangat kenyang=)Hubby mummy yang beli semua tuh sbb dia minat makanan tambahan ikut sunnah..so mummy google tgk khasiat habatussauda yang lain2..rupanya banyak sungguh khasiat dan kelebihannya..

Rasanya kalau abah mummy ambil habatussauda+madu pun ok jugak.ingat nak belilah untuk dia..semoga membantu dalam menyembuhkan penyakit athma,buah pinggang dia..
"
''
''
Kalau nak tahu boleh klik 








good luck


Ni adik mummy yang bongsu
Sangatlah manja sampai terasa dia mengada ngada..haha
Harinie Dik Nor S.P.M
Buat betul2 yer dik
Along doakan ditenangkan hati,dibukakan minda semasa menjawab..

Tapi semalam dapat berita dia demam panas
So cepat2 amik ubat di klinik terdekat.
Semoga success n May Allah Bless U,dear...

*Semakin risau dengan keadaan abah..perjalanan darahnya tak lancar..drp dulu boleh buat dialisis 4 jam skang jadi 3 jam sbb selalu pitam..selalu diserang semput..harap Allah terus melindungi abah..kesian kat mama pening jaga dik nor yang nak peksa,abah yang sakit n adik num 2 yang pantang..tapi adik num2 amat2 memahami dan berpantang di rumah mertua juga di melaka=)

Sabarjerlah..

Semalam masa gunakan tandas di opis
ada yang sedikit menguji kesabaran daku pagi2..
dengan perut yang sakit masuk tandas ingatkan dapatlah terus menunaikan hajat yang tertunggak..
rupa rupanya eiii "manalah pulak datang kesan tapak kasut kat toilet bowl nie"

Nak tak nak terpaksa ku tahan dr melepas dulu..
toilet-toilet lain satu cangkung memang lama dah tak guna sejak bersalin.yang satu lagi pula ada orang melepas juga..toilet cangkung tak biasalah guna..biasa toilet duduk lagi.
So cepat2 bersihkan tempat yang nak duduk2..

So mmg dah ada yang tepek iklan mcm pic kat atas nuh..Peliklah orang yang tak faham bahasa nie.masih nak mencangkuk di tandas duduk.Kan ke ada tandas cangkung di hujung toilet.Jadi gunalahkan?kan?nie tak masuk tandas duduk tapi cangkung plak..eii sabarjelah..Baik tak payah tepek pesanan penaja tuh..Siap ada kaler2 lagi pesanan2 takkanlah dia tak amik tahu?Tak tahulah nak kelasifikasikan apa orang cenggini.Kalau anak mummy si merah yang umur 3tahun 4bulan tuh pun tahu bila masuk toilet duduk dia otomatik akan duduk bukan cangkung..

Kepada sesiapa yang berkenaan tuh harapnya bacalah entri mummynie n ubahlah perangai..nescaya yang punya kerjanie bukalah budak2 tak matang (sebab tapak kasut/selipar tu bersais 5 keatas) so sila disiplin dalam menggunakan tandas.silalah ikut aturan dan pesanan penaja2.kesian pada org lain yang sama2 gunakan tandas duduk nie.sangat tak sesuai dik nonnnn..

"silalah hormati pengguna lain"



kisah pengorbanan di hari raya korban

Assalammualaikum

Tak tahu mana harus dimulakan cerita..
Yang paling penting ianya membawa 1000 kenangan buat mummy sekeluarga..

Bermula pada 24hb oktober 2012 (Rabu) abah di minta untuk tukar tapak dialisis di tangan sebab tapak lama sudah tidak berfungsi..appoiment di HKL.So pagi abah datang dan tido di shah alam rumah adik mummy yang num 3..esoknya awal pagi ke HKL..25hb oktober 2012 (khamis) abah operate tukar tapak.mummy ngan hubby cuti temankan abah..Sungguh mencabar menunggu dengan 2 orang puteri (merah dan sofia)..sungguh lasak umpama boboi.Padahal gugurl.huhu.Hampir 4 jam abah di operate.Alhamdulillah selesai bedah abah tak alami apa2 pendarahan,dan dibenarkan pulang.Syukur Ya Allah..So kamipun pulang.

Dalam kepenatan tgk jam dah hampir jam 4 petang.nasib baik sempat bersolat di hospital.puas pusing2 mencari tempat bersolat yang terdekat.berjalan kaki sahaja bersama anak2 dan suami.tak naik kereta sebab susah nak cari parking di HKL dekat dengan bilik bedah abah..So selesai semua kami bertolak.Hajat dihati nak terus pulang ke Melaka.Tapi perut terasa sangatlah lapar so berhenti makan di kampung baru..merah dengan sofia dah buat hal.mungkin kepenatan.kesian budak2.merah dah tertido dah sekejap dan dikejutkan mummy untuk singgah makan.So agak bad mood disitu.Merah bangun dengan merengek2 sambil bawak sekali botol 12oz jenama MAM nyer..Sudah makan dengan seleranya kamipun berangkat..Jam sudah menunjukkan angka 4.30petang.

Kami pun bertolak balik ke Melaka.Sampai jer di persimpangan masuk ke putrajaya terus bau sesuatu.Tetiba merah berdiri tegak.Rupanya dia sudah poo poo..semerbak bau dalam keta..huhu..So hubby terus kata singgah Putrajaya dulu sebab jam pun dah 6.30petang setelah menghadap jem di KL.Abahpun kelihatan agak tak sihat..so kami decide alik dulu kejap berehat dan bergerak semula selepas magrib..lagipun terpaksa juga alik umah sebab botol MAM merah tertinggal di kedai makan kampung baru..huhu (beru jer beli botol2..putingpun baru beli.sadis).So terpaksa singgah rumah semula.Nasib baik ada botol extra n puting extra..masa beli aritu beli 2..huh!

Lepas solat asar dirumah jam 6.45petang,kamipun lepak2 di rumah sambil menunggu lepas magrib.lepas solat magrib kami terus bertolak ke Melaka.Kesian anak2 mummy kepenatan dan kesian jugak dengan abah..Sampai Melaka jam menunjukkan ke angka 11.30malam!!mmg kami hadap jem..aduss mmg kesian ngan abah dan anak2.fenatttt..

26hb Oktober 2012 (Jumaat),harini dah Aidiladha..tetiba abah kata nak g rumah kakak dia di Muar johor.So mummypun boleh singgah rumah sahabat baik mummy di muar juga..di sungai mati..So agak risau nak bawak abah tapi abah kata dia ok jer dan nak jumpa sangat2 dengan kakak dia.Alhamdulillah dapat juga jumpa sahabat mummy yang ku rindu bangat itu..



Kami memang rapat sedari belajar di UITM lagi=) yang seronoknya anak sulung dan anak ke2 kami sebaya sebab 2 kali kami berjemaah mengandung dan melahirkan bersama-sama..hikhik.Tapi mummy Awal dari dia=)So mummy belikan Lori 2 bijik (mainan) khas untuk Aqil anak sulung Shima..Punyalah dia suka main loriii..hehehe.Eh sebelum lupa SHIMA juga ada BLOG..


Silakan terjah kay..Dan pada geng GSF esp silalah follow n kenal ngan sahabat mummy nie.hehehe..Lepas g umah shima baru g umah kakak abah di Parit Yusof,Muar Johor.Lepas solat magrib kamipun berangkat balik Melaka semula.Risau kesihatan abah sbb boleh plak berjalan2.Tapi dia mcm ok..On D Way balik dalam jam8.00malam mcm2 angah (adik mummy) call kata ada tanda darah keluar..alamak dah lah kami guna keta dia g jenjalan..huhu so apalagi hubby mcm pemandu F1 memandu pulang ke rumah..last2 kami sampai dalam jam 9.30malam mcm tuh..sib adik dah mkn dan minum milo untuk tenaga dia melahirkan...alahai..bermulalah detik cemas kami..

27hb oktober 2012 (Sabtu) abah kena wat dialisis jam 11.30am mcm biasa di klinik swasta yang selalu dia buat..(tapi abah ada pencen so JPA yang bayarkan=).
pastu jam 1.00petang kami dapat call dr pihak dialisis sinar katanya abah pengsan selepas selesai dialisis..terkejut beruk..ambulan dah hantar abah ke emergency ward..dan terus dimasukkan di unit rawatan rapi di Hospital Besar Melaka.Menangis2 kami berangkat ke Hsptl..setelah barang2 kami siapkan dan budak2 pun dah sedia so kami g hsptl.Jam 1.30pm kami sampai.Menangis mummy masuk icu sbb abah tak sedarkan diri,wayar penuh di badan dan pakai oksigen..Jumpa doc tanya rupanya abah ada paru2 berair!!terus lajujer airmata..mama pula jgn cakat..sungguh sedih dan takut..

Berselang seli rasa gusar dihati memikirkan 2 orang bertarung nyawa..Adik mummy pula masih belum melahirkan..kira2 lebih 12jam dah daripada jam 8.00malam tadi adik sakit sampai jam 8.00paginie belum lagi baby keluar..skang dah jam 4.00petang..dah 20jam masih belum keluar..kalau tak kuar jugak tolak ke operat room..alahai makin bertambah2 risau dibuatnya..Abah pula masih di dalam icu tiada perubahan dan belum sedar..kata doctor nie masa kritikal abah.dia try keluarkan air dalam paru2 dengan sehabis baik.kalau dalam masa 24jam tak sedar agak risau disitu..Tak putus2 doa kami untuk 2 insan yang amat kami sayang ini..hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kami rasa..anak2 mummy tetap maintain lasakkkk!huh sungguh penat g hsptl bawak anak2..bahaya lagi sbb hsptl byk yang sakit takut anak2 berjangkit pula.tapi hanya bermain2 di luar sbb budak2 tak dibenarkan masuk dalam ward!


Alhamdulillah jam 6.30petang jaja (adik num 2)selamat melahirkan baby boy seberat 3.20kilo dengan normal..alhamdulillah..Tapi sebaik keluar baby tak menangis dan dimasukkan ke nicu untuk emergency kes..lepas bagi oksigen gas baru menangis..doc pediatrik yang turun tgk baby..alahai sbb lemas tersangkut dalam rahim lama sangat kot..

Lepas tuh hubby mummy handar mummy dan anak2 pulang sbb keletihan.hubby dan mama tunggu abah di hsopital..Tapi abah masih tak sedar lagi..Mummy kat umah tak senang duduk..Orang lain dok bz korban lembu tapi keluarga kami berkorban segala perasaan saat ini..Semoga Allah melindungi mereka..

28hb oktober 2012 (ahad) abah dah sedar..lhamdulillah Ya Allah..lega tapi masih di icu lagi..mummy tak sedap hati nak balik Putrajaya.So mummy cuti sehari lagi esoknya.So kondisi abah semakin elok tapi masih dalam pemerhatian.Abah sepatutnya tak dibenarkan pulang tapi disebabkan jadual dialisis dia di sinar dia boleh pulang ke rumah hari isnin..Tapi kalau ada yang emergency akan dibawa semula ke hsptl besar..Abah kena paru2 berair sebab minum terlalu banyak air..lepasnie kena jaga sebab abah mudah diserang semput..tahap penafasannya di bawah 100,tak cukup oksigen sedangkan nak buat dialisis oksigen kena 100 dan ke atas..so agak membimbangkan..

29hb Oktober 2012 (isnin),mummy kami alik Putrajaya sbb dah bekerja esoknya..jam 2.00 selepas melawatadik kami pulang ke rumah.tapi sebelum pulang mummy belikan Breast Pump dan sedikit alatan baby,serta vitamin shaklee utk adik mummy sbb dia tak sempat nak sediakan semuanya..nnt review BREAST PUMP akan mummy buat di entry lain..

Mcm tulah cerita raya kami yang penuh dengan debaran dan kecemasan..Hari raya korban ini mmg penuh dengan pengorbanan..mcm mana nak hadap saat2 kecemasan mcmnie?mcm mana nak hadapi kehilangan org2 yang tersayang..semuanya hanya kuasa Doa menentukan..Allah maha berkuasa dalam perancangannya..Apa yang berlaku di hadapan kita tidak ketahui..Alhamdulillah semuanya selamat..FUHHH nie entry daku paling PANJANG dan kan ku kenang SAMPAI BILA-BILA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in