Astagfirullah Al Azim...
Hari ini masuk minggu ke 4 arwah ayahnda tercinta
Abd Halim Bin Hj Abd Rahman kembali ke pangkuan ilahi..
Sehingga hari ini daku masih rasa dia adajer di rumah =(
Tapi nak buat cammana kuasa Allah dan rahsia kematian mmg kita tidak tahu..Walaupun sihat tapi kalau dah sampai janji kita kembali padaNya tetap tak boleh disangkal lagi..
Hanya amalan yang dibawa bersama..
Abah...
Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa jua..
Along akan sentiasa doakan abah supaya
Allah melindungi abah di sana
Supaya abah diberi keluarga yang lebih baik drp dunia
Semoga diberi rumah yang lebih luas drp dunia..
Semoga ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman..
Semoga ditempatkan di jannah Allah...amin
sebelum pemergian arwah..sebenarnya memang banyak tanda2 yang kami keluarga sedari dan tidak sedari..yang kami sedari tuh kami cuma tuk menyangkalnya supaya tidak berlaku apa2 kepada abah tapi ternyata ianya berlaku..
semuanya kelihatan jelas semasa 100 hari sebelum abah pergi..
iaitu raya haji bulan oktober 2012
semasa nie abah dah masuk icu sbb dia ada paru2 berair.berikutan kerosakan buah pinggang dia tak bleh minum banyak air tapi hari sebelum tuh dia minum 3 gelas air tembikai laici masa bersama adik yang num 3..
pastu hari yang sama selepas 1 hari raya haji adik num 2 bersalin anak sulung dia..
Allah maha kuasa krn bagi baby boy setelah 2 tahun dia kahwin takda anak.kebetulan dlm keluarga kami hanya arwah abag jejaka lain semuanya wanita..sbb tuh bila dia pergi btul2 meninggalkan kesan..
PERTAMA
Dengan takdir allah dia ok dan walaupun dah pindah ward biasa dia still kena pantau.abah gtahu mama dia nak juga tgk jaja(adik num 2)
bila pak guard tak kasi dia merayu2 supaya bleh masuk n kata
"bolehlah tak tahu bila lagi bleh tgk satu2nya cucu lelaki saya.."
pak guard kesian diapun kasi..
keluar air mata gembira dia mencium2 baby aiman =(
KEDUA
selepas boleh balik ke rumah dia buat tapak semula di leher di HKL.so g lah umah adik num 3 erin..
kat sana diapun tak bape sihat tapi erin minta dia buat gubahan bunga untuk letak kat tb 2 pasu (lupa nak snap masa g umah erin arituh)
erin minta dia buat lagi untuk meja makan plak 1 pasu.pastuh dia kata
"abah rasa tak sempatlah erin"erinpun taklah syak sbb ingatkan dia nak g hospital sangat dah..rupanya mmg takkan sempat abah buat gubahan bunga tuh..pastu pagi jam 5 pagi bertolak ke hkl buat tapak
KETIGA
masa kat hospital HKL dah buat tapak kat leher warded 1 hari.n masa kami g jenguk dia dia kata
"eh tali pinggang kesayangan abah nie dah tercabut kepala nyer..tamatlah riwayat tali pinggang abah nie"
memang lama tali pinggang tuh dia pakai..sedihlah masa ngah tulisnie tapi insyaallah ku teruskan menulis..
pastuh kami cakap "takper abah nanti kami ganti baru"
dia kata "takperlah abah tak perlu yang baru"..diapun senyum
Esoknya kamipun ambil abah n hantar ke melaka..
KEEMPAT
tapak kat leher mmg dia tak leh pakai lama.so dia kena buat kat celah kelangkang sementara waktu..seminggu di hospital melaka lepas tuh..mummy masakkan dia ikan haruan sup untuk dia pulihkan luka2 operation..diapun makan..Dia kata kat mama(masa nie mummy takder)
"pandai dah along masak.pasnie tak payah risau nak masakkan dia bila balik melaka nnt.dia masak dah mcm aku masak.sedap=)"
(mmg arwah pandai masak..semua yang dia masak sedap sangat)
pastu bila buat dialisis asyik jer semput bila balik..aku rasa adadah yang tak kena.mmg rasa tak sedapjer hatinie..sik tak cukup bekalau oksigen..tercungap2..Dari harituh kami satu family penuh kerisauan.
sampailah suatu hari dia masih di hospital melaka n kata abah g HKL semula kamis nie tapi takleh g sendiri.kena ambulan hantar..so aku n adik num 3 mmg ada d kl.kami tunggu abah di sana.dia buat tapak terakhir di dada..So mcm biasa kalau abah ke HKL kami akan temankan arwah di sana..
Wajahnya nampak tenang n bersahaja seolah2 gembira buat tapak di dada tapi ada dia bgtahu kat dada kiri tapak2 doktor kata memang berisiko sangat untuk dapat jangkitan kuman n bahaya sbb dekat ngan jantung n organ2 penting..Doktor kata boleh pakai 1 tahun pastu tansfer kat perut buat dialisis air..
KELIMA
masa nie abah sangat2 gembira..pastuh setelah 1 hari di ward HKL abah dibenarkan pulang...
masa pulang singgah solat semua di putrajaya..erin adik num 3 hantar abah alik melaka..masa nak alik aku masakkan dia.berselera sungguh dia makan..=)suka aku tgk..akupun bg lah 1 keping durian crepe.punyalah suka..dia kata
"SEDAPNYALAH HAI..MINTAK SATU LAGI LONG"
aku katalah mana bleh abah kena kawal makan
diapun cium2 tangan dia kata alahai nnt payahdah nak rasa nie..
akupun kata "takper sekali lagi balik along beli lagi kay"
rupanya mmg tak sempat dia makan=(
KEENAM
masa nie dia nak balik melakadah dr umah mummy d putrajaya.
dia kata..malasnya rasa nak balik tapi kena balik gak..dia mcm berat hati nak tinggalkan aku sekeluarga..aku tak ikut sbb rasa dah 3 minggu start raya haji dok ulang alik ke melaka..so erin hantar dia alik...masa nak alik dia sik jer pandang aku.aku perasan cara pandang dia lain.sayujer mata dia tgk aku..masa nak balik2 dia peluk aku erat2..
dia peluk cium aku,sofia n merah n nizam juga..sedihnya ketika merasai pelukan terakhir itu..
masa d lift nak turun ke bawah sofia n merah kejar dia nak ikut dia alik..dia pun kata
"dia tak bglah long abah pergi"
Itulah kali terakhir aku jumpa dia..aku tgk senyuman dia..
(aduhai masih tak tahan kesedihan..)
memang sofia nak berdukung jer dengan arwah masa tuh=)
KETUJUH
masa di melaka abah telefon minta aku balik melaka.tujuan suruh bawak alik buai aiman..
dia gaya jugak aku suruh balik akupun kata insyaallah akan balik hujung minggu..masatuh hari senin kalau tak silap..
dia kata dengan nada gurau "aliklah long tgk si aiman nak buai nie haa"lagipun abah cadang nak buat kenduri..
belakang umah mummy tuh dia ada bela angsa,itik dan ayam belanda.
"ko aliklah abah nak buat kenduri aiman nie...balik ajak erin sekali taw.balik sama2 jangan balik sorang2"
mcm tahu2 jer malaikat nak jemput sbb itu dia yang beriya bela semua binatang kat belakang rumah2 untuk buat kenduri tahlil dia nanti..
memang selalu 2,3 kali dia ingatkan supaya kami adik beradik balik sbb dia nak buat kenduri cucu lelaki dia aiman tetapi sudahnya "kenduri tahlil dia rupanya"punyalah sedih...tak pernah rasa sesedih ini sepanjang aku hidup=(
entah kenapa sebelum ini kami adik beradik n mama juga dapat rasakan yang dia btul2 nak pergi jauh tapi mulut kami semua terkunci..sebenarnya masih berharap supaya dia sihat suatu hari nanti..masih berharap..walaupun kami sedar bila dah dialisis memang ada risiko yang tinggi..
KELAPAN
masa dengan mama,mama juga ada sign yang dia nak pergi..
mama kata, abah kata
"siannya aku tgk ko yah..penat dah jaga aku,mana nak jaga jaja yang berpantang lagi,mana nak jaga nor nak periksa spm lagi"takperlah meh aku picit bg ko lega sikit..masa dia picit dia asyik tenung mama jer pastu kata
"yah..aku dah lega dah..anak2 semua dah kerja,kawin dan ada plak cucu perempuan n lelaki.dah puas aku..walaupun taklah kaya sangat tapi aku puas semua aku nak aku ada"
"meh sini dekat aku...aku nak peluk ko"
"sedapnya peluk ko nie yah...wangi"=)
mama rasa pelik sungguh abah sbb selalu dia tak cenggitu...kata2 dia mcm tersentuh hati..
masa minggu tu abah hari2 masa pagi2 abah bawak mama g makan kat luar.memang mama tak masak..dia spent waktu2 terakhir dia ngan mama..
KESEMBILAN
Dengan adik num 2 yang berpantang tuh dia kata, abah cerita kisah hidup dia..start dia kecik sampailah dia ada 3 org cucu..masa tuh lewat malam dah..jaja kata masa tuh dia hanya mendengar sahaja..n dia peluk plak jaja selepas tuh minta jaga aiman sebaik mungkin..
Itulah tanda2 abah nak pergi ke pangkuan ilahi..
Allahuakbar Allah maha besar..sebenarnya mmg kami rasa dia nak pergi dah tapi seminggu sebelum dia pergi memanglah dia happy jer..makanpun lalu..3 hari (selasa) sebelum pergi dia dah takleh makan.berak2 muntah2..dia kata jer "sedapnya aku tgk air tuh tapi aku dah takleh makan minum dah.."
hari kamis jam 5 petang dia dah koma n ada pendarahan..sebelum tuh mama cerita masa pagi kamis dia berak2 n masatuh dia duk di wheel chair n minta mama bawak kuar ke tepi tingkap..dia pejam mata n cakap
"sejuknya angin pagi..sejuk dah pipi n muka aku...sedapnyalah angin pagi nie.."lama dia duduk tepi tingkap tuh n pastuh minta mama tolak ke ward..
lepastuh dia kata kat mama
"ko alik yah masakkan aku bubur.tekak aku pahit nak makan bubur je"
mamapun balik nak masak bubur..nak dijadikan cerita patut mama mari jam 1 petang waktu melawat tapi mama kepenatan n tertido.jam 6 baru keluar rumah..pastu pihak hospital call jaja kata abah dah koma jam 5 petang..itulah saat terakhir abah bersama semua org=(
mama memegang hp abah dengan erat di tangan sambil terkenang
dia kata kat jaja
"ja..ko tau mak ko niekan dah aim hp abahnie..dia nak pakai sbb hp dia rosak..abahpun nak beli hp baru dah..nak beli hp yang ada surah2 yang ada surah yassin..boleh hari2 abah dengar.."nie juga salah satu signal dr abah=(
pastu abah pergi jam 10.25 malam..hari kamis 15 muharram 1434 hijrah..wayar2 dicabut di badan..aku masih belum sampai..bila erin call kata abah dah takder..aku menangis semahu2nya..aku tak sempatlagi dah tgk dia senyum..walau hakikatnya dia meninggalkan kami dengan senyuman di bibir..aku menunggu kepulanan jenazah abah di rumah..aku kuatkan diri untuk turut sama menguruskan jenazah keesokan harinya..
Ya Allah kau tempatkan abahku di syurgamu..
Kau berikan semua kebaikan dia alam sana Ya Allah..
Padamu ku bermohon..
Amin..