Tak habis lagi cerita hari tuh..
alik raya cina mmg tak kemana2 pun cumanya enjoy kemas-kemas kawasan rumah=)
Cuba tengok pokok belah kanan sekalituh..arwah abah rajin trim pokok2=)tgk 2 bulan dia tiada pokok mula nak bercabang2..Sebenarnya banyak pokok menjalar juga so kalau tak di potong semakin liar jalarnya2..
Pokok yang kiri tuh pokok buah markisa..Masa arwah ada mama tanya 'bang bila nak berbuah?"masa tuh sebulan sebelum meninggal.abah jawab belum masanya lagi..tup2 bila abah tiada lebat n banyak buah tumbuh..dah tiba masa tumbuh agaknya..
nielah gambar buah markisa tapi belum masak sepenuhnya lagi=)nnt dah masak bleh ngappp masuk mulut=)
Nie jalan ke belakang rumah..Ayam itek n mini zoo belakang rumah
semuanya dah tiada.itek kami buat kenduri tahlil arwah bah..dan angsa,ayam belanda,ayam api2 semua kami jual sbb mama tak larat nak jaga..so tinggal tanaman sahaja.Lagipun belakang rumah bahaya kadang ada ular n monyet yang liar..So takut nanti mama cedera..
Selama 2 bulan lebih pokok2 tak dicantas n dibaja..Sebenarnya arwah abah dah sakit start 2 bulan sebelum meninggal.So hitung2 dah 5 bulan pokok2 semua tak di bersihkan betul2.tapi 2 bulan sebelum meninggal adalah dia usahakan juga trim pokok2 sikit2..
So mummy,mama n hubby pakat2 bersihkan sedaya mungkin kawasan rumah biar pokok2 semua segar bugar=)
Tengok budak2 nak bagi tak main jauh2 bila mak pak wat kerja so mamatok diaorg beli kolam tuh.hari-haripun mandi.Yang besar sorang lagi tuh adik bongsu mummy..Sila abaikan kenapa dia ada dalam tuh..hahahaha
So hasilnya bila dah dikemas-kemas...Walaupun penant tapi puas hati..Taringat masa arwah ada dulu kami sama2 riadah depan rumah jer.Hobi dia mmg sedap mata memandang n tenang sungguh..hehehe
Lepas habis jer rumah kena terus g mandi sbb dah gatal2 seluruh badan..Lupa lak nak snap gambar kat depan jalan ada sedikit tanah.abah tanam kelapa n tebu..hanya rumah kami ada kelapa n tebu di taman bukit rambai..hehehe