SALAM SAYANG SEMUA...
ALHAMDULILLAH MALAYSIA BERHASIL MEMBAWA BALIK 20 MAYAT MANGSA NAHAS MH 17 YANG TERHEMPAS DI UKRINE..
ALHAMDULILLAH WALAUPUN MELALUI SAAT SUKAR AKHIR NYA TANGGAL 22.08.2014 IAITU HARI NEGARA MALAYSIA BERKABUNG DEMI MEMPERINGATI MANGSA NAHAS MH 17...
HARI JUMAAT BERSAMAAN 22.08.2014 TARIKH YANG SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAKLUM...TURUT BERSEDIH MENGENANG NASIB 43 ORANG RAKYAT MALAYSIA YANG TERKORBAN..22.08.2014 JUGA TARIKH PENGHORMATAN MENYAMBUT PULANG JENAZAH JENAZA MANGSA NAHAS..DI BAWAH ADALAH NAMA NAMA MANGSA YANG SEMPAT MUMMY COPY DARI BLOG2 LAIN..CREDIT PADA BLOG2 TERSEBUT YEA..
NAMA NAMA 20 JENAZAH YANG DIBAWA PULANG UNTUK DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN N DIBERI KEPADA WARIS MANGSA IALAH :
1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam
2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam
4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam
5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam
6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha
7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh
8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha
9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian
10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian
11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha
12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha
13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian
14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam
15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam
16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam
17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian
18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam
19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam
20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - Islam
PUTRAJAYA:
---------
1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2
2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20
KUALA LUMPUR:
------------
1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.
2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.
3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).
4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi).
SELANGOR:
---------
1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam.
2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.
4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.
NEGERI SEMBILAN:
---------------
1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.
2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai.
JOHOR:
-----
1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.
2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.
3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.
PERAK:
------
1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.
2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor.
3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping
SARAWAK:
--------
1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.
2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.
TIGA LAGI JENAZAH DIBAWA PULANG PADA AHAD 24.08.2014
Tiga lagi jenazah mangsa nahas MH17 warganegara Malaysia dijangka tiba di KLIA jam 8.30 pagi esok, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Gambar fail The Malaysian Insider.
Mereka adalah
Jenazah Ketua Penyelia Penerbangan MAS Mohd Ghafar Abu Bakar dan
Pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing,
manakala identiti jenazah ketiga tidak didedahkan atas permintaan pihak keluarga. -
Ketibaan 20 Jenazah Mangsa Di KLIA
Alhamdulillah, kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanahair setelah hampir 37 hari insiden malang MH17 ditembak jatuh berlaku. Pesawat khas MAS yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam tadi waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat pukul 9.54 pagi tadi. Sejurus tiba, satu demi satu keranda dibawa turun dengan hormat dan cermat oleh kumpulan pengusung terdiri daripada anggota PDRM.
Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan.