Aktif walaupun sakit



Walaupun kena UTI atau dikenali dengan jangkitan saluran kencing dia tetap aktif..Tak sabar tunggu esok appoiment ke klinik Pakar kanak-kanak lau melaka..So going back 2 melaka esok..Pagi-pagi bawak sofia ke klinik,petang pulak nak bawa ma(MY MIL) berubat di bemban melaka.Ma datang dari kelantan dengan keadaan tak boleh berjalan duk atas kerusi roda.Mujur selamat sampai di KL.

Ma mari KL sebab nak ikut ke melaka besok berubat di tempat yang sama "arwah abah" berubat stroke.ubat tradisional di bemban melaka..


Projek hari-hari bermain bersama kak merah.
Lewat malam sikit baru tido sbb dok ralit main..Tapi skang sofia taklah sakit bila kencing cuma mummy perhatikan kencing still kuning dan agak berbau pulak..Kena continue ubat lagi.





Sampai muncung-muncung lah mulut2 main lego=)
Di ambilnya tudung mek merah pakai.kotor lagituh nak basuh dah tu..huhuhu
Tapi still risau bila basuh berak dia tak bagi pegang punggung dan tutttt dia.tgk2 mmg merah tak ilang lagi..aduhai mmg seramlah..Nak cepat2 jumpa doktor esok..

Eh jap lagi mummy update tentang
"pakar kanak-kanak lau"di melaka tuh ek
mana tahu korang boleh dapat sedikit info..



Update tentang sofia



Tak sempat nak cerita panjang..
tentang jangkitan air kencing sofia mmg dia barujer habis antibiotik..

mmglah sekarang dia tak jerit2 n guling2 lagi mcm masa belum consume ubat antibiotik2 tapi warna kencing still kuning n bau tak seteruk sebelumnie..sabtu nie ada appoiment ngan klinik pakar kanak-kanak lau melaka..(tak sempat lagi nak cerita tentang klinik nie)

Dalam hati nie mmg risau sentiasa..Sentiasa memerhatikan perubahan-perubahan dia..Mummy plak baru jer masukkan dia insuran.mek merah dah lama ada insuran..dah 4 tahun pun dia tapi sofia dah nak 2 tahun tapi baru masuk..dalam 4 bulan baru bleh guna so sepanjang sakit nie kena g doktor pakar terus mmg bimbang kalau lambat2 kuman merebak cepat..

Ingat kan nak proceed kat pakar An.Nur tapi tahlah mungkin dah selesa ngan klinik lau dr dia kecil lagi..Bulan depan kena buat ultrasound lagi di medical centre melaka.Cuti lagi..Cuti niepun masalah juga..sik cuti-cuti tak boleh juga..

Korang doa-doakan anak-anak mummy sihat2 kay..Skangnie mmg jarang2 update sbb sik stress..sampai mummy termuntah-muntah sbb makanpun tak menentu..Ini dugaan Allah insyaallah mummy kuat hadap dengan support kawan-kawan..

Harapan mummy semoga sofia sentiasa sihat..Appoiment biji belakang dia(masih lagi kelihatan)
terpaksa ditangguh dulu n buat/rawat jangkitan air kencing dulu sbb tahap keseriusannya sampai ke kidney kiri..so mmg membimbangkan..

*pada yang tak tahu sofia sejak lahir ada biji sebesar ibu jari di tulang belakang.mmg memula risau tapi dah buat ultrasound n MRI di putrajaya hospital..so hasil result2 oklah tak ada apa2 yang serius cuma lendir di bawah kulit sahaja..*Alhamdulillah...

So skang ngah dalam rawatan penyakit jangkitan air kencing dia2..kadang2 ibu bapa betul2 kena perhati perubahan2 anak-anak..bila nampak ada perubahan sikit mcm bintik2 merata,tak lalu makan,sakit menjerit2 tiba2 kena terus bawak pada doktor.kalau boleh bawak pd specialist supaya penyakit bleh cepat dikenal pasti pastu bleh followup di mana2 klinik atau hospital..

teringat satu kes..Budak lingkungan 4 tahun (sebaya merah)masatuh sofia warded di hospital putrajaya..Tgk anak dia lincah n aktif mummy tanya ibu dia kenapa.?rupanya anak dia demam tapi dia lambat tahu sbb tak panas sangat.makan ubat then baik..pastu demam lagi muntah2 n cirit birit n makan ubat lagi pastu baik sampailah kali ke3 anak dia mcm tak mau makan n main n ada bintik2 kecil di badan..pastu mcm nak colapes pas g emergency n cek rupanya anak dia menghidap kencing manis tahap 3.kena ambil insulin setiap masa.nak makan apapun n susu semua kena sukat.masa demam elektrolit n organ dalaman ada yang rosak..Keluarga takder history kencing manispun..

Harap sofia lekas-lekas sembuh=(
sangat-sangat risau tak sangka sakit dia serius sbb tiada tanda2 khusus.masa nampak dia terjerit2 sakit barulah dapat tahu yang kuman dah merebah sampai ke kidney..Masyaallah hanya Allah tahu perasaan ketika ini..

korang,
komen2 sangatlah banyak n mummy balas perlahan2 kay..bukan mummy tak ingat tau.mummy sayang u all semua tapi tulah ada benda yang kena pentingkan dulu..tgk kalau sakit dia tak surut mummy terpaksa cuti tanpa gaji jaga dia..harap boleh ubati..amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in