Nielah meja kerjaku..
Yang kura-kura tuh comelkan?
Dia pesan suruh minum banyak air..
Dah masuk minggu ke-3 mummy minum bnykkkk air.Kalau sebelum nie selalu rasa cepat penat sebabnya kekurangan air.Adalah org yang "cuci otak" mummy minta mummy jaga kesihatan.
Bila tengok2 balik rupanya mummy dengan berat seperti nie mmglah perlu sekurang2 nya 4liter air sehari.Tapi sebelum nie mummy cuma minum tak sampai sebotol yang 1liter tuhkan..So korang bayangkanlah..Air lain-lain memang banyakkk ku minum nak2 air manis-manis.Sbb tuh beratku semakin bertambah..
So 3 minggu lepas dah tekad
*no ais
*no junk food
*no air manis-manis
setakat 3 minggunie alhamdulillah mummy masih boleh disiplin dengan minum 4 liter air sehari n kadang lebih.Yelah dahlah menyusu pastu minum air sedikit manalah tak letih?oksigen tak lalu dalam darah..n cepat je penat n jalan pun makin mengah dan mcm kura-kura dalam gambar tuh..hikhikhik..
So harapan mummy,mummy akan terus minum air yang banyak.Tak tahannya tuh lebih 10 kali kat opis ke toilet..huhu.Takpelah tuh namanya pembuangan toksin..Makanan mummy still makan nasi
*ku tak diet wokey cuma amalkan minum air banyak.Percayalah bila korang minum air banyak..korang takkan rasa lapar n makanpun cuma sedikit sahaja syarat "air putih" atau air suam.bukan yang sejuk atau ice..Ianya membantu sangat dalam penurunan berat badan.
Sekarang benda2 manis semuanya ku kawal.Rasanya dah tak ketagih sebab dah 3 minggu.Nampak air manis2 sejuk,ais,and ice krim pun dah tak teruja lagi macam dulu..Bekas kuning kat atas tuh 1 liter.memang 3 x isi penuh di opis.So 3 liter..and 1 liter atau lebih lagi diminum di rumah=)
Sekarang baru badan rasa ringan,minda cergas dan tak mudah penat.Bleh jalan laju2.Dan aktiviti pembuangan air hari2 kat opis yang lebih 10x tuh membantu gak membakar lemak..Mummy nie kerja duduk jer so mglah tak berpeluh n sejuk lagi ngan aircond.Bila minum banyak air badanpun tak kering..
So korangpun utamakan kesihatan.Buang toksik-toksik dalam badan sekurang2 nya minimum ambil 2 liter air sehari.Air bersih,putih dan bersuhu sederhana atau suam wokey...
pesanan drp penaja..hikhikhik
testing gmbr guna application baru..hehe