ASSALAMMUALAIKUM SEMUA
Didoakan supaya yang menjawab salam mummyrina dipanjangkan umur,dideraskan rezeki dan dilimpahi rahmat Allah.Pagi ni mummyrina tak ada nak buat apa apa cuma nak sharing sikit amalan sunat pada hari jumaat.
Maybe ramai yang dah tahukan?
So takpe meh kita tengok lagi sekali n refresh apa amalan sunat hari jumaat yang boleh kita amalkan
dan banyak khasiatnya.
Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah.
AMALAN PERTAMA:
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kukumemakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
klik utk besarkan
AMALAN KEDUA.
Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
AMALAN KETIGA:
Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnyasehingga matahari terbenam pada hari itu.”
AMALAN KEEMPAT.
Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)
AMALAN KELIMA. Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allahmengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
AMALAN KEENAM.
Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
AMALAN KETUJUH. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
AMALAN KELAPAN.
Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.
AMALAN KESEMBILAN.
Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
AMALAN KESEPULUH:
Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
AMALAN KESEBELAS:
Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.”
Wallahua’lam.
0 sumpah ako sayang korang:
Catat Ulasan