Assalammualaikum salam jumaat yang barokah..
busan tak de buat apa apa petang petang ni dan mummyrina nak hidupkan balik personal blog mummy yang dah berhabuk ni kann..
masih adake yang kenal daku?
dulu masa merah kecik2 untuk 1 tahun ++ mummy aktive berblogging
skang mcm dah kurang so macam nak aktive kan baliklah..
okey petang ni nak sharing je pasal keburukan anak anak yang bermain gadget..
tipulah kalu mummy kata anak anak mummy (merah + pia) tak main handphone/tab/ipad.cuma skang kita sbgai ibu dan bapa kena pantau anak anak bila mereka semakin besar..
Mengikut laman web pmr.penerangan.gov.my
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.
Kanak-kanak
0 - 1.5
Bayi
1.5 - 4
Kanak-kanak bertatih
4 - 11
Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
10 - 11 (lebih kurang)
Prapubesens; subset yang atas
11 - 12
Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat prapubesens
13 - 17
Remaja dan baligh
sebenarnya tak sihat sangat jika kanak-kanak di biarkan sahaja bermain lebih dari 5 jam dan terdapat beberapa masalah terhadap mereka. Antaranya
Cepat rabun
Sekarang ini tak pelik kalau lihat kanak-kanak usia 6 tahun dah pakai cermin mata dan "power" cermin matanya juga tinggi. Kerana mereka di biarkan menggunakan komputer dan gadget dengan kerap. Kanak-kanak ini biasanya menumpukan dengan permainan yang bersungguh-sungguh dan dengan jarak penglihatan yang dekat.
Kurang keyakinan diri
Segelintir kanak-kanak apabila ingin membuat sesuatu meraka akan rasa ragu-ragu. Pertanyaan bila "boleh ke saya buat nie ? " dan ada yang cakap kalau kat "game" bolehlah. Pernah acik menjadi fasilitator untuk pelajar sekolah di kem motivasi. Bila di tanya mereka memang menghabiskan main gadget di rumah lebih dari 5 jam.Mereka tidak mempunyai keyakinan untuk jadi ketua mahupun lakukan aktiviti dengan ragu-ragu. Ini kerana apa ? kerana mereka tiada terbiasa dengan aktiviti luar dan persekitaran luar.
Kelemahan interpersonal komunikasi
Komunikasi yang baik dapat memastikan mesej itu sampai mengikut kefahaman individu. Jika terlalu banyak menghabiskan masa bersama gadget mereka ianya membuat kemahiran itu semakin terhakis. Bila bersama dengan sanak saudara semuanya senyap, tak tahu nak bercakap apa ,masing-masing sibuk dengan gadget. Komunikasi yang terhad dan hanya tertentu sahaja. Dan proses komunikasi 2 hala itu akan terhalang dan di menghadkan mereka membina kemahiran komunikasi sesuai dengan peringat umurnya.
Selain itu perkembangan bahasa mereka lemah dan mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
Tengok ni siapa pernah main??
cakap ngan generasi x memanglah..dulu dulu mana ada gadget..Tapi anak anak sihat bermain..
zaman skang mmg sangat sangat terdedah ngan smart phone..tah silap haribulan memang lupakan terus permainan kanak kanak tradisional.
contoh mcm mummy,berniaga online memanglah smart phone sentiasa melekat di tangan.
anak anakpun kadang kadang curi juga pakai..tu yang masalahtu.
sebolehnya akan mummy elakkan mereka tgk hp.
Cara menangani anak main gadget
Pada pendapat mummyrina,sesuatu yang baik semestinya datang dr rumahkan..Asas pembelajaran adalah daripada rumah..
so ibu bapa kena tegas dan pandai meminimakan penggunaan gadget anak anak.Jangan beri mereka hp dan kena terangkan keburukan keburukan bila menggunakan hp
Paling ditakuti bila anak buka youtube.
dalam youtube tu even tgk kartun pun banyak dilucahkan even DOREMON,UPIN DAN IPiN.Ada insan yang memang sengaja upload benda yang tak sepatutnya dalam tu..
So dari kecil biar kita lengkapkan anak anak dengan aktiviti perkembangan otak yang fun dan lebih menjurus kepada kebaikkan..In sha Allah..
kita berhak memilih hanya yang terbaik buat anak anak syurga kita...IN SYA ALLAH..
-mummyrina-
0 sumpah ako sayang korang:
Catat Ulasan