naluri ibu mummy terusik..=(

sesungguhnya naluri keibuan mummy terusik sedih dan pilu bila melihat dan mendengar mangsa2 tanah runtuh iaitu anak2 yatim,yatim piatu,anak2 fasuki dan anak2 hidayah yang menjadi mangsa korban..

sesungguhnya syurga adalah tempat mereka..bila tgk kebanyakkan mereka tak berbapa dan ibu mereka adalah ibu tunggal,buat mummy sebak seketika..

marilah berdoa supaya ramai diketwmukan dengan selamat n dapat di mandi,kafan n sembahyangkan dengan sempurna..n mari jualah berdoa kepada allah supaya mereka ditempatkan dalam golongan para nabi..(tapi mmg syurgakan tempatnya)

nie ada sedikit artikel dr berita online kosmo..

7 mangsa dikebumi satu liang lahad


orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.


hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.
Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.
Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.
Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.
Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.
"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.
Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

AL-FATIHAH

kami di jayy bee bhgn2

so kami teruskan perjalanan..mmg betul kata org..kalau ngan budak2 mestilah lambat cket perjalanan sbb banyak singgah2..ekceli mummy g 3 keluarga..kak ipar n adik ipar yang baru kawen setahun gitu..so anak2 akak ipar ada 3 org n merah sorang jadi 4 orang..tuh yang suka sangat mek merah2..

di suka main2 ngan sepupu dia tuh=)kami singgah di perhentian ayerkeroh melaka untuk menunaikan solat zuhur...alang2 wat jamak terus senang tak payah benti2 lagi..n perutpun bekeroncong so kami makan di perhentian2..

budak2 plak nampak jer taman menan terus berlari ke sana termasuk si mek merah2..mummypun mulakan aktiviti mengejar dia..termengah2 den..huhu

so bermain lah diaorg2 budak sampaikan lagi panjang jadi masa perjalanan2..tapi papepun mmg syioook nengok korang layan main..

abang danial..abang danial..kata merah..jomlah maen??dok layan kameralah pulak..hikhik..anak kak ipar yang sunguh bum bum danial yang pandai pandang kamera..tak mcm merah!


keluarga kak ipar..eh mana kak?ooo g solat kot sama ngan mummy..yang kanan tuh anak yang sulung,kedua kak sya n ketiga danial=)

maira maen jongkang jongket ngan siapa ek??sukanya dier.


sungguh saya gembiralah kengkawan dapat main di taman menan!

laju-laju buaiku lagi di nyanyi=)mmg sepanjang tgk dia maen mummy dok senyum jerk..k ada banyak lagi gambar kat taman menan nie..jap lagi kita sambung lagi kay=)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in