Mosquito Net @ Kelambu Modern - restock Februari 2013





This entri is sticky post
from 30.01.2013 till 28.02.2013
plz scrool down for new entry..
''
''
''

RESTOCK TERBARU FEBRUARI 2013!!!!
Kelambu moden restock Febuari 2013.Agak special kalinie sebab didatangkan dengan 2 pintu untuk saiz king sahaja.Tapi stock sangat terhad so siapa cepat dia dapat k.Tanya dulu untuk make sure adalagi ker tak 2 pintu tuh..



harga RM50 seunit (queen saiz)
RM 55 seunit (king saiz)
penghantaran PERCUMA bagi SEMENANJUNG,
tambah RM10 untuk penghantaran SABAH/SERAWAK.
Pilihan warna kelambu adalah mengikut stock yang ada..
''
''
"

*salah satu contoh kelambu moden saiz king.Banyak lagi contoh2 n pelbagai warna yang menarik dan didatangkan dengan saiz yang pelbagai*



So sesiapa nak beli 
SILA KLIK
http://mummyrinazone.blogspot.com/



Semua info berkaitan kelambu modern ada disana..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membeli di sini=)

maaf semua..




Minta maaf yer semua.buat masanie mummy slowly dulu balas komen2 n sedaya upaya cuba update sebab sofia sakit.So mummy kena bg tumpuan pd dia dahulu..

semuanya bermula pada hari sabtu lepas..mummykan bercuti di melaka..dengan secara mengejut dia kerap menangis tiba2.mummy ingat sembelit.sampai keras2 badan dan berguling2 dia menahan sakit.rupanya bila kerap mummy perhatikan rupanya bila dia kencing dia akan menangis..dan air kencing dia sangat berbau busuk dan berwarna keorenan..

So terus bawa ke "klinik pakar kanak2 lau"(mummy akan ceritakan kemudian tentang klinik ini) setelah diperiksa dan di ambil semple air kencing didapati ada infection dalam saluran air kencing.tapi doctor lau nasihatkan supaya buat ujian ultrasound bleh tahu setakat mana infection takut efect buah pinggang..

kami lepastuh buat ujian ultrasound n yes mmg serius.dah sampai kidney..hanya Allah tahu mcm mana risaunya mummy=(skang tengah berubat dengan antibiotik n ada nampak perubahan.tapi warna air kencing masih kuning tapi tak berbau..isnin depan harus ambil sample air kencing lagi nak tgk setakat mana dah rawatan berhasil..

u all doakan yer supaya sofia mummy lekas sembuh.mana tahu doa2 u all didengari..alhamdulillah..

Hujung minggu



Salam Sabtu semua..
Kemana jer hujung minggu Ni?
Mummy balik ke Melaka dan hubby plak besok sampai Isnin ke tangkak ada urusan dengan institut.

So Isnin mummy cuti rehat.Lepak di rumah mama di Melaka..Lagipun Ahad nak pasang kepok dan batu nisan kubur arwah abah..Bolehah ke kubur sekali.Pastu ikut hubby g tangkak.hihihi..rasa nk ikut plak.

Adik yg num2 konon nak bwk Mek merah g opis dia ada tarian singa n dpt angpow tapi mummy tak bg sbb pernah dia tgk tarian singa tapi terjerit jerit takut.So terpaksa dilupakan niat itu.huhuhu

Kay korang selamat berhujung minggu.

Derma Organ Bantu Pada yang memerlukan





Korang pernah tak tgk film Dilarang Masuk nie??movie nie ditayangkan 2011 kalau tak silap..

Tapi aku baru tgk selasa lepas kot kalau tak salah lah..suspen jugak..pelakon taklah kenal mana..Cerita dia lebih kurang mcm nie aku bg ringkasan...Seorang wanita nama dia fatia dengan 4 org lagi kawan2 dia sesat dalam hutan(standard citer seram.heheh)

pastuh jalan-jalan jumpa banglo n menginap di situ sbb dah malam kan..so kat banglow tuh mcm2 jumpa..1st sekali jumpa "bekas cooler ais"adalah dalam 5 bekas jenama cole man..pastu selidik2 jumpa mayat hancur badan 2 org...

So memula tgk mmg serammm n tertanya2 kenapa semuatuh ada kat banglow mewahtuh..pastu jumpa beg banyak gila berisi duit 2juta++(juta jer kalau dalam film)Pastu fatia nie dia bleh rasa n dapat bayangkan ada seorang budak nama "salwa"yang mintak tolong selamatkan dia..so dia bleh sedikit sebanyak tahu apa yang jadi kat umah tuh..

Last sekali rupanya si fatia nie ada sakit jantung DULU lah n buat dah operation.Bila selidik2 doktor yang BEDAH dia tuh yang JAHAT..duduk dkat bunglow tuh..Doktor tuh isma alif pelakon dia..dia bunuh budak nama salwa n tanam belakang bunglow dia n masuk jantung budak salwa dalam badan Fatia.(padanlah si Fatia nie bleh rasa mana budaktuh kena tanam mayatnya)

Isyk mmg zalim sungguh doktor tuh..Salah sorang kawan Fatia lelaki mati kena bunuh masa nak selamatkan Fatianie..alahai takutnya.doktortuh bedah n amik jantung kawan dia n kata "dengan jantung nie aku boleh selamatkan nyawa org lain.Tak ker bagustuh?kata doktor gilatuh"Gila betul doktortuh..sebenarnya nak duit jer..Banyak dah bunuh org pastuh jual plak organ2 kat org kaya-kaya yang mana ada sakit jantung n buah pinggangker..alahai takut ehh

Rasa nya real life adaker lagi ek manusia mcm doktor dalam cite ni?adaker yang bunuh org amik organ n jual mahal2 sampai ratusan ribu?fuh mmglah kaya tapi menyiksa org lain..Padanlah memula mereka ber4 masuk bunglow2 jupa Coleman..

Tapi..
Zaman sekarang mmg kalau bleh dialu-alukan si penderma organ.Tapi dengan kebenaran bertulislah bukannya mudahkan.Perlukan persetujuan ramai..Mmg kita digalakkan berbuat demikian..Arwah abah dulu tak sempat nak buat transplan.Nak kena cari darah yang sesuai n buah pinggang yang sesuai..Allah maha mengatahui...

Adakan kempen "dermalah organ untuk membantu org lain?"tapi bukan dengan cara doktor gila nie.seram mak!!
Mulia sungguh sesiapa yang baik hati sudi menderma tentu pahala berlipat kali ganda.So adaker bloger2 yang sudah daftar sebagai penderma organ bila anda sudah tiada nanti??

SEGMEN FOLLOW KAW ! KAW ! BY HOT MASA KINI





klik banner 2 join yea

tak beritahu pula bila tutup..
jom join jer lah ramai-ramai

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0




*Klik banner kalu nak doodle cute=)

*due sehingga diberitahu kelak

*nak doodle sebab sangat2 comel.suka pandang=)Bila masuk jer blog alif kagum sungguhlah ngan doodle-doodle hasil tangan alif.Terpersona gitu=)

*nak doodle warna mata hazel nut..



Jaa Jah@t First Giveaway




Nak join klik Banner.
Due 28.02.2013

Mrs Erry 1st Giveaway

Kes Bayi 4 bulan di lambung amah






Saja aku nak tayang muka minah indon yang lambung2 bayi 4 bulantuh..
Akhirnya amah nie mengaku jugak.Gila kau tak ngaku pas dah pasang cctv..Nasib ibu bayi2 ambil tindakan bijak pasang cctv kat rumah n sambung terus dengan telefon.Kalau tidak...wallahualam hanya Allah maha mengatahui..

Setelah melakukan perbuatan kejam 2 amah di jatuhkan hukuman 20 tahun penjara..Nape tak sebat jugak ek?patut biar dia kena sebat sekali tgk mcm mana dia jerit??geram tapi biar Allah sahaja yang membalas.Dan sebagai balasan amik kau 20 tahun kau dalam penjara..Walhak kau ada anak 2 org lagi.cer try org lambung2 anak2 ko tgk cuak ker dok!

Bila tgk semula video mcm roti canai budak2 dikerjakan.Semoga Allah terus melindungi baby 4 bulan itu..Sedih menengoknya..Aku juga seorang ibu yang bekerja,tak semua ibu mampu untuk menjadi suri rumah..Kekangan kewangan menyebabkan kena bekerja.Bila jadi mcm nie mmh tak lah nak amik amah.Baik plak letak nursery walaupun tetap ada risiko.Biarlah penat balik jam 5 n tugasan rumah di buat sendiri tanpa amik pembantu rumah tak kiralah warganegara mana sekalipun..Lain-lain aku pasrah.Tapi aku usahalah jenguk2 anak2 di pusat jagaan2..

Tpai tulah sekarang nie ramai sangan warganegara asing masuk Malaysia.Diharap pemimpin kita tak terlalu lembut hati sangat nak bagi mcm2 kat diaorg..cuba kalau kita majikan nie dera amah2 nak-nak indon..Mau angkat sepanduk "GANYANG MALAYSIA" walhal banyak juga indon2 bermasalah bila jadi pembantu rumah..

Tak lama lagi mengundi nie haa harap menteri2 n para pemimpin konon berjiwa rakyat peka dengan keperluan rakyat malaysia.jgn semua nak senang jer atas kepentingan sendiri.Peka time nak pilihanraya jer walhal benda nie dah dr dulu rakyat tak setuju.Tolong tgk tentang kemasukan warganegara asing yang rata2nya bermasalah!!!Nak2 amah-amah seanteronie..
Kita gaji dia bukan murah tapi sambil lewa buat kerja siap mendera lagi..kan susah bila kehilangan nyawa???Tolonglah hantar depa2 nie balik.kalau tak buat masalah kat negara org takper nie sangat KEJAM ok...kalah monyet...dan oink oink..oink..(geram)

So inilah akibat kekejaman ko mendera baby 4 bulantuh..meringkoklah kau dalam penjara..Kes nie aku jamin mmg ramaiiii ibu2 di malaysia takut dah nak hire amah2 warganegara asing..Tapi tulah mak pak mmg takder choice sbb tengoklah kat putrajayanie tempat2 asuhan mcm nursery,babysiter mmg terhad menyebabkan terpaksa ambil amah..Tapi tulah kena betul-betul tengok yang macam mana...Agent amah2 kebanyakkan nya nak kaut untung jer..org2 gilapun ko bagijer jaga umah+anak org..bayar mahai2 tapi buat HAL!!eiiii geram aku..

Takperlah
harus kita sentiasa ingat Hanya Allah maha berkuasa
kan dah dapat pembalasan.Ni baru di dunia kat akhirat esok2 kalau tak bertaubat jawablah ngan malaikat mungkar dan nangkir nanti..harap kat jel 20 tahun nanti kau(amah)betul2 insaf...

WW-usianya dah 20 Tahun





Usianya sudah 20 Tahun
Hasil Usaha sama antara Arwah abah dan Mama
Cross Stich paling besar pernah jumpa dan buat.Semua petak biasa digandakan 5 daripada biasa...Benang yang digunakan tak taulah bape keping banyaknya=)hehe

Cer teka berapa lama pula masa yang di ambil untuk menyiapkannya..Lupalak nak ukur besar berapa.yang pasti besar penuh dinding umah=)hehehe

Losyen pelembab




BISMILLAH
Yang warna biru tue losyen sofia n mek merah...Wangi baunyer n very moist=)suka baunya yang fresh..Namapun Oxygen Fresh..Selain melembabkan kulit yang kering ianya wangi.So pas mandi boleh sapu kat tempat2 yang kering..Harga masa beli dalam RM10.90 kot masa beli kat watson untuk 200ml

Yang warna kuning2 mummy punya..Sebenarnya dulu tak berlosyenpun tangan ker kaki ker..Disebabkan faktor usia kot dah kering dah kulit nak2 tangan.Dudui kerja dalam air cond di bawah paras beku nih..mmg lah rasa cam air batu n merekah2 abis tangan..hohoho..So mummy pilih jenama veseline..Banyak gila losyen jenama nie pening nak pilik.Nak ikutkan nak pilih kaler PINK tapi tengok untuk "WHITENING AND ANTI-AGING LOTION" pulak..So belek nyer belek haaa jumpa yang nie "TOTAL MOISTURE" untuk lebih kelembapan yang menyeluruh..lebioh sesuai dengan kulit yang agak kering..So pilih yang kuning..Tapi bau tak sedap sangatlah yang kaler pink lagi sedap n wangi tapi takperlah sbb mmg bila apply boleh mengurangkan kerengsaan kulit dan kekeringan kulit..
Harga dalam RM7++ rasanya untuk 120ml.

So losyen perlu jugak sekaranglah..isyk makin berusia nie makin sensitive plak kulit..hohoho..So kalu korang nak beli carik jer kat guardian or watson kay..daa

Demam Panas lagi




Nie gambar mek merah masa usia dia 1 tahun 2 bulan..
comot masanie baru pandai nak makan=)hehehe

tapi mummy cukup2 risau demam kembali menyerang..memula dia pastu sofia pastu nie dia balik demam..Tapi kali nie teruk sungguh dia demam..dari jumaat arituh ambil dah tak nak main tapi still makan..tapi tak banyak..

Kalau sofia oklah jugak dia selalu demam tak lebih 3 hari tapi kalau merah mmg mummy cukup2 risau.demam makin hari makin panas dah bawak g klinik swasta n ngah consum ubat..tak sanggup tgk panas sgt.letak air asam jawapun tak jalan2..dah 3 ari malam mummy berjaga2 takut sungguh..

tgk dulu ubt yang doktor bagi2 kalau 2 hari lagi dia demam jugak mummy guna insurans dia jer masuk dia kat hospital bawah insuran cover2...harap2 dia pulih.

Tapi mummy tak cuti harini hunny yang cuti jaga merah.sofia plak hantar kat nursery=)Semoga Allah melindungi nuruk humaira mummy=)

Hasil lipatan Baju mek merah






Picture pertama tuh dah rotate tapi senget jugak.huhuhu..
Nielah hasil pertolongan humaira..
dia tengok baju bertimbun dia tolong lipat baju..tapi hasilnya..huhuhu bolehlah=)janji tolong..

Dulul masa kecik2 dia dah tolong sidai kain=)



haaa nie masa umur dalam 1 tahun 5 bulan..
dah boleh tolong sidai baju..
Tapi sofia tak geti sangat..hehe dia tau sepahkan semula yang kak merah dah lipat n sidai.huhu saja jer anak bertuah nie!!

Ragam anak

.




Si adik selalu nyakat akak dia..
tengok setiap kali akk leanding baik nyer tengok tb mulalah dia nak menempel kacau n amik botol akk..akak nak minum adik tarik..
hangin lama2 akak tuh..huhu

Kemas Kebun yang sekangkang kera..



Tak habis lagi cerita hari tuh..
alik raya cina mmg tak kemana2 pun cumanya enjoy kemas-kemas kawasan rumah=)



Cuba tengok pokok belah kanan sekalituh..arwah abah rajin trim pokok2=)tgk 2 bulan dia tiada pokok mula nak bercabang2..Sebenarnya banyak pokok menjalar juga so kalau tak di potong semakin liar jalarnya2..




Pokok yang kiri tuh pokok buah markisa..Masa arwah ada mama tanya 'bang bila nak berbuah?"masa tuh sebulan sebelum meninggal.abah jawab belum masanya lagi..tup2 bila abah tiada lebat n banyak buah tumbuh..dah tiba masa tumbuh agaknya..


nielah gambar buah markisa tapi belum masak sepenuhnya lagi=)nnt dah masak bleh ngappp masuk mulut=)






Nie jalan ke belakang rumah..Ayam itek n mini zoo belakang rumah
semuanya dah tiada.itek kami buat kenduri tahlil arwah bah..dan angsa,ayam belanda,ayam api2 semua kami jual sbb mama tak larat nak jaga..so tinggal tanaman sahaja.Lagipun belakang rumah bahaya kadang ada ular n monyet yang liar..So takut nanti mama cedera..

Selama 2 bulan lebih pokok2 tak dicantas n dibaja..Sebenarnya arwah abah dah sakit start 2 bulan sebelum meninggal.So hitung2 dah 5 bulan pokok2 semua tak di bersihkan betul2.tapi 2 bulan sebelum meninggal adalah dia usahakan juga trim pokok2 sikit2..


So mummy,mama n hubby pakat2 bersihkan sedaya mungkin kawasan rumah biar pokok2 semua segar bugar=)




Tengok budak2 nak bagi tak main jauh2 bila mak pak wat kerja so mamatok diaorg beli kolam tuh.hari-haripun mandi.Yang besar sorang lagi tuh adik bongsu mummy..Sila abaikan kenapa dia ada dalam tuh..hahahaha






So hasilnya bila dah dikemas-kemas...Walaupun penant tapi puas hati..Taringat masa arwah ada dulu kami sama2 riadah depan rumah jer.Hobi dia mmg sedap mata memandang n tenang sungguh..hehehe

Lepas habis jer rumah kena terus g mandi sbb dah gatal2 seluruh badan..Lupa lak nak snap gambar kat depan jalan ada sedikit tanah.abah tanam kelapa n tebu..hanya rumah kami ada kelapa n tebu di taman bukit rambai..hehehe



Full stori tentang Peninggalan arwah abah




Bismillah..
Salam rabu semua..
tadi ada mummy buat WW-peninggalan arwah abah



yes..
ada yang jawab dengan betul iaitu kolam ikan..
Setelah 2 bulan lebih pemergian abah kolam dia dipinggirkan..
setelah kami semua satu family REDHA dngan pemergian dia..kami berniat nak jaga semua apa yang diusahakan oleh arwah..

Arwah seorang yang kreatif..semua benda dia buat sendiri mcm2 kursus dia pergi mcm kursus bela ikan..kursus cacing,kursus buat soya..semuanya ada sijil..dia suka timba ilmu..Cakap aja tentang perniagaan tak kisah apa dia berminat=)

ok berbalik tentang kolam ikan..
sebenanya nie salah satu kolam yang ada..ada 2 kolam dan 4 akuarium semuanya..
mummy balik cuti raya cina tak kemana cuma tolong mama bersihkan kebun2 kami dan bersihkan semua kolam2 ikan..


memula kami amik semua ikan2 letak dalam baldi besar..amik ikan guna jaring..Kolam mcm dalam gambar2 ikan talapia dan ikan patin.So arwah tak pula pesan pada mama yang kolam nie kena tambah dengan air klorin.sebelumnie mama tak letak air klorin soo beratus ikan talapia mati=(
alangkah ralatnya..

Selepas itu mama tanya kedai ikan kenapa mati..So apek2 gtau kena tambah dengan air klorin baru idup.air yang itampun ikan boleh still hidup..ooo mcm2 rupanya...so dalam baldi sementara tuh kami letaklah klorin sedikit..


So yang botol2 tulah air klorin..So yang mana batu2 sungai yang berlumut kami bersihkan.tangki tadahan hujan tuhpun kami bersihkan..n kami sental kolam2..hanya sental sahaja tanpa sabun..Arwah pesan kalau nak basuh kolam ikan jgn guna sabun atau apa2 bahan kimia nnt ikan mati..sebelum masuk ikan2 semula dalam kolam kena campur air klorin dulu..

Agak tenang berada di kawasan rumah sendiri..
Kolam belakang rumah lupa nak snap plak..samajer mcm kolam yang depan cuma kolam belakang umah ikan keli,ada dalam 400++ ekor dan ada 4 akuarium bela ikan pacu.n ikan ape tah lupa plak.huhuhu..




Sofia dan aiman suka duduk tengok ikan=)
beriadah di rumahpun terasa puas=)



sang suami tengah nak lepaskan ikan patin dalam kolam=)
ralit nampak..


si kecik aiman suka juga tengok ikan2 berenang2.baru 3 bulan dah mcm pandai mata tuh tgk ikan2 bergerak=)

selain bersihkan kolam kami bersihkan tanam2an n pokok2 bunga di kawasan rumah.banyak sayur,ulam n buah yang abah tanam..Esok ku ceritakan lagi yea..

Sesungguhnya kami bangga ada abah yang serba boleh..
boleh memasak dengan sedap
boleh menjahit
boleh bermain semua alat musik
boleh menyanyi
merdu bila mengaji..
boleh menjahit..
boleh usahakan nursery pokok2 bunga.tanam buah semua jadi..
pokok kata serba bolehlah..daku bangga Allah bagi pinjamkan seorang yang tak mungkin boleh diganti sampai hujung nyawa...      =( sedih pulak terasa..

Al-fatihah untuk arwah abah yang sangat mummy sayang..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Amin


WW-Peninggalan Arwah abah..





Insyaallah akan mummy ceritakan apakah peninggalan ini..
Insyaallah apa yang arwah tinggalkan mummy akan jaga=)
harituh raya cina alik melaka banyak kerja yang mummy buat..
nnt akan cerita satu persatu..

buat masa nie sedang banyak kerja=)
sambung petang2 sikity n banyaknyer komen nak di reply=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in