HARI KELUARGA JTM 2014

 

TAK BANYAK NAK DICERITAKAN TENTANG HARI KELUARGA JTM 2014
Buat di melaka bayu resort..bermalam 1 hari
gambar bilik hotel pun lupa amik..huhu
sbb dok layan kerenah anak anak nak mandi manda kat pool

Dah lama sangat tak pergi taman tema air
bukan apa fobia dengan air kat taman tema..huhuhu
tapi anak2 teruja sangat..humaira n sofia suka sangat bila boleh mandi air..

Lepastu malam kami ada dinner
yang kelakarnya hubby boleh pulak tak perasan tema dinner adalah merah atau maroon
 Mujur perasan dalam perjalanan tadi so kami anak beranak singgahlah JAYA JUSCO AYER KEROH MELAKA..

Nasib juga orang melaka bolehlah tahu kat mana mana
hehehe so dah selesai cari pakaian 4 beranak teruk ke bilik hotel..


malam dinner ber merah merahan lah kami berempat..
tiba waktu kami tunggu2 untuk cabutan bertuah..
masih ingat lagi 2011 masa baru2 jer lahirkan sofia n baru habis pantang kami pergi hari keluarha JTM (jabatan tenaga manusia) hubby..
Alhamdulillah rezeki anak anak kami balik dengan tv TOSHIBA REGZA 40 INCH





DAN ALHAMDULILLAH TAHUN 2014 SEKALI LAGI
hubby cabut number 020 yang bawak tuah lagi untuk kami bawak pulang TV LCD PULA
LCD SAMSUNG 32 INCH..Alhamdulillah.malam tuh banyak juga hadiah mcm anroid lenovo n asus tablet n percutian di malaysia..mcm mcm lagi lah







 Dah besarkan anak dara mummy?
nurul humairah nama diberi alhamdulillah rezeki kami lagi..
tak tahu mana nak letak tv kat rumah..huhuhu..

Gambar gambar lain tak adalah pulak
tah mcm tak nompek bergambar..
mummy and papa lawa dah berbaju merah tapi lupa sungguh aih nak bergambar..amik gambar anak anak jer yang sempat..

okeylah ekceli keseluruhan
penginapan ok,aktiviti cuma mandi manda di taman tema air kat dalam hotel jer..




 "apapun terima kasih Allah dengan REZEKI yang engkau limpahkan kepada kami 4 beranak.."aminn..
 

Selamat hari jadi JAJA



Selamat hari lahir yang ke 29
semoga Allah memberkati usia..
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik,dipermudahkan rezeki..
dan
semoga bahagia bersama insan tercinta..
Along sentiasa doakan yang terbaik untuk angah.
semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat..

selamat hari jadi
20.03.2013
semoga jadi ibu yang baik juga=)


satu-satunya anak bujang yang menggantikan arwah abah..
sangat cumil n sangat handsome
bila alik melaka pasti rindu kat dia..
betapa wanginya bau aiman=)
Geram Mok Long!!panggil mummyje lah aiman.hehe

harinie dah 21.03.2013
nak ikutkan esok
22.03.2013 (Jumaat)
hari lahir abah....tapi dia pergi menghadap ilahi hujung tahun lepas 28.11.2013...sedih tak dapat sambut.tak dapat nak belikan baju kat dia..semoga Allah sentiasa melindungi di di alam sana aminnn...

Mummy selalu tertukar tarikh lahir jaja n arwah abah..huhu tapi skang mmg terus ingat insyaallah sbb dekat2kan memanglah tertukar..

mereka-mereka yang lahir MARCH yang mummy kenal mmg semuanya penyayang dan lembut hatinya..walaupun tegas tapi hati mudah tersentuh n sedikit cengeng..hehe

sedar tak sedar "kita semakin dimamah usia"sampai waktunya kita sahut janji kita pada Allah..dan hanya berdoa supaya setiap hari ada perubahan yang membawa kita pada amalan-amalan yang terbaik di bawa "ke sana" insyaallah..
Semoga dilindungi dari azab kubur,azab api neraka dan sakaratul maut suatu hari nanti..insyaallah ingatan pada diri sendiri jugak yang tak lama lagipun 
"di mamah usia"


hepi birthday Hubby =)



Tiada duka yang abadi di dunia.
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir,hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir,hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Duhai suamiku..
Kau ampunkanlah segala dosaku padamu..
maafkan kesalahan isterimu jikalau ada..
halalkan makan minum serta pakaiku..

Aku menabur doa dengan air mataku
memohon doa darimu Ya Rabb
Kau lindungilah insan yang kusayang ini..
Insan yang tidak pernah mengeluh mencari rezeki.
berikanlah seribu kebaikan dan kebahagiaan dunia,akhirat.
Berikan taufik dan hidayah padanya
Panjangkanlah umurnya dan murahkan rezeki kami
Sesungguhnya hanya dia tempat daku bermanja dan bergantung

Terima kasih di atas semua kasihmu suami..
ku bahagia keranamu
Semoga Allah selalu melindungi mu
Kasih daku isteri,hanya untukmu suami..
"ahmad saffarul nizam bin muhammad"


Selalu tercipta hanya buatmu...
"SELAMAT HARI LAHIR KE-34"


SELAMAT HARIJADI MAMA.....





Entah mengapa saat ku menulis hati sangat sayu..
merenung jauh ke dalam matamu duhai ibuku..
ku tatap kulitmu yang di mamah usia buatku semakin gundah
semoga Allah selalu memberikan kesihatan terbaik buatmu..

Waktu terus berlalu mencemburui kasihmu
kau tetap setia menemaniku duhai ibu,
rela menembus waktu,
memerah keringat demi melihat kebahagiaan anak-anakmu..
dengan pengharapan dan seribu doa kau hulurkan..

Ya Allah maafkan kedaifan aku Ya Rabb,
Maafkan tingkah lakuku jika ada menyakitinya..
maafkan aku kerana sikapku yang terlalu mementingkan masa untuk diri sendiri..
Betapa hanya mementingkan kesenangan..
Betapa hanya tahu memiliki..
Betapa hanya tahu meminta..
Betapa banyaknya pengorbanan kau berikan padaku..


Duhai bondaku..kau ampunilah segala dosaku padamu..
kau halalkan susumu..
maafkan segala kesalahanku
sungguh, jerih payahmu tak dapat kutandingi..
kini ku sepertimu, seorang ibu..
kerana itu aku tahu bagaimana yang kau rasa..


Aku menabur doa dengan air mataku Ya Tuhan...
Kau lindungilah ibuku "Wan Gayah Wan Abd Rahman"
Kau berkanlah kesihatan yang berkekalan padanya
berikan taufik dan hidayah pada bonda tercinta..
kau berikanlah kebahagiaan di dunia dan akhirat padanya..
murahkan rezekinya ya Allah..
Sesungguhnya hanya dia yang aku ada setelah pemergian ayah tercinta..
kau padamkanlah segala kegusaran dan kesedihan yang dia lalui..


Terima kasih atas panduanmu,
hidupku begitu bererti keranamu
Semoga Allah selalu melindungimu,
Kasih sayang hanya untukmu ibu
Selalu tercipta hanya buatmu..


Selamat hari lahir ke-58 tahun..
dari anakmu
Along...


*Al-Fatihah juga pada arwah abah yang telah kembali ke rahmatullah..sehingga kini sangat merindui gelak tawa darimu abah...*

Baby Baru mummy=)sweet Aiman


Selamat Datang Ke Dunia Baru Sayangku Aiman=)
Mohd Aiman Bin Mahmud
Berat 3.20kg.
Lahir di Hospital Besar Melaka..
Pada 27/10/2012
Bulan Haji...

tahniah pada adik mummy yang ke 2..
sungguh trajis kisah di MELAHIRKAN si putera yang cumil..
alhamdulillah NORMAL setelah menanggung kesakitan daripada jam 8.00 malam(jumaat) 26/10/2012 sehingga 27/10/2012 kul 6.30petang..sugguh banyak dosa2 mu gugur dik..insyaallah..dan alhamdulillah satu2 nya putera dalam keluarga kami dahpun lahir ke dunia...

mummy juga sangat meginginkan putera dalam family mummy..alhamdulillah Allah perkenankan..mau tak nya kami 4 beradik kesemuanya perempuan..anak anak mummy merah dan sofia perempuan..mujur setelah menunggu 2 tahun adik disahkan mengandung dan akhirnya lahir seorang putera idaman mama dan abah juga idaman mummy=)hehe alhamdulillah

banyak sebenarnya nak diceritakan sempena kelahiran AIMAN..penuh dengan pengorbanan di mana jaja bersalin dalam masa yang sama ABAH kami masuk ICU berperang dengan penyakitnya.sungguh tak sangka di bulan "Raya Aidiladha"nie mcm2 yang melibatkan pengorbanan berlaku,..insyaallah akan mummy ceritakan nanti..




Salam Aidilfitri Daripada Kami Sekeluarga

This is sticky post till 15.09.2012
please scroll down for new entry

My Little Honey Dew

Kami sekeluarga mengucapkan salam aidilfitri kepada sahabat2 alam maya semua..
maaf dipinta andaikata sepanjang perkenalan di alam maya ada yang terguris hati..
sesungguhnya saya hanya insan biasa,tidak lepas dari kesilapan
10 jari ku susun memohn ampun dan maaf..
berhati-hati ketika pemanduan ke kampung..



"selamat hari raya semua"



Happy birthday hubby=)

Usia semakin mengejar kita,
Sedari kecil kita ditatang bagai minyak yang penuh,
Di ajar menjadi insan terbaik olah org tua,
Yang tak kenal penat sepanjang usianya
Semata2 melihat kita bahagia..

Usia semakin mengejar kita,
tanpa kita sedar,bahawa masa terlalu pantas berlalu,
tak kira apa yang terjadi..masa tetap akan pergi,
kita semakin dewasa mengejar realiti hidup

Usia semakin mengejar kita,
tatkala susah dan senang,
ingatlah sebelum 5 perkara..
sihat sebelum sakit..kaya sebelum miskin..
lapang sebelum sempit..hidup sebelum mati..

Usia semakin mengejar kita,
di pentas dunia kita bertarung,
mengejar cita-cita dan kebahagiaan bersama insan tersayang,
segalanya bersama sementara masih ada waktu..

Usia semakin mengejar kita
tatkala kesibukan di dunia
adakah kita bersedia di akhirat sana?
ada bekalan ilmu dan amalan sentiasa cukup dibuat bekalan?
insyaallah bahagia tetap menantimu dunia dan akhirat..

Usia semakin mengejar kita,
semoga penganjakkan usia mu ke-33 tahun,
membawa lebih banyak pengharapan yang terbalas..cita-cita yang tak pernah luntur,semangat yang kental,rezeki yang mencurah..
insyaallah dirimu dilindungi Allah sentiasa..
isteri dan anak-anak sentiasa mendoakan kesihatan dan panjang umurmu...enchek suami=)

Usia semakin mengejar kita,
"selamat hari jadi yang ke -33 tahun"
walaupun dirimu di duga dengan sakit pada harijadimu..
tapi ingatlah Allah sentiasa sayang padamu dengan penganjakkan umur ini=)
semoga tabah mengharungi idup bersamaku dan anak2=)
i lappp u "papa"
(merah siap nyanyi lagi buffday mlm tadi n tanya mana kek?..huhu mummy tak sempat g beli sayang tapi mummy janji arini kita celebrate sesimple mungkin..insyaallah)






happy 3rd anniversary to me n hubby=)

selamat pagi semua=)semalam mummy puasa n agak keletihan sangat..n oas solat isyak,mummy ajak merah g tido..punyalah letih..tak bangun sampai ke paginie..

pastuh mlm cket tak pasti jam berapa dengar bunyi hp hubby..n mummy dengar n kata dalam hati..loceng bunyi?dah pagiker?dah subuhker tapi tak dengar laungan azan pulak..

pastuh mummy sambung tido semula..n merah..still tidi nyenyak di sebelah...so paginie bangun terasa kesegaran di tubuh..so arinie tak puasa=)n papa antr mummy mcm biasa n kata "hepi anniversary ayang" lah!mummy lupa yang arinie anniversary kamim yang ke3..hikhik

tak pernah lupa tup2 arinie lupa..24.05.2009 kami disatukan menjadi suami isteri..

hubby lafazkan 2 kali sb tak sebut perkataan nya..aku terima nikah"nya"

sesungguhnya kami sangat gembira bila disatukan walaupun bermacam rintangan..kami berkenalan tidaklah lama n bercintapun sekejap jer..pas beberapa bulan kami bertunang n kami disatukan..

kami berdua hidup sederhana ajer..n bila ada anak "merah"hidup kami dah lengkap sebagai suami isteri..insyaalah akan bersama sampai ber"cucu"hikhik..

kepada bie..kalau baca entri nie selamat ulangtahun perkahwinan yang ke3..esk baru kita celebrate kay bersama merah..moga kita terus diberkati ALLAH n moga kita terus bahagia sampai akhir hayat=)sayang bie=)hikhik


kira kami sambut awaldah masa g jayy bee arituh..sangat hepi okey...terima kasih sb sepanjang kita sebagai suami isteri b banyak bantu ayang uruskan rumahtangga n now im preggy mmg banyak b bantu kerja2 umah n jaga merah=)ringan rasa beban ayang..tq

may2011 bulan yang penuh bermakna..

bulan may nie mmg penuh bermakna bagi mummy sebabnya..

pertama hari ibu..
inilah orang yang telah membesarkan mummy..abah n mama..so mama nanti bulan 5 nie sempena hari ibu mummy akan belanja g makan besh2 punyer..hikhik

n daku sendiri sebagai ibu membawa seribu makna n sangat2 bahagia..terima kasih ALLAH bg merah padaku...
''
''
selain itu jugak esok 7/05/2011 adalah anniversary kedua2 adik aku..jaja n erin
 jaja adikku yang num2..sangat sporting orangnya n baekk hati..genap setahun mendirikan rumah tangga 07.05.2011..n anniversary dia ngan mahmud hubbynya..semoga berkekalan hendaknya n cepat2 dikurniakan anak

nie erin ngan hubbynya.pun 7.05.2011 genap setahun mendirikan rumahtangga..sangat aktif orgnya n cera sentiasa..juga baik..semoga panjang jodoh ngan suami n dikurniakan anak cepat2 insyaallah..
''
''
n anniversary haku sendiri pada 24.05.2011.ulang tahun perkahwinan yang ke3

genap 3 tahun mendirikan rumahtangga walaupun masa tuh banyak kejadian sedih tapi jodoh kami bersama akhirnya..

disini segalanya bermula patutnya kami bernikah setahun selepas bertunang pada november 2007 tapi disebabkan abah mummy nak sangat cepat2kan sb dia sakit takut tak sempat tengok anak dia kawin..so kami decide nak nikah 25.05.2008 tapi masa tuh katering penuh so awalkan lagi 1 hari 24.05.2008..

so anniversary kami jatuh pada hari nikah pagi 24.05.2008 dan petang kami bersanding..abah kena stroke 3 hari sebelum akad nikah n alhamdulillah dengan usaha yang cepat dia g berubat selama 2 hari berurut tapi bila bercakat tak bape clear..berjurai airmata nak menikah kan kami berdua dengan berusaha menyebut aku nikahkan dikau dengan putriku wan nurul hezrina...tapi allah bantu kami dengan melancarkan segala urusan


masa nikahnie paling sedih tengok keadaan abah..ramai yang nanges..masanie mummy gemuk n tensen gak sbb banyak halangan dengan baju tak muat sb tak di oter last minit..huhu..nampaktak daku yang gemuk?? 


walaupun banyak rintangan kami tetap hepi...sesekali menjenguk abah menyambut tetamu takut2 kalau dia pengsan..abah mummy sakit buah pinggang tahap 3.n satujer buah pinggang sekarang..n alhamdulillah allah panjangkan umurnya sampai mummy dapat mek merah yang boleh hiburkan hati dia..
''
''
bulan 5 jugak mummy sambut buffday..sepatutnya 29.04.2011 yang lepas tapi mummy bz tak sempat so sambut bulan 5 jerlah..hikhik
''
''
alhamdulillah mummy dikurniakan suami yang sangat penyayang..takpernah setakatnie marah kat mummy..orgnya lembut n banyak membantu nak2 bila mummy preggy kali ke 2 nie ngan merah nak urus umah..dia banyak bantu n pandai memasak..

semalam mummy puasa dai yang masakkan untuk buka..n ringan sangat tulang=)thank u ALLAH..juga dikurniakan anak yang cumil n sepintar humaira..mummy sangat heppi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in