Nak baby lagi??

Jawapan pada persoalan "nak bby lagiker?" atau nurul..pas nie bila plak num3?

woo woo buat masa nie tumpuan 2 tahun adalah sepenuhnya pada sofia maisarah..cukuplah 2 dulu.. org kata tak baik rancang...tapi bg mummy perlu rancang supaya ekonomi keluarga dapat disusun dgn baik..

mmg mummy tak nafi setiap anak ada rezeki msg2..tapi khidupn di kota agak tough n nak letak anak kat pengasuh mmg payah nak carik pengasuh..huh!!

tq mr google atas gambar nie..

so mummy agak pening nak amek pill aper..kena atas nasihat doktor semuanya..bnyk gak soklan yang ada dlm pale otaknie.dahla mummy jenis tak berdisiplin mkn ubt2tan.

kalau inject mummy tak berani.inject 3 bulan tuh..kalau implanon plak kena minor sugery dengar2...

aduuss kalau nak rncg sendii..owwh no no no..mmg takooot tereksident..huhu..

korang ada cdgn n sesiapa ada pengalaman??mmg dah masanya pk ttg perncg kluarga

Lactation Amenorrhea Method (LAM)

*nie ada sedikit info dr blog mummy bw tadi..sambil2 baca n nak sharing disini..



Apa itu LAM?
LAM adalah salah satu metod perancang keluarga secara semulajadi.
Dari segi definisi,
Lactation= proses penghasilan susu
Amenorrhea= tiada haid
Secara umumnya LAM, kaedah perancang ketika penyusuan semasa ketiadaan haid (betul ker definisi ni?)

Bagaimana LAM berfungsi?

LAM adalah pilihan perancang terbaik sekiranya

1.Bayi menyusu secara EXCLUSIVE. Bermakna hanya menyusu dengan susu ibu dan tidak dicampur dengan sebarang cecair (air masak, jus dan solid food)
2. Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 4 jam semasa siang hari
(bayi mesti minum antara 2-4 jam, sekiranya melebihi dari jangka masa tersebut LAM tidak efektif)
3. . Selang masa bayi menyusu tidak lebih dari 6 jam semasa malam
4. Ibu masih belum didatangi haid
(kalau dah period, tak boleh gunakan LAM)
5. Bayi mesti berusia kurang dari 6 bulan
Ini bermakna LAM hanya berfungsi sehingga 6 bulan selepas kelahiran sahaja.
Selepas 6 bulan, perlu cari kaedah lain.
Apakah kelebihan LAM ini
  1. tiada hormone tambahan seperti pil peracang yang lain yang boleh mengganggu pengeluaran susu.
  2. Kaedah paling berkesan untuk jangka masa pendek (6 bulan) selepas kelahiran.
  3. Tidak perlu makan apa2 pil.
  4. Sangat selesa dan tidak mengganggu aktiviti seks.


Anda perlu memikirkan kaedah perancang yang lain sekiranya:
  1. anda telah didatangi haid
  2. bayi sudah mencecah usia 6 bulan atau tidak lagi exclusive BF
  3. Bayi menyusu dalam selang masa lebih dari 4 jam di waktu siang atau 6 jam di waktu malam.
- ibu juga perlu berhati2 kerana proses ovulasi boleh berlaku ketika anda belum didatangi haid.

Lebih lanjut boleh tengok link kat bawah ni


*dulu masa merah mummy satahun lebey baru datang period.mmg tak tahu selamat dr preggy 6 bulan pertama sahaja tuhpun fully bf taw tak campur.pastuh kena pk kaedah perancang yang lain=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in