cuti

salam maal hijrah...arinie dah selasa.semalam cuti maal hijrah..
mummy tak kemanapun sbb family mummy dr melaka datang melawat..so si kecik berdua tuh mummy tak hantar ke nursery=)

kat opispun ramai btl yang cuti..yang tak cuti2 mummylah orgnya disebabkan tugas2 yang perlu disiapkan a.k.a "kerja"

semalam masak2 mcm biasa n lepak2 jer ngan family=)humaira n sofia alhamdulillah sihatjerk.

merah minggu lepas cirit birit lagi.mmg selalujer berjangkit.tapi mummy n papa dicide bagi pil "cik ke teik on"alah yang bulat2 mcm taik kambing2.tuk budak 2 tahun ke atas pttnya bg 10 bijik.tapi mummy bagi 5 bijik jerk=)letak satu satu ujung lidah..

pastuh ilang terus ciritnya=)tapi azab nak bagi makantuh kemain lagi.haha

CETAPHIL

ada sesiapa pernah guna?
ok ker tak?
nak try gak guna tuk sofia sbb kulit kering sangat.
kesian dia gatai2.

blurr

putrajaya mcm nak ujan.
selalunya petang2 gni mesti ujan=)
aku dilanda sejuk dalam air cond sampai ke tulang.
mujur ada jaket boleh pakai..

kerja kerja kerja
nak mengeluhpun takleh sbb rezeki
 kerja jugak ibadat..
buatlah jugak bagi selesai
akhir tahun yang mencabar..

cikgu cikgi dah bercuti
setelah berpusak2 ngan exam bagai..
masa untuk korang relex.
pas air tahun akupun relex jugak.haha

sesekali teringat si cumilku
2 org tuh..
harap sihat di nursery..
tak sabar nak jumaat esok.nak relex bersama family=)

arinie takder entri gambar.
kosong2..blurr jap
tu tah ape2 ku bebel.haha

korang??buat apertu??

eczema oh eczema

malam tadi sofia tak dapat tido sbb penyakit gatal2 dier.sian merah satu badan.dah nampak terbakar.

mummy ada singgah ke blog

n ada gak tanya2 produk yang sesuai.yang buat mummy tertarik adalah pada 2 produknie.

BASIC H
nielah rupanya
katanya ada 1001 kegunaan.mummy tertarik ngan testimoninya

n mummy gak ngah carik2 pencuci "cloth diapers"n "baju2 merah n sofia" so mummy tgk testimoni nie

banyak lagi kegunaannya

So disebabkan baca testimoni yang mengujakan mummy nak try guna tok eczema sofia.tak tahan tgk dia sik menggaru n jadi marah dia bila gatal2.

satu lagi produk yang mummy nak try guna n dah beli..


HERBA BLEND

n juga mcm sesuai untuk eczema.pun suka ngan testimoninya
dan 

mummy harap 2,2 produknie dapat membantu mengurangkan sakit sofia.ameen

marah dalam hati

salam rabu semua.kejapjer dah rabu..nie mummy nak cerita pasal semalam.semalamkan selasa..kat pjayanie ada pasar tani,..

ngah jalan2 carik lauk berpimpin tangan ngan hubby sambil mata meliar dok carik aper nak masak mummy kata "bie arinie kita beli lauk biasa2 jer ek."
bukan aper takut dia nak makan belut lagi.hahaha

lepas beli lauk basah mcm ayam,ikan,sayur2 hubby kata"jom kita g tgk makanan siap plaklah"kot2 leh beli pape.."
sedang pilih2 buah2 mummy nampak sorang pompuan ngah preggy.
anak dia ramai dalam 4org masuk dalam perut.muka dia masam kelat.

masanie kami kat tempat ayam "uncle bob"ramai org beratur nak beli ayam2.aper tah istemewa sangat.mummy dekat2 situ kat gerai buah..mummy tgk anak2 pompuan yang preggy2 kata

"mama...mama..nak ayam nak ayam jugak"
pompuan2 wat donno jerk.(wat tak tahu)
pastu budak2 cakap lagi.mama nak ayam sambil2 entak2 kaki n goyang2 badan.

sampai 3,4 kali budak2 merengek2 sbb belum turn lagi pun nak beli ayam..pompuan preggytu pun kata.

"BODOH KAU!!TAK PAHAM BAHASAKER?AKU CAKAP NANTI..NANTILAH.KAN RAMAI ORGNIE??''
sambil dia maki2 sambil tangan dia tunjal2 kepala anak2 dia yang merengek2..

aduyai sesungguhnya aku sedih tgk.sebagai sorang ibu perbuatan mcm2 aku tak leh terima!cubalah diplomasi cket kata mcm nie
"sayang...ayam2 ngah goreng..pakcik2 tgk..tgk..kesian dia berpeluh2 goreng ayam"nnt upin ipin kata "sabar sabar sabar"
takpun kata mcm nie"sayang..kejapjerlagi kita makan..nie nnt mummy beli banyak2 kita makan kay"panaslagi ayam2 nnt sakit mulut makan=)

kalau koranglah jumpa mak mcm nie mesti anggap mcm mak tirijer dia nie..dahlah marh anak pastu siap sekel2 lagi kepala anak.astagfirullah al azim.manalah sifat sabar n lembut sorang ibu??


pada 2 anak2 mummy..mummy harap dapat jadi ibu yang lebih berdiplomasi tetapi tegas pd u all berdua..n ibu2 kat luar jangan kita buat mcm pompuan td.dahlah mengandung.maybe dia agak tertekan sbb letih n tanpa suami disisi menolong.tapi apapun anak2 jgn dimaki2 mcm2 n harus lebih sabar.

bila tgk muka anak2 dia mummy jadi sebak.apelah yang mereka tahu=(

menangis konon!

first time in my life aku ketawa bila tgk org nanges..
mana taknya nampak buruklah bila yang nanges2 LELAKI..

takpelah lain kali nnt kita lawan lagi
sekarang garuda sudah MENYEPI=)
hikhik makcik suka sangat bila harimau tetap tunjuk GIGI!

cayalah malaysia buat ku sekeluarga tengok tv BERDIRI
melompat2 entah berapa KALI.

so INDONESIA hari semalam hari MALAYSIA lagi SEKALI!
so kalau jumpa lagi pasnie haruslah nanges2 agi..
hehe jahat lorrr

pada skuad MALAYSIA.SYABAS!!

Puas ati wa cakap lu=)

Jom join masterchef malaysia.


Nak masak aper arinie kengkawan..ermm


kay siapkan bahan2 dululah=)


mummy masak telurlah ek.senang cket=)


alamak banyak plak pinggan mangkuk kat singkinie=(


sekali jumpa masterchef lain jugak."nak masak aper ek merah?"


ok tinggal pemanis mulut jer nak buatnie




khusyuk btl dia memasak=)


dah bleh makan mcm2 merah masak nie=)



last sekali penat..jemput minum susu dulu=)

menu tengahari jumaat 18/11/2011

Memang setiap hari jumaat opis rehat lama.kul12 keluar kul 3 masuk selalunya.so memang mummy akan balik umah masak.sebb hubby suka pas solat jumaat balik umah makan.

sesampai jer kat umah terus menuju dapur tgk ape nak masak.selalu adik ipar yang keje kat pjaya jugak tapi tinggal kl mmg singgah makan kat umah.so lagi seronok nak masak.

so menu tengaharinie

ulam pak raja ngan si timun.makan ngan "budu"hikhik.hubby suka makan ulam2 ngan budu.nie selalu menu wajib.


nielah budu letak tempoyak sikit n cili n asam.perah asam mmg menjilat jari...


menu selamat iaitu lauk goreng2.nie ayam goreng.upin ipin suka=)


adusss tak bleh nak join master chef nie=)presentation tak comel langsung..hikhik.tapi warna warni ada.nie sup cendawan n bebola ikan ala thai.hehe.

nie plak ikan talapia masak sweet sour=)ermm shedap..

*so mummy dah siap semua n kemas cket umah.tgk2 jam dah kul 1.45 petang.nak g solat dulu.

pas solat zohor mummy sepantas kilat mop lantai n sapu2 umah cket mana sempat sbb takut ada habuk.nnt sofia gatal2 plak kalau balik petang nie.hasilnya...

so mummypun berangkat ke nursery sofia.bawah jer umah sambil tunggu hubby n adik ipar balik makan..

sebelum melangkah tutup dulu hidangan mcm nie


ok.nursery sofia bawah umah jerk=)senangkan.amek dia bawak naik atas umah n bf kan dia.sambil2 hubby n adik ipar makan mummy susukan sofia sampai dia tido.letak kejap mummypun makan jugak.pas settle semua jam3 g opis semula=)sofia?hantar ke nursery semulalah=)

sofia oh sofia

pagi tadi jam 4 am mummy bau mcm darah
bangun2 tgk YA ALLAH berdarah2 kepala sofia.dia gatal ekceli so garu2.dah pakaikan sarung tang dicabutnya..

mummy tak tahan tgk sofia garu2.walaupun kuku pendek still luka.
dah3x bawak jumpa doktr n lastly jumpa doktr kali ke 4 n dokter gtau sofia kena eczema.

sedih mummy sbb mmg bawah leher..kepala..kat bawah peha,pelipat2 tangan bontot mmg semua merah.tapi sofia budak baik tak nanges.

bila doktr bg pelembab n h-cord untuk kulit baru ok.n mummy ngan google2 carik info ttg eczema.u all kalau tahu leh share2 kay.

mmg skang mummy tak mandikan dia ngan sebarang sabun..ngah survey mana yang bleh try n selamat guna.bedak??big no no kay mmg elergic.yang sedih dok kata sofia mcm pakage kena selesma mmg kerap,bleh dapat lelah,alergic ngan makanan n habuk.n bila2 eczema akan datang n takkan pulih sentiasa.mmg selalu kena gatal2

so banyak perkara yang kena jaga.kebersihan selalunya..mcm umah banyak sangat habuk.kena pasang aircond.tp takut dia lelah plak n selesma.aduss mmg mencabar yang sorang nie.

u all yang mana2 ada info eczema bleh kongsi ngan mummy k

geli geleman!!

aduss keja yang amat banyak.petang baru leh bersiaran=)

nie alkisah cerita semalam.semalam kat putrajaya ada pasar tani.mcm biasa mummy n hubby g carik lauk basah kat pasar..

tetiba hubby ada cakap satu benda yang buat mummy jd seram sejuk.hikhik..

kenaltak menatang apernie??

hubby kata mcm nie "yang..bie rasa nak makan belutlah.."
tetiba ada angin masuk dalam perut n lalu kat esofagus n mata plak mcm nak terjojol keluar..

alahai sang suami dah nak makan plak..so mmg ada satu gerai jual ikan sungai.mmg favret kami g beli ikan sungai kat situ.n adalah jual belut.

"yang..blehker yang masak sup belut??wahh masatuh rasa mcm kena hempap ngan batu besar..den ker nak keno masak bang oii??huhu goli dah masa tuh=)"

pastu ngan banganya mummy jawap..."erm oklah kot tapi beli sekorlah dul ek"bila si penjualtuh angkat belut dalam tong..mak aiii panjang mcm ularrr..psssst pssst.takotnyer n gelinyer..

hubby kata lagi"bang potong kecik2 ek."
abangtuh plak ngan bangganya kata"nak kepala tak?"
biar betul mamat penjualnie.buangjerlah kepala tuh n potong kecik2 taklah takot sangat rupanyer.
"aah bang buang kepala cian kat wife saya dah berdiri bulu roma nengok"huhu..

so balik malam2 mummy buat sup mcm sup ikanlah.bila time nak rasa tuh mummy panggil hubby rasa.idaklah den nak rasa.taubat!terbayang2 masa penjualtuh angkat!

"yang...sedap bangat"=)hehe akupun aperlagi sengih kambing...nak jugak merasa belut tuh tapi tekak still kembang..lastly hubby makan sorang jew.oklah janji hubby suka.mummy makan ikan lain bukan belut wokey=)

sori takder gambar den masak sbb masa geli geleman2 tak ingan nak snap gambar.semua dah masuk dalam mulut hubby..

korang makan belut tak??
huhu

aduh hai


adeh adeh patoh kaki den..nih hah dok ngah syok pump2 susu tetiba tempat betri takleh guna.

test2 guna plug pulak pun slowlah suctionnya.minggunie kena alik melakalah plak amek pump ganti dr "ajasu" mybreastpumpshop.com
mujur bleh dapat pump ganti.

so minggunie tercungap2lah mengepump sbb slow suctionnya=(sabarjerlah.cabaran mmg ado jerk.


*lagi rasa nk hantuk kpla kt dinding..haha bila ngah pump2 tetiba susu msuk tiub n terus ke motor..waaa jgn lh rosak dlu pump seblum den antr g serbis..huhu nasib2.

kejo kejo

"bekejo lah kita sekueknyo..bokojo bekojo.."hehe..otak dah ting tong..malas nak berentry sbb nak settle kejo dulu..

korang ngah watper skang?hehe
jo lagi mummy pi lawat noo

mummy kerja rajin2 nnt bleh bawak merah n baby makan angin=)hikhik

kembali=)

selamat pagi semua=)tq pd yang sudi jengah mummy kat cnie even mummy tak ada entry baru..

bukan aper mood nak bercuti masih ada.cuti di kelantan disamping melayan demam anak2.kan merah cirit birit n muntah.dia kena keracunan makanan seminggu.tak mau makan n menyusu sampai naik kurus.tapi kami tetap balik ke kelantan.

perjalanan balik tuh mmg mencabar sepanjang idup.sik2 berhenti2jer.adalah dekat 10 kali kami berhenti sbb merah berak2 n muntah.bau dalam kereta jgn cakaplah.sampai kampung dah pagi kul 1.00.dengan jem lagi mmg menyiksa n memenatkan=(

tapi bila ke hospital n masuk air,semuanya dah okey=)n mummy g kerja mcm biasa.now bz mcm biasa.tak sempat lagi nak jenguk kengkawan.arinie insyaallah mummy jenguk..ok

merah kembali sihat.n selepas sihat semakin kuat makan.berselera jer dari jam ker jam.seronok mummy masak tuk dia=)tq pada rakan2 yang doakan merah kay=)sayang u all=)

Sakit.

minggunie memang mencabar buat mummy.dengan kerja yang melambak n diujin ngan kesihatan keluarga yang pas sorang sorang deman n tak sihat n susu badanpun merudum jatuh disebabkan tensen itu..

semalam amek merah kar nursery dia balik makanpun tak mau.minum blehlah cket2 n dok merengek jer.tak macam biasa dia suka main2 n lompat2.semalam balik menanges n nampak gelisah..

amek kau!pas jer malam dia tak berhenti2 berak cirit n mumtah2.semalamjer lebih10 kali sampai pagi kul 3am dah tak tahan tgk dia kami g klinik 24jam.

baby sofiapun tak selesa dengan demam yang belum kebah n selesma.tak bleh tinggal sik nak dukungjer.mummy kesian tgk merah.mummy sesekali letak2 sofia tuk urut2 belakang merah bila dia muntah..abes rumah muntah sana sini tak sempat nak bersih..

yang lebih sadis hubbypun demam panas n tak larat nak bangun..mmg kesian tgk anak2 mummy..pg nie masuk opis lambat cket n hubbypun cuti jaga merah n diapun nak rehat.

tak keruan mummy dekat opis dah semuanya sakit=(sib Allah masih bg kesihatan pd mummy..harapm mummy kuat handle merah sofia n papa.

tghari nak alik sekejap jenguk dorg.td col hubby tak angkat.merah2 sampai longlai.selidik2 mmg keracunan makanan kat nursey sbb ada gak beberapa budak mcm merah yang kena..aduyai..sabar2

operate mata!biar benar...

gambar atah ikhsan cik google.arinie nak mengeluh ttg spek mummy.sapi spek mummy xdok bingkai.speknie dah bape x patah..nie masuk ke 6 kali..

tapi kalinie idakleh patoh cumenyer teman kena baiki sbb dah bercalar2.datang mek merah dengan bangganya mehasilkan seni torehan di sebelah kiri spek mummy dengan pen..dah bercalar2.tulah masa wat tak mau beli cermin mahai cet yg anti calar..

udahnyer aku kena tukar spek sebelah kiri.mummy pakai spek dr drjah 6 lagi..tapi sik tak pakai naek rabun.skang power dah 400++.kalau takdo spek mcm butoo jade den ni hah!so pk gak 10 kali nak g betulkan sb mesti sehari dua baru siap.
takleh nak pai sbb mek merah dah calarkan.bila pakai naek ponong palo den nampak yang calar balarjer.cakap kt hubby kata operate lah mato bg nampak takpyh pakai spek..

bushh bushh sabarjerlah haku!tapi alangkah baik kalau dr dulu jaga mato ni hah.tak pyah pakai spek..

terkena sudah..


pg2 buka pc dpt tag dr intanberlian.so nk settle tag dulu..tp tagnie ada lak syarat..syaratnya

syaratnya
1.kena jawab 11 perkara yg ditanya oleh si pengetag.
2.pastu lepas dah jwb 11 soklantuh buat plak 11 soklan lain untuk orang yg nk kena tag plak
3.pilih 11 org yang nk kena tag n linkkan perkra yg di post
4.g blog dorg n gtau anda tlh di tag
5.tak bleh tag kembali.tag org yg sama di tag


okey..11 soklan dr intan berlian
  
apa makanan pertama yang dimasak utk hubby selepas bergelar isteri.
*ikan siakap masak stim dengan sayur sayuran hijau yang berkhasiat=)ikan siakap yang sangat besar..huhu.*

makanan yang u all masak yang menjadi kegemaran hubby u all(bg resipi sekali)
*makanan daging masak lada hitam*
resipi:
ptong daging kecik n nipis2.perap ngan lada hitam.
tumis bawang putih n bawang merah beberapa biji.
naek bau bawang masuk daging masuk jugak lada hitam yang ditumbuk segenggam.masak beberapa minit.
letak bawang besar(holand)1 bijik.racik2 halus.
pastuh letak sos cili,tomato,kicap n sos tiram.semua letak sikit2lah.pandai2lah=)
lastly letak daun sup n daun bawang=)siap.kalau nak letak garam gula ikutlah tp mummy tak letak sb dah ada sos.

3.5 perangai u all yang buat hubby tertawan n kawan2 u all pun heppi ngan perangai u all tu.
*happy go lucky*
*easy going*(aperpun tak kisah punyer)
*peramah*
*penyayang*
*kelakar*

4.lepas kawin u all duk ngan family/mertua/berdua ngan hubby
*berdua ngan hubby*

5.Detik2 perkenalan u all ngan hubby
*kami satu opis.dia pegawai atasan mummy n satu seksyen yang sama.masa memula masuk opis 2006 mummy tak selalu nampak dia kat bilik.kdg2jer nampak.dia selalu keja luar.adalah sekali nampak.mummy ngan dia wat derk jerk.ingat dia tegas n garang.n dah kawin.rupanya belum.dia tnya nama penuh mummy kat sorang staff.akak tuh.akaktuh kmdian nak g umrah n hubby mintak doakan dia n mummym ada jodoh depan kabbah.mummy taupun drp akak tuh.hubby tak citer..

kami kenal2 lepastuh dia ajar g makan jer.pastu antr pinangan terus sbb dia dah berumur dr mummy.takmau lelama.n 6 bulan pastuh kami bernikah=)

6.siapa bagi nama anak2.hubby atau u all?
nama anak2 kami berdua yang pilih.sama2.nurul humairah sejak lahir merah warna kulitnya.so kami bg nama tuh.sofia maisarah sejak lahir n dalam oantang tak banyak ragam.dok diam jer.tido.n bila pandang tenangjer.sbb tuh bg nama maisarah maksud ketenangan.sofia maksud cerdik..sbb mata dia nampak cerdik

7.kemanakah destinasi u all nak pergi lagi sekali ngan hubby?
*sabah*
*makkah*

8.antara u all ngan hubby mana lebih romantik?
dr segi perbuatan mcm bagi brg,sentuhan,mimik muka..hubby
dr segi lisan mummy lah=)

9.apa harapan u all utk anak2 u all
*harapan mummy mestilah yang terbaik buat mereka.ttg kerjaya mummy ikutjer apa minat merika janji tak lari dr akidah.janji paling penting mereka diberi kesihatan yang baik,ceria n bahagia..n mereka tak lupa jaga akidah n akhlak mereka sbg khalifah Allah.

10.Bagaimana u all mendidik anak2
sekarangnie dengan contoh melalui teladan bukan ngan kemarahan kekusutan n kekecohan.relex jer cakap ngan perlahan,

sekarang merah n sofia kecik lagi.merah baru 2tahun++ so mummy banyak curahkan kasih sayang pd mereka.peluk n cium n puji2an.cakap betapa sayang kami pada mereka satu kemestian sebelum tido.

11.anak2 ikut perangai u all atau hubby?
merah ikut mummy-agresive,friendly,suka gelak,aktive bermain2,talkative,suka perhatian,kuat merajuk,kalut cket..hehe

sofia ikut hubby..agak pendiam.senyumjer lebih..tak suka nanges,bleh biarkan sendiri tak nanges asal nampak mummy..tak perlu berdukung bila nak tido.diamjer bila demampun tak merengek.tenang.

k settle kay..skang 11 soklan dr mummy lak

1.nama penuh u all n hobi u all masa lapang
2.kalau dapat hadiah,antara duit ngan barang mana korang paling suka?kenapa?
3.teringin nak bercuti kat mana?
4.cara korang lepaskan tension
5.makanan kegemaran korang
6.hadiah yang paling bermakna yang org tersayang kasi kat korang..tak kisah janji org yang ko sayang.mak ayahpun ok.
7.bahagiakah korang dengan kerja korang skang?kenapa?kalau takpun kenapa?
8.rumah n kereta idaman korang yang mcm mana?
9.matlamat idup korang
10.antara mulut ngan tekak korang pilih yang mana.tekak korang ikut selera n ada makan pilihan..perut korang belasah jermakan aper jer sb lapar.?kenapa korang buat pilihan tuh?
11.dulu masa sekolah korang suka subjek aper?nape korang suka subjek tuh?

*u all jawab 11 soklan dr mummy kay..nak tag 11 orang
1.lya
2.mama adam(annie)
3.amy lee
4.huda
5.pap mifz
6.mata hati
7.budak penjara
8.wahida
9.fadzli amir
10.isebelle
11.gen2 merah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in