AISYAH KHADEEJA.





Haii Semua.
Nama kita Aisyah Khadeeja. Anak number tiga mummyrina.
lamanya mommy tak coret dalam blog mommy ni haa. berhabukk sungguh ditinggalkan bertahun tahun.


Anak solehah Baby Khadeeja nama diberi
Jarak umur 8 tahun dengan anak solehah kakak Sofia Maisarah. So kakak kakak memang menanti kan kehadiran baby baru. Tak kisahpun jantina janji sihat walafiat. Sekarang baby Khadeeja dah 4 bulan.




mommyrina rindu sungguh nak berblog. So kita akan sharekan serba sedikit perkembangan awal kanak kanak Aisyah Khadeeja. semoga perkongsian mommy bermanfaat! 

So harini kita kenalkan diri dulu okeyy.


Anak solehah kakak humaira sangat sayangkan adik dia. sampai dia berborak ngan mommy macam ni :

Kak yah : mommy, adik ecah ni cepat sangat dia besar. Boleh tak kalu dia tak besar2?

Mommy: lahh dia kenalah besar dah minum susu cap gantong mommy. Kalu tak besar risaulah pulak

Kak yah : kenapa risau. Biarlah dia mcm ni je kak yah suka.

Mommy: Tokleh dia kena besar. Macam mana dia nak sekolah nanti.

Kak yah : okey kalu macam tu mommy takyah bagi susu mommy. Biar dia tak besoo. Atau ada imunisasi boleh cocok bg dia kecikje mcm skangni. 😩😩

Terkelip kelip mata mommy layan awokk ni kakak. Tak tahu nak husnuzon ke nak tergelak ke. Macam mendera cara halus pun hado aihh


DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK.




DOA-DOA DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK.

1. Supaya anak-anak pandai belajar :

Baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa.

2. Sewaktu anak-anak bergaduh :

Baca surah Al-Baqarah ayat 102.

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran :

Baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.

4. Anak-anak malas ke sekolah :

Baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5. Anak-anak yang suka keluar malam :

Baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

InshaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

@kitabdoa 📚📚📚

Silakan SHARE jika bermanfaat .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in