Rindunya pada arwah...abah..

Dikala aku menaip entri ini..
kesedihan meneliputi seluruh jiwa dan raga..
hari ini seminggu abah meninggalkan kami sekeluarga..
ingat lagi abah menghembuskan nafasnya yang akhir di
Hospital Besar Melaka hari Rabu
14 muharam 1434 hijrah..

aku dapat panggilan jam 5 petang drp angah
"along doctor beritahu abah dah coma..dia suruh kita siap sedia..tapi mcm mana pun dia cuba buat CPR"..kami masih berharap..aku kelam kabut mengemas pakaian kami sekeluarga..
tiada apa di minda melainkan terbayang wajah insan paling aku sayang n hormati selalu..

kami bertolak setelah solat isya'..tapi ralat sebab dlam perjalanan di highway aku terima panggilan dr erin adik num 3 kata abah telah tiada..Allah telah ambil abah...luruh jantung saat itu..Ya Allah betapa cepatnya kau ambil abahku..sejuk seluruh tubuh..

aku tak terus ke hospital sbb dimaklumkan jenazah dibawa terus ke rumah...aku sampai rumah menanti dengan penuh kepedihan van jenazah..bila sampai jam 11 malam aku rasa tak kuat...rasa nak tumbah..tak pernah dalam hidup rasa sedih sebergini...hanya abah sorang lelaki dalam keluarga..semua urusan walaupun memasak dan menjahit abah tahu lakukan..

abah seorang yang suka mengusik..buat orang sekeliling senang dengan dia..tapak dialisis yang terakhir didada dia telah dijangkiti kuman.hari jumaat sebelumnya abah demam panas..isnin dia warded..mama jaga di ward 2 malam..rabu mama balik rumah sekejab dan abah pesan nak makan bubur mama masak..jam 6 petang mama g semula hospital..kebetulan jam 5 orang hospital telefon kata abah dah coma dan ada darah beku didalam kepala..darah beku yang banyak dan split..

jam 10.25 malam hari Rabu, abah kembali di sisi Allah..
semua wayar2 di badan dibuka..masa di hospital aku tiada masih dalam perjalanan..

Masa jenazah abah sampai...aku memangis semahu mahunya.Bergetar lutut n rasa tak mampu untuk berdiri tatkala Jenazah di usung keluar dr wan Jenazah=(.ku lihat wajah yang putih bersih seolah-olah tersenyum pada kami..tenangjer wajah abah..sangat bersih..ada sedikit darah tempat tebuk di dada keluar..lemah longlai tubuh..mujur anak2 dah tido kecuali merah..aku biarkan dia di rumah jiran..malamtuh aku sedekahkan yassin kepada arwah..bacaan yassin yang selalu abah baca bila selesai solat..Ku peluk Jenazah abah seeratnya macam selalu ketika kami berjumpa..

Aku bertekad untuk pengkebumian n urusan jenazah abah esok hari aku terlibat..bermula dari mandikan jenazah aku sebagai kakak sulung aku harus kuat..hanya aku perempuan bersama2 menantu 3 orang dan beberapa orang2 surau membantu ku memandikan abah..bermula daripada kaki sehingga segenap tubuhnya..ku sirami abah dengan sebaiknya...kakinya ku siram dan ku gosok...kaki yang pergi mencari rezeki untuk kami anak-anak nya..ku siram tangan,tangan yang memberi makan pada kami sehingga kami bernikah..ku siram mukanya yang suci..dahinya yang memerah keringan untuk kami sekeluarga..abah tak pernah merungut walau sedikit membesarkan kami adik beradik..hanya dia seorang lelaki dalam keluarga..betapa terasa kehilangannya..celah2 tangannya ku basuh,ku gosok dengan penuh lembut sepertimana usapan di kepala ku yang biasa abah lakukan bila aku sedih..walaupun abah dah pergi tapi tangannya tidak sekeras ku sangka..walaupun dia dah tiada tapi jari jemarinya senang dibersihkan.Inilah tangan yang suka memasak bila anak2nya pulang ke rumah..Tidak pernah lupa memasak lauk pauk kegemaran kami..Aku asam pedas ikan sembilang.jaja ikan belanak,erin ikan gelama n ain ikan pari..ku teruskan memandikanmu.ku amik putik kapas bersihkan celah2 kuku,gigi dan telinga.setelah sampai air di muka ku tenung wajah abah...inilah insan yang menjagaku..inilah insan yang membesarkan ku sehingga aku berkahwin..besar sungguh pengorbananmu abah..terima kasih..terima kasih abah...
Terima kasih Allah atas pinjaman sementara ini..Terima kasih atas pinjaman yang begitu berharga buat aku.Seorang yang bergelar A.Y.A.H...

Alhamdulillah mandi jenazah diakhiri dengan siraman kapur barus..wangian kapur barus membuat aku lagi sedih.,.tak tertahan hiba nak ku tangung..selepas mandi abah kelihatan sangat bersih..luka didada berhenti selepas selesai mandi..alhamdulillah Ya Allah abah kelihatan sangat2 tenang..kami angkat abah dengan berhati-hati untuk dikafankan..

bila kafan abah masih lagi kelihatan tenang..wangi wangian (minyak atar dipakaikan)..alhamdulillah..abah nampak keciljer bila dikafankan..

ramai sangat orang yang datang ziarah abah..penuh rumah..selesai semuanya kami solat jenazah..kami berdoa dan bersembahyang untuk penghormatan terakhir..rasa sebak yang tak terhingga..perit sungguh kehilangan abah..Sungguh tak pernah daku merasa kehilangan orang tersayang..

setelah itu kami melihat abah pergi..setelah cium abah beberapa kali walalupun tak puas tapi ku relakan dikau pergi.Sejuk betul muka abah macam air batu..wangi wajahnya macam selalu=).Allahuakbar dugaan apa kau beri..sakit sungguh rasa dada..abah dibawa pergi..lemah longlai lutut menahan sebak..terasa nak rebah..ku lihat mama hampir terduduk..ku harus kuat demi mama..kami adik beradik harus kuat..

kami iringi abah hingga ke kubur..abah di semadikan di melaka..tanah perkuburan dekat dengan rumah kami..selesai semua talkin di bacakan..masa tanah di letakkan di pusara abah mmg ku rasa sedih sangat nak merelakan abah pergi takkan kembali..
Saat ini adalah yang terakhir kalinya..Aku takkan dapat melihat wajah abah lagi..hanya kenangan abah yang masih kekal..

Abah semoga abah tenang di sana setenang apa yang kami semua nampak semasa kau terbaring kaku..biarlah kau pergi daripada menanggung kesakitan melawan penyakit..
abah menghidap penyakit buah pinggang bermula drp tumbuhnya batu karang dalam buah pinggangnya..sehinggalah bulan 12.2011 dia terpaksa buat dialisis kerana 2,2 buah pinggang tidak berfungsi..

start selepas raya haji lepas dapat satu2 nya cucu lelaki impian abah..abah keluar masuk hospital krn darah asyik blocking bila buat dialisis..sampailah nyawanya yang terakhir..2 minggu sebelum abah pergi..dia nampak sihat dan ceria..tapi aku dah rasa bila dia memelukku dengan erat2 ketika jumpa kali yang terakhir...

abah...
sungguh rindu dengan jenaka mu..
saat ini hanya doa dapat ku panjatkan supaya kau aman bersemadi disana..
Alhamdulillah kenduru tahlil 3 hari dah selamat kami buat.,.mama memang longlai nak pegang senduk utk masak.aku gagahkan diri aku buat tahlil abah..alhamdulillah ramainya yang sudi datang mendoakan..

pada rakan2 blog maaf sekiranya tak membalas msg..kerana hingga saat ini emosi sedih masih menyelubungi..insyaallah akan beransur pulih nanti..terima kasih kepada yang sudi bertanyakan kabar..yang sudi sedekahkan Al-fatihah untuk arwah

banyak sebenarnya signal sebelum arwah pergi..akan aku ceritakan bila dah sedia nanti..sekarang hanya mama yang ku ada..kan ku jaga mama sepenuh hati aku..seperti yang abah pesan..

Al-Fatihah untuk abah
yang ku sayang sampai bila-bila..
moga Allah memberikanmu syurga..
Moga abah dapat keluarga yang lebih bagus disana,rumah yang lebih luas dari dunia..



abah yang romantik orangnya..
orang yang kelakar juga=)
dia pergi masa umurnya 59 tahun..

Aku ada gambar abah semuanya..
dari start jenazah sampai sehinggalah dia dimakamkan..
hanya itu lah memori terakhir bersamanya..
sungguh tenang wajahnya..bersih dan suci..alhamdulillah..

Windows 8

Sticky Post sehingga 2 december 2012
Scroll Down for new entry


Assalammualaikum semua..
Salam pagi Selasa=)


Alhamdulillah blog "My Little Honeydew" sekali lagi dapat Buffered Earning (BE) dari Nuffnang..Kali ni daripada "Microsof Window 8"

Bagi sesiapa yang dah bosan dengan Operating Sistem (OS) yang lama bolehlah berjinak-jinak beralih kepada Operating Sistem yang baru.Peka dengan keperluan pengguna yang nakkan sesuatu yang baru ni,pihak microsof telah melancarkan "WINDOW 8" baru-baru ini secara rasmi pada 26 oktober 2012


Sistem operasi milik Microsof nie hadir dalam 3 versi iaitu
window 8
window 8 pro dan
window 8 RT

microsof berani bagi jaminan kat pengguna2 nya pengalaman yang sama semasa menggunakan dekstop,lappy,tablet ataupun smartphone(wah smartphonepun buleh guna).try pulak imagine walaupun kita gunakan pc atau lappy kita mcm guna smartphone jer gamaknya..ehehehe

Dalam sistem window 8 nie,korang boleh memilih cara berinteraksi sama ada menggunakan mouse(tetikus) macam biasa,menggunakan jari jemari mcm cara sekarangnie,ataupun dengan menggunakan pen.


Antara kelebihan2nya:

Penampilan Lebih Dinamik
sama dengan smartphone dan tablet,komputer yang menggunakan aplikasi window 8 dilengkapi dengan fungsi notifikasi dan informasi terkini melalui akaun kita di dunia maya.Contohnya inbox mail.Selain itu kita juga dihubungkan secara automatik dengan website penyimpanan data milik window skydrive

Sistem Pencarian Data Lebih Universal.
Kita lebih midah akses data yang kita mahu/inginkan.Hanya taipjer data di tampilan awal terus muncul beberapa pilihan data yang berkaitan.

Banyak dan Mudah mencari Aplikasi Terbaru
Boleh memuat turun dengan mudah aplikasi2 terbaru samaada tersedia ada atau aplikasi tambahan.Aplikasi task manager juga diperbaharui untuk penggunaan yang lebih cekap dan pantas

Mempunyai proses but komputer yang lebih cekap,cepat dan selamat.

Ketik atau klik untuk menonton video mengenai jubin pada skrin Mula
Skrin mula yang lebih menarik dan friendly..

penggunaan multi-monitor bagi komputer yang lebih cekap,fleksible dan informatif berbanding sistem operasi sebelum ini (window 7 dan sebelumnya)

penggunaan aplikasi window to go untuk mencapai sistem window 8 di mana2 oleh mana2 peralatan yang dibenarkan cth pemacu usb dalam sistem window 7 dan sebagainya.


banyak lagi sebenarnya yang menarik tentang microsof window 8 nie..nnt u all klik terus di laman web nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in