Tanda-tanda yang jelas pemergian Ayahnda tercinta

Astagfirullah Al Azim...
Hari ini masuk minggu ke 4 arwah ayahnda tercinta
Abd Halim Bin Hj Abd Rahman kembali ke pangkuan ilahi..
Sehingga hari ini daku masih rasa dia adajer di rumah =(

Tapi nak buat cammana kuasa Allah dan rahsia kematian mmg kita tidak tahu..Walaupun sihat tapi kalau dah sampai janji kita kembali padaNya tetap tak boleh disangkal lagi..
Hanya amalan yang dibawa bersama..

Abah...
Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa jua..
Along akan sentiasa doakan abah supaya 
Allah melindungi abah di sana
Supaya abah diberi keluarga yang lebih baik drp dunia
Semoga diberi rumah yang lebih luas drp dunia..
Semoga ditempatkan di kalangan mereka2 yang beriman..
Semoga ditempatkan di jannah Allah...amin

sebelum pemergian arwah..sebenarnya memang banyak tanda2 yang kami keluarga sedari dan tidak sedari..yang kami sedari tuh kami cuma tuk menyangkalnya supaya tidak berlaku apa2 kepada abah tapi ternyata ianya berlaku..

semuanya kelihatan jelas semasa 100 hari sebelum abah pergi..
iaitu raya haji bulan oktober 2012
semasa nie abah dah masuk icu sbb dia ada paru2 berair.berikutan kerosakan buah pinggang dia tak bleh minum banyak air tapi hari sebelum tuh dia minum 3 gelas air tembikai laici masa bersama adik yang num 3..

pastu hari yang sama selepas 1 hari raya haji adik num 2 bersalin anak sulung dia..
Allah maha kuasa krn bagi baby boy setelah 2 tahun dia kahwin takda anak.kebetulan dlm keluarga kami hanya arwah abag jejaka lain semuanya wanita..sbb tuh bila dia pergi btul2 meninggalkan kesan..

PERTAMA
Dengan takdir allah dia ok dan walaupun dah pindah ward biasa dia still kena pantau.abah gtahu mama dia nak juga tgk jaja(adik num 2)
bila pak guard tak kasi dia merayu2 supaya bleh masuk n kata
"bolehlah tak tahu bila lagi bleh tgk satu2nya cucu lelaki saya.."
pak guard kesian diapun kasi..
keluar air mata gembira dia mencium2 baby aiman =(

KEDUA
selepas boleh balik ke rumah dia buat tapak semula di leher di HKL.so g lah umah adik num 3 erin..
kat sana diapun tak bape sihat tapi erin minta dia buat gubahan bunga untuk letak kat tb 2 pasu (lupa nak snap masa g umah erin arituh)
erin minta dia buat lagi untuk meja makan plak 1 pasu.pastuh dia kata
"abah rasa tak sempatlah erin"erinpun taklah syak sbb ingatkan dia nak g hospital sangat dah..rupanya mmg takkan sempat abah buat gubahan bunga tuh..pastu pagi jam 5 pagi bertolak ke hkl buat tapak

KETIGA
masa kat hospital HKL dah buat tapak kat leher warded 1 hari.n masa kami g jenguk dia dia kata
"eh tali pinggang kesayangan abah nie dah tercabut kepala nyer..tamatlah riwayat tali pinggang abah nie"
memang lama tali pinggang tuh dia pakai..sedihlah masa ngah tulisnie tapi insyaallah ku teruskan menulis..
pastuh kami cakap "takper abah nanti kami ganti baru"
dia kata "takperlah abah tak perlu yang baru"..diapun senyum
Esoknya kamipun ambil abah n hantar ke melaka..

KEEMPAT
tapak kat leher mmg dia tak leh pakai lama.so dia kena buat kat celah kelangkang sementara waktu..seminggu di hospital melaka lepas tuh..mummy masakkan dia ikan haruan sup untuk dia pulihkan luka2 operation..diapun makan..Dia kata kat mama(masa nie mummy takder)
"pandai dah along masak.pasnie tak payah risau nak masakkan dia bila balik melaka nnt.dia masak dah mcm aku masak.sedap=)"
(mmg arwah pandai masak..semua yang dia masak sedap sangat)

pastu bila buat dialisis asyik jer semput bila balik..aku rasa adadah yang tak kena.mmg rasa tak sedapjer hatinie..sik tak cukup bekalau oksigen..tercungap2..Dari harituh kami satu family penuh kerisauan.

sampailah suatu hari dia masih di hospital melaka n kata abah g HKL semula kamis nie tapi takleh g sendiri.kena ambulan hantar..so aku n adik num 3 mmg ada d kl.kami tunggu abah di sana.dia buat tapak terakhir di dada..So mcm biasa kalau abah ke HKL kami akan temankan arwah di sana..

Wajahnya nampak tenang n bersahaja seolah2 gembira buat tapak di dada tapi ada dia bgtahu kat dada kiri tapak2 doktor kata memang berisiko sangat untuk dapat jangkitan kuman n bahaya sbb dekat ngan jantung n organ2 penting..Doktor kata boleh pakai 1 tahun pastu tansfer kat perut buat dialisis air..

KELIMA
masa nie abah sangat2 gembira..pastuh setelah 1 hari di ward HKL abah dibenarkan pulang...
masa pulang singgah solat semua di putrajaya..erin adik num 3 hantar abah alik melaka..masa nak alik aku masakkan dia.berselera sungguh dia makan..=)suka aku tgk..akupun bg lah 1 keping durian crepe.punyalah suka..dia kata
"SEDAPNYALAH HAI..MINTAK SATU LAGI LONG"
aku katalah mana bleh abah kena kawal makan
diapun cium2 tangan dia kata alahai nnt payahdah nak rasa nie..
akupun kata "takper sekali lagi balik along beli lagi kay"
rupanya mmg tak sempat dia makan=(

KEENAM
masa nie dia nak balik melakadah dr umah mummy d putrajaya.
dia kata..malasnya rasa nak balik tapi kena balik gak..dia mcm berat hati nak tinggalkan aku sekeluarga..aku tak ikut sbb rasa dah 3 minggu start raya haji dok ulang alik ke melaka..so erin hantar dia alik...masa nak alik dia sik jer pandang aku.aku perasan cara pandang dia lain.sayujer mata dia tgk aku..masa nak balik2 dia peluk aku erat2..
dia peluk cium aku,sofia n merah n nizam juga..sedihnya ketika merasai pelukan terakhir itu..
masa d lift nak turun ke bawah sofia n merah kejar dia nak ikut dia alik..dia pun kata
"dia tak bglah long abah pergi"
Itulah kali terakhir aku jumpa dia..aku tgk senyuman dia..
(aduhai masih tak tahan kesedihan..)
memang sofia nak berdukung jer dengan arwah masa tuh=)

KETUJUH
masa di melaka abah telefon minta aku balik melaka.tujuan suruh bawak alik buai aiman..
dia gaya jugak aku suruh balik akupun kata insyaallah akan balik hujung minggu..masatuh hari senin kalau tak silap..
dia kata dengan nada gurau "aliklah long tgk si aiman nak buai nie haa"lagipun abah cadang nak buat kenduri..
belakang umah mummy tuh dia ada bela angsa,itik dan ayam belanda.
"ko aliklah abah nak buat kenduri aiman nie...balik ajak erin sekali taw.balik sama2 jangan balik sorang2"
mcm tahu2 jer malaikat nak jemput sbb itu dia yang beriya bela semua binatang kat belakang rumah2 untuk buat kenduri tahlil dia nanti..

memang selalu 2,3 kali dia ingatkan supaya kami adik beradik balik sbb dia nak buat kenduri cucu lelaki dia aiman tetapi sudahnya "kenduri tahlil dia rupanya"punyalah sedih...tak pernah rasa sesedih ini sepanjang aku hidup=(

entah kenapa sebelum ini kami adik beradik n mama juga dapat rasakan yang dia btul2 nak pergi jauh tapi mulut kami semua terkunci..sebenarnya masih berharap supaya dia sihat suatu hari nanti..masih berharap..walaupun kami sedar bila dah dialisis memang ada risiko yang tinggi..

KELAPAN
masa dengan mama,mama juga ada sign yang dia nak pergi..
mama kata, abah kata
"siannya aku tgk ko yah..penat dah jaga aku,mana nak jaga jaja yang berpantang lagi,mana nak jaga nor nak periksa spm lagi"takperlah meh aku picit bg ko lega sikit..masa dia picit dia asyik tenung mama jer pastu kata
"yah..aku dah lega dah..anak2 semua dah kerja,kawin dan ada plak cucu perempuan n lelaki.dah puas aku..walaupun taklah kaya sangat tapi aku puas semua aku nak aku ada"
"meh sini dekat aku...aku nak peluk ko"
"sedapnya peluk ko nie yah...wangi"=)
mama rasa pelik sungguh abah sbb selalu dia tak cenggitu...kata2 dia mcm tersentuh hati..
masa minggu tu abah hari2 masa pagi2 abah bawak mama g makan kat luar.memang mama tak masak..dia spent waktu2 terakhir dia ngan mama..

KESEMBILAN
Dengan adik num 2 yang berpantang tuh dia kata, abah cerita kisah hidup dia..start dia kecik sampailah dia ada 3 org cucu..masa tuh lewat malam dah..jaja kata masa tuh dia hanya mendengar sahaja..n dia peluk plak jaja selepas tuh minta jaga aiman sebaik mungkin..

Itulah  tanda2 abah nak pergi ke pangkuan ilahi..
Allahuakbar Allah maha besar..sebenarnya mmg kami rasa dia nak pergi dah tapi seminggu sebelum dia pergi memanglah dia happy jer..makanpun lalu..3 hari (selasa) sebelum pergi dia dah takleh makan.berak2 muntah2..dia kata jer "sedapnya aku tgk air tuh tapi aku dah takleh makan minum dah.."

hari kamis jam 5 petang dia dah koma n ada pendarahan..sebelum tuh mama cerita masa pagi kamis dia berak2 n masatuh dia duk di wheel chair n minta mama bawak kuar ke tepi tingkap..dia pejam mata n cakap
"sejuknya angin pagi..sejuk dah pipi n muka aku...sedapnyalah angin pagi nie.."lama dia duduk tepi tingkap tuh n pastuh minta mama tolak ke ward..

lepastuh dia kata kat mama
"ko alik yah masakkan aku bubur.tekak aku pahit nak makan bubur je"
mamapun balik nak masak bubur..nak dijadikan cerita patut mama mari jam 1 petang waktu melawat tapi mama kepenatan n tertido.jam 6 baru keluar rumah..pastu pihak hospital call jaja kata abah dah koma jam 5 petang..itulah saat terakhir abah bersama semua org=(

mama memegang hp abah dengan erat di tangan sambil terkenang
dia kata kat jaja
"ja..ko tau mak ko niekan dah aim hp abahnie..dia nak pakai sbb hp dia rosak..abahpun nak beli hp baru dah..nak beli hp yang ada surah2 yang ada surah yassin..boleh hari2 abah dengar.."nie juga salah satu signal dr abah=(

pastu abah pergi jam 10.25 malam..hari kamis 15 muharram 1434 hijrah..wayar2 dicabut di badan..aku masih belum sampai..bila erin call kata abah dah takder..aku menangis semahu2nya..aku tak sempatlagi dah tgk dia senyum..walau hakikatnya dia meninggalkan kami dengan senyuman di bibir..aku menunggu kepulanan jenazah abah di rumah..aku kuatkan diri untuk turut sama menguruskan jenazah keesokan harinya..

Ya Allah kau tempatkan abahku di syurgamu..
Kau berikan semua kebaikan dia alam sana Ya Allah..
Padamu ku bermohon..
Amin..

44 sumpah ako sayang korang:

Deq's Qienz berkata...

maaf kak sya tak boleh teruskan bacaan saya..sedey sgt..smg roh abah akak dtmepaykan di kalangan org yg beriman.

Cikrosecute berkata...

Al-fatihah....Sedih pulak baca...

are_lin@yu berkata...

bertakung airmata baca entry nurul..subhanallah arwah abah nurul dah dpaat semua masa hayatnya..alhamdulillah...hadiahkan doa buat nya..al fatihah..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Ya Allah wani rasa sedih baca entry ni nurul..

semoga arwah ditempatkan dikalanga yg beriman..Al-Fatihah

nurul sabar yer

Mimie berkata...

Ya Allah...byknye petanda dan petunjuk yg dia nak pergi cuma kita nih kdg2 tak sedar kan

Chic Na berkata...

seriau je baca. sedih. kadang2 kita tak sedar tanda2 org yg nak tinggalkan kita. bila dah takde baru perasan kan.

Unknown berkata...

dari awal deqla bca smpai habis..sbb? mmg deqla nk tau sgt2 citer dari nurul ni...mmg betol org yg dah nk pegi mmg dah ada tanda2.. mcm arwah ayah deqla jgk dulu.. antaranya mlm dia nk pegi, dia mkn siput sedut sungguh2.. dah mcm lps tu x dpt mkn lagi..mcm arwah abah nurul la, ckp entah bile dpt mkn lg..hukhuk..mmg sedeh kan.. padahal arwah ayah deqla sihat2 je time tu.. dah nama ajal kan, x kira la kat mana dan keadaan apa pun, kalo dah Allah nk "panggil", Dia tetap akan "panggil"... apa yg mampu kita buat, sntiasa mendoakan arwah.. sdekah Al-fatihah slalu.. moga mereka tenang di sana.. amin...

Miss N™ berkata...

Al-fatihah..
Sedihnya nur baca...
tipu kalau nur kata nur tak nangis..huhuhuhu

Unknown berkata...

speechless.........
Kesan yg pertama ajer aku dah nangis!
Abah mmg tau dia nak pergi. Syukurlah, dia tahu dan dia bersedia untuk pergi dgn tenang..

Unknown berkata...

Kesan yg pertama ajer aku dah nanges!

Syukurlah abah tahu dia nak pergi dan dia rela pergi dgn tenang..

Speechless

Mama Amirul berkata...

Salam takziah....
Tak leh nak kata apa2...
Sedih sangat

Arina Shamsul berkata...

ALLAHUakhbar...

betul2 sedih baca entri ni dear..

Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan dkalangan orang2 yang beriman.Amin~

al-fatihah.

nanieydotcom berkata...

:( byk tanda2 tu. tersentuh sgt2 entri ni. Org ckp if kte nk pergi kte dpt rasa.

kinara kinatara berkata...

tabah ya kak..

insyaallah banyakkan berdoa untuk arwah

Unknown berkata...

al-fatihah....sedihnya........semoga arwah abah sis ditempatkan dikalangan para solihin.....

Unknown berkata...

al fatiha...sedih membaca ni..itulah hala tuju kehidupan kita, kematian itu pasti.

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ berkata...

sabar ea kak.. semoga arwah abah akak ditempatkan di kalangan orang yg beriman..amin

Kak iman berkata...

kak..iman baca imann try tahan air mata jatuh kt pipi tapi gagal akhrnya tumpah gak..smge arwah ditemptkan bersm glgn yg beriman dan beramal soleh

Unknown berkata...

sedih akak nurul..
sesungguhnya akak dah lalui dua kali pemergian org tersayang dalam masa sebulan satu hari je..sampai sekarang akak masih rindukan mak dan ayah akak..
harap nurul terus bersabar ye..
dan semoga doa nurul utk abah nurul tu dimakbulkan

intanfirdaus247 berkata...

Nurul. Al Fatihah buat abah nurul..kak intan tahu betapa sedihnnya hati nurul...sbb kak intan pernah alaminya..makan masa untuk pulih

JOZAN FC berkata...

sedih baca..salam takziah yer..

Nyue berkata...

sedey sgt2 baca....

aanie berkata...

takleh tahan air mata ni bila baca....sedih sgt...

semoga arwah tenang di sana...


take care nurul..hugs..xoxo..

dya nasir berkata...

sebak dya baca kisah akak..menitis air mata ya..semoga akak sekeluarga tabah ye

Mummy Sher berkata...

terasa sangat entry ni. semoga arwah tenang disana..

IntaNBerliaN berkata...

nurul, sy xtau nak ckp apa... sedihnya...

apa2 pun moga arwah ditempatkan bersama mereka2 yg beriman..

lelamaisara berkata...

sedihnye nurul...tak dapt saya bayangkan kalu abah saya tak de....hmmmmm...
semoga arwah abah nurul ditempatkan ditempat orang2 yg beriman....amin..

amirini berkata...

Assalamualaikum....

Sedih membaca entri ni... Semoga Arwah Abah akak ditempatkan didlam golongan org2 yg beriman dan dtempat disyurga...

Kazman / Sue berkata...

aduh... sadisnya baca... alfatihah... semoga rohnya aman di Sana... aminnn

Mrs Velentine berkata...

Al-fatihah..serius MV menangis baca entry ni..sebab MV belum pernah rasa kehilangan orang yg tersayang

Mrs Velentine berkata...

Al-fatihah..serius MV menangis baca entry ni..sebab MV belum pernah rasa kehilangan orang yg tersayang

musang berkata...

takziah ye...saya pon dah kehilangan ayah lepas raya tahun lepas

k.nana berkata...

salam takziah....semoga roh arwah ditempatkan di golongan org yg beriman.......

Myra Jay berkata...

Semoga roh arwah abah Mummy ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman.. Aminnn..

Meremang bulu roma baca, tabhalah ye...

Lina berkata...

ya lebih kurang sama jer ayah mertua saya pun baru meninggal bulan Nov hari tu...sebenarnya ada jg tanda2 tp cuba menidakkan

Si Matatajam berkata...

Ya Allah sebaknya M baca entry ni...Semoga Nurul terus tabah..semoga roh arwah Tenang disana..Al Fatihah..

Abang Karu berkata...

Al-fatihah...
Moga arwah abah kamu di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.

mmg ada tanda2 pemergian akan seseorng itu. seperti arwah isteri saya yg meninggal dunia pada hari raya yg kesepuluh....7 tahun yg lalu. Hari raya pertama dia berpakaian serba putih....tanpa sebarang corak. katanya "nnt mati pun di balut dgn kain putih.

Raya ke sepuluh..Kami buat open house mlm tu. Tapi arwah isteri mntak semua org bwk balik makanan yg ada. katanya "esok x de sapa nk makan dh"
Dan keesokannya mmg dia pergi buat selama lamanya.....al-fatihah.

insan_marhaen berkata...

semoga abah nurul , abah akak, mak akak dan semua saudara kita yg telah kembali diberi kerahmatan dan dilapangkan kubur mereka..semoga kubur mereka adalah salah satu dari taman2 syurga... Suatu saat kita juga akan ke sana... cuma bila, dan bagaimana itu terus menjadi rahsiaNYA.. kita kena selalu bersabar atas apa yang telah diberikan ini..sabar bukan beerti tidak boleh mengalirkan airmata..
menangislah seada nya jika tangisan itu dapat meringankan bebanan perasaan... selepas ini kita akan tetap menghadapi kehilangan demi kehilangan yang seterusnya.. sama ada hilang orang tersayang atau kita hilang dari pandangan mereka...kerana Mati itu sesuatu yang PASTI..

senyum walau hati kita sakan menangis di dalam... akak faham perasaan nurul saat ini...

Unknown berkata...

*Hugssss***

Cik Ai berkata...

sedihnya..
tp mmg selalunya dorang akan bg tanda cuma kdg2 kita x perasan..kdg2 kita terlalu hepi sbb ingtkan dorang dh nk sembuh..
sama mcm arwah mak ai Nurul..doc cakap esok dah boleh balik..so mlm tu rs hepi sgt sbb mak dah boleh blk..trs ai dgn kakak blk mlm tu,cuma tggal kakak yg sulong tp dlm pukol 530 pg,kakak sulong tepon mak dah xde..rs mcm putus nyawa ms tu,rs mcm dah xdak perasaan nk hidup..trs jd kelam..

smp skrg kalo bercerita pasal arwah mak,pasti air mata bergenang wpun dah 3 tahun berlalu

shuhadaothman berkata...

Tak tahan shu baca entry akak. Akak banyak bersabar ye. Terus kuat. Doa dari anak-anak yg penting buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman :')

LYAfrina berkata...

sebak lya membacanya.. sesungguhnya inilah janji Allah... tuhan sayangkan abah nurul... sama2 kt doakan moga arwah sentiasa dicucuri rahmat..amin.

9n0L4 berkata...

bese mcm tu la. slps die pergi baru kite perasan tanda die tahu yg die nak pergi. al fatihah buat arwah abah nurul.

Ibu Lala berkata...

sedih akk bc citer ni. moga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in