Cara-Cara Cuci CD

nie mummy dapat drp pengalaman mummy guna cd dan tgk2 jugak cara yang betul tuk cuci CD selepas guna.

CARA2 MEMBASUH CLOTH DIAPERS/CD

PERTAMA
sebaik sahaja anda membeli lampin moden/CD ini..sila lakukan "PRE WASH" sebanyak 3 kali basuhan.
*contohnya memula mummy beli 4 pasang CD n keluarkan insert2 drp CD tuh n asingkan antara insert n CD..pastuh semuanya boleh diletakkan dalam laundry beg tuk menjaga kualitinya.


*gambar dr google

*nie contoh CD bhgn luar yang kena masuk dalam laundry beg..letak bersama2 ngan insertnya dalam mesin basuh..so basuh dengan sedikit jer sabun n air yang banyak sekali basuhan..

bila siap mr mesin basuh,basuh..keringkan semua insert serta CD2 nie di bawah cahaya matahari.bhgn dalam cg haruslah menghadap matahari..bila kering angkat dan basuh untuk kedua kalinya..

basuhan kali ke2 tak memerlukan sabun.hanya insert n cd dengan mengunaan mesin basuh juga..ingat air mesti penuh mesin taw..bila cyap jemur n ulang sampai kali ke tiga=)

tujuannya adalah supaya insert n cd menyerap basahan air dengan sempurna.mcm gak tuala mandi.bila kena air setelah dibasuh beberapa kali barulah ianya elok menyerap basahan.

kalau tak pre wash akan menyebabkan CD n insert tak dapat menerap lembapan dr bayi n menyebabkan cepat BOCOR.so sila basuh 3 kali dulu sebelum guna jangan sebab tak sabar nak guna tak pre wash..n resultnya jadi hampeh okeiss..

KEDUA

So lepas dah pre-wash bleh pakailah kat baby atau anak u all kay=)
 Cara pakai, blh klik SINI ..
mummy bagi link sebab mummy malas nak amek gambar.harap maklum..heheh


KETIGA

Lepas tuh cd yang dah kotor ngan air kencing dan najis baby..perlu dibilas terlebih dahulu.kadang2 cara cuci yang slah bleh menyebabkan cd cepat bocor dan ruam akan berlaku.

so mari mummy perlahan2 terangkan cara2nya

gambar dr blog medaimedai.blogspot.com


1.asingkan CD (poket pant) dengan insert (pd gambar di atas sekali tuh)

2. bilas basahan (kencing) atau buang poo (jika ada) dengan air yang banyak untuk insert. untuk cd pun sama juga. sbb inner pun terkena kencing juga kan?

3. selepas selesai dibilas, cd dan insert dimasukkan ke dalam laundry bag (untuk menjaga kualiti jahitan cd dan insert)

4. kemudian masukkan cd dan insert ke dalam mesin basuh, masukkan SEDIKIT SABUN SAHAJA dan basuh seperti biasa, (sesetengah orang akan set mesin basuh dalam mode SOAK), terpulang pada kehendak dan keselesaan individu.

5. selepas selesai dibasuh, cd blh dijemur. seelok-eloknya di bawah sinaran cahaya matahari. kesan-kesan kekuningan pada insert dan inner akan hilang jika dijemur bawah cahaya matahari.


AMARAN: tolong JANGAN gunakan sabun yang mengandungi PELUNTUR atau PELEMBUT atau kedua2nya sekali kenapa? 


peluntur akan merosakkan microfiber insert dan pelembut akan membina satu lapisan pada inner CD dan insert. so insert tak dapat menyerap basahan secara maksimum. 


kesannya? cd bocor atau ruam akan berlaku. 



MAKIN KERAP INSERT DAN CD DIBASUH, MAKA DAYA SERAPANNYA MAKIN TINGGI.

dan kadang2 anda akan merasakan insert microfiber anda makin keras, dan untuk mengelakkannya berlaku, anda blh lakukan STRIPWASHING sebulan sekali. 
(nie mummy tak buat lagi..so artikelnie mummy amek di medaimedai.blogspot.com

haa...tentang stripwashing, klik SINI.
happy cloth diapering!!! sangat senang dan menjimatkan..

TIPS BELI CD: jangan beli secara pukal (BANYAK2) walaupun harga yg ditawarkan murah. cuba sehelai dua dan perhatikan keserasian anak anda.

1 sumpah ako sayang korang:

Si Matatajam berkata...

M tak pernah guna CD ni..risau Khalish tak selesa..kulit dia ni sensitif skit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in