P.Ramlee dan Arwah abah



Pertama sekali salam penghulu segala hari semua
Salam Jumaat yang indah
Sebenarnya hari nie sedikit kehairanan sebab pagi-pagi daku mendengar alunan lagu-lagu drp
"P.Ramlee"

Rupanya bila google, hari ini adalah kelahiran beliau
TENGKU ZAKARIA BIN TENGKU NYAK PUTEH
22 MARCH 1929 - 29 MAY 1973


Al-kisahnya baru mummy tahu P.Ramlee atau nama sebenarnya Tengku Zakaria bin Tengku Nyak Puteh..
So tarikh kelahiran P.Ramlee n arwah abah,Abd Halim bin Abd Rahman berkongsi tarikh kelahiran..


ABD HALIM BIN HJ ABD RAHMAN
22 MARCH 1953 - 28 NOVEMBER 2012

Aku n arwah abah begitu meminati Allahyarham P.Ramlee..
semua lagu2 nya selalu kami layan..
Cerita pula jangan cakaplah ulang2 kali kami tgk bersama-sama
Arwah abah boleh menyanyi sambil bermain alat musiknya (gitar n keyboard) lagu dendangan allahyarham P.Ramlee..

Al-Fatihah buat kedua insan hebat pada mummy..
keduanya punya perwatakan yang serupa..

*kelakar
*seorang seniman(mcm arwah abah seniman buat anak2nya sbb dia sangat kreatif n berjiwa seni..hanya kami keluarganya yang tahu n sesiapa yang mengenali arwah)
*bersuara merdu(arwah abah juga sedap bila menyanyi dan mengaji)
*keduanya berkongsi tarikh 22 march sebagai tarikh kelahiran..
*keduanya telah kembali kepada Allah...



Aku nanges setiap kali tgk gambar arwah abah..sememangnya perit kehilangannya..setiap kali tulis entry tentangnya pasti air mata lajujer nak keluar.Nak2 bila terpandang fotonya..
apapun ke rela n redha..cuma kenangan bersama arwah abah memang terpatri kemas di otak ku..Tak mungkin ku lupakan..Rindu pulak rasa,selalu paling lama sebulan tak jumpa...nie dah 3 bulan dah lebih 100 hari tak jumpa..fotoje pengubat duka kami anak beranak..

Al-Fatihah kepada keduanya
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh keduanya..
sesungguhnya aku mengkagumi dua insan ini...



Aku sememangnya suka lagu-lagu P.Ramlee.
dulu abah kata 
"ingatkan orang muda tak suka lagu2 lama"
siapa kata org muda tak minat?hehe.. aku mmg minat semua lakonan n lagu2 allahyarham P.Ramlee sampaikan hafal.
Dalam pc nie mmg banyak lagu2 beliau..Lagipun suka tgk wajah Allahyarham P.Ramlee yang manis.hehe


korang suka tak lagu P.Ramlee??
jom kita layan sama2..


22 sumpah ako sayang korang:

Chic Na berkata...

Al-Fatihah utk kedua2nya..

salam Jumaat nurul. :)

syawalsimpsons berkata...

al fatihah..baru perasan yee

Solehah Shamsuddin berkata...

lorr igtkan nama P.Ramlee mmg P.Ramlee, rupanya Tengku Zakaria. Jauh btl nama samaran dan nama sebenarnya tu :)

intanfirdaus247 berkata...

Salam yun ..Al Fatihah buat ayah Yun dan P.Ramlee…Semoga mereka tenang di sana….Yun kena kuat ye..kak intan faham rasa tu sebab kak intan pon kehilangan arwah ayah..sampai sekarang terasa …

BERT berkata...

alfatihah buat mereka.. saya pun dah kehilangan ayah masa umur 14 tahun :(

jum join contest nuffnang saya buat jom.. boleh menang coklat buatan saya dan hadiah misteri... tengok link ni :)
http://viniyamey.blogspot.com/2013/03/dah-dapat-cek-nuffnang-jum-join-peraduan.html

Unknown berkata...

owhh.. sama besday rupanya... P.Ramlee insan seni yg sukar ditukar ganti..xde sape yg berbakat luar biasa mcm dia.. filem2 dia pun x penah jemu ditonton..nak2 lagu dia.. suka!

faraherda.razalan berkata...

Al-Fatihah bt allayhyarham ayahanda. Moga beliau bersemadi dgn aman di sana.

antynid berkata...

nida minat sgt dgn lakonan p.ramlee... mmg awsem sgt.... tgok byk kali pon xboring :)

Dr K berkata...

Al fatihah buat P.Ramlee..dan arwah abah awak..

Baru lagi arwah abah meninggal...mmg patut masih terasa kehilangannya..sabar ya...

Julia Johari berkata...

Bila melihat arwah abah dgn cucunya gembira ju rasa sebak kak...ya Allahhhh...moga rohnya senantiasa mekar mewangi di sisi Allah...Al-fatihahhhh

Cikrosecute berkata...

kita pun tahu bulan lahir p-ramli bulan mac...lupa pulak hari bila...

Al-fatihah buat arwah...

Arina Shamsul berkata...

al-fatihah buat keduanya.

sy pun suka dear,lagu2 p.ramlee slow n steady je,tak serabut kepala kalau dengar,malah mengimbau segala kenangan bila terdengar.hehehe.

Mrs Velentine berkata...

al-fatihah buat kedua2nya

☾SHiemaCMa786☾ berkata...

salam kak..
huhu..sama tarikhnya...
alfatihah buat arwah abh akak & seniman p.ramlee..

cma pun suka lagu2 & cerita2nya..ulang 14 kali pun layan..x bosan :)

9n0L4 berkata...

suke pramlie jugakkkk. hehe. tak bosan tgk cite dan lagu die. best. ;)

Cik Ai berkata...

al-fatihah
patut skrg astro tayang cita P.Ramlee,tp x jemu2 jugak tgk kan :)

jaakechik berkata...

ooo mereka berkongsi tarikh lahir yg sama yer...

al fatihah utk kedua arwah...

Unknown berkata...

P ramlee siapa tak kenal,..mg rohnya disana dicucuri rahmat

fieda berkata...

al Fatihah buat mereka..

Unknown berkata...

salam nurul..lagu2 dan filem p.ramle mmg best2 kan...

Si Matatajam berkata...

Al Fatihah buat arwah -.-

nanieydotcom berkata...

Al-Fatihah.. nani suke p.ramlee.. lagu die pun best.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in