Pagi semua.Assalammualaikum=)sedapkan nampak budu kat atas..plan nya malam nnt nak makan budu cicah ikan bakar..sedapnyalah hai..
sebenarnya selain sedap budu banyak khasiatnya..mungkin siapa tak makan budu2 sebab baunya yang kuat tapi bleh cuba2 makan..letak bawang,durian dan cili padi lalu perah ngan limau..wahhhh masyuk sungguh rasanya..selain2 ianya banyak sungguh khasiat=)
budunie macam kicap jugak cumanya ia diperbuat drp ikan..banyak org buat budu drp ikan bilis..ada gak buat drp ikan yang lain.cara buatnya rendam ikan dalam tempayan dengan garam dan sedikit air dan perap lama-lama..
banyak tau khasiat budu..budu nie jadi perhatian negara luar mcm amerika syarikat,australia,jepun,NZ,dan Jerman.antara khasiatnya adalah:
kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan,... mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal....
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit birit...penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi......Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain sepertivitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas....Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel....
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitudaidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin,vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research... Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
Bangganya sbb banyak khasiat budu..nasib lah mummy memang jenis suka makan budu ngan nasi=)so siapa yang tak try budu bleh try.mmg sedap!dan mcm amek pill vitamin2 dah.banyak betul khasiat
57 sumpah ako sayang korang:
budu mmg my feveret cuma tang durian tu x boleh blah hehe
ayu tak reti makan budu..hehe..rpanya banyak khasiatnya..baru tahu dear..hehe
tergoda.. lamanya tak pekena budu ngan doyan, sedap lg ke?
@Kesuma Angsana
kalau yang suke durian mmg masyukkkkk
@are_lin@yu
boleh lah try..mmg banyak khasiatnya
@kak tini (umialya)
uiiii terbaik rasa dier=)
1st time sy mkn budu yg membe terengganu bw..tp mmg sedap ar..sampai nak lg..nak lg..kt sini sukar nk cari budu..
hah?? makan budu dgn durian? 1st time saya dengar
Alahai, tgk je pun jdk terliur sy (w'pun sy tak nah mkn budu mcm nie)
sedap nyerr..kasi pedas...perghhh..meleleh air liur ni...ikan bakar sumbat tuu..terangkat laaa
sedap ek? huda mmg x pernah try..hehe
PERGH..banyak tul khasit rupanya dear..selama ini saya letak tepi meja je buddu tu..
lepas ni nak letak tengah la pulak..hahaha.
di sabah tidak pernah makan buddu,di semenanjung ni la baru dapat makan..alhamdulillah :)
wani xreti mkn budu tp banyak juga khasiat budu ni yer
Kalo ado aku mkn. Itu pun tgu org serve ;p bulehh? Hahaha.. Selalu dpt pree bila biras ku balik bachok la.. Tp aku selalu kirim belacan ikan kat dia :))
@Yumida
skang ada kat pasaraya.dia packing dlm botol kecik2
@Daddy Ziyyad
cubalah try doctr mmg sodap
@pok amai-amai
sedap fara sampai habis bayk pinggan nnt!haha
@pok amai-amai
sedap fara sampai habis bayk pinggan nnt!haha
@Nyue
betul tuh nyue mmg bertambahlah nasik jawabnya=)
@Huda
trylah huda mmg mabeless=)
@Arina Shamsul
letak tengah terus letak dalam mulut..hikhik..mmg banayk sungguh khasiat budu nie
sedapnya kalau cicah ngan ikan bakar...grrrr!! sekarang aku dah terliur...
eB pn suker tapi pas mkns elamat la... eczema z thn kot... nasik tebal kat leher. hu3
saya walau bkn org kelantan,..makan gak budu tapi tak rela bila durian dicampur bersama...mmg tak pernah buat..hihihi...
perggghhhh kecur alir liur..hihi..suka jugak mkn budu!!! lagi2 ngan durian tu kan..
sedapnye budu!!
lama dah tak makan, huhu!
terliur dibuatnye :)
Oooo.. Baru tau. M mmg tak makan budu la. Belacan ngan cencaluk pun tak mkn gak... Org yg makan mesti terlioq tgk pict tu
@Wanieys
trylah wani makan...mmg kalau ada budu selera makan naik..hehe
@ShimaSalleh
sedaplah chemot..hihihi..ko tak suka ek..try mkn ngan ikan bakar=)
@eB
aah eb mmg ikan bilis esp.naeklah eczema..mcm sofia nurul tak berani bg
@wahida
ko kan bab2 makan mmg selera..tapi bdn tak plak bum bum..hihihi..sedapkan..pembangkit selera kata org.kalu ada ulam2 lagi besh
@izan mama mia
takmo try??hikhik..sedap jer..tapi kalau tak berani baik tak pyh kang muntah plak
@Deqla manjew
kita sama lah suka sangat=)
@Nad @ MamaZN
mmg terliuq..hihihi
nak....dah lame benar tak pekena budu ni ...
wahhh biar betul khasiatnyer sehebat ini....*terlopongg...*
pestime ku tgk org mkn budu ngan durian..taktau plak haku boleh ngan durian...hakak makan jugak budu tapi en hubby tak makan ponnn...so makan sensorang jerklahhh....:P
ooo rupanya budu pun byk khasiat yer baru tau...
tp sy mmg sk budu pun.. terus rasa air liur dalam mulut bila tgk gambo budu tu... ni yg rs esok nk buat ikan singgag cicah budu ni.. adeh...
@lelamaisara
nak ker?nnt kalau kite alik kelantan kita gtau ek=)susahker nak dapat kat sana?
@CheNamNam
betul kak mmg hebat..dahlah2 org luar plak yang kaji sbb dia nak tgk khasiatnya..ko melantak jerlah sensorang
@IntaNBerliaN
terbaikkk ikan singang cicah budu..mmg mabeless=)
dya tak reti mkn budu..hiihi..n tak pernah try mkn pun
wahhh suka suka. mmg faveret. tp skrg ni kena berpantang dah sebab resdung. hukhuk.. :)
hihi...dah pernah try makan la kak tapi cannot go...xpe2 nanti nak try lagi...
pernah mkn budu dgn telur rebus..pergg..sedapppp
mmg febret lya la budu ni.. sbb tu ank2 ganu cerdik2.. hehehhe.. dia org kuat mkn budu
budu oh budu.. dang mkn lupa diri jap/..
kak fieda kalau ada budu alamak berpinggan pinggan la mkn nasi..
@dyabunga
SURE KALAU SEKALI PANDAI MAKAN MMG SUKA TERUS..TRYLAH SEKALI=)
@Chic Na
mcm nurulpun bf baby sofia mmg tak mkanlah budu sangat=)tapi kadang belasah jugak terliuq
@Masha Meisters
ake ake try lagi..sbb banyak khasiat2=)
@~Sweet Honesty~
dengan telur rebus?try ngan ikan bakar lagi sedappppp=)
@LYAfrina
btul2 lya org kta anak2 yang mkn budu mmg cerdik..so pakat2 bagi mkan budu kat anak kalau takdok alahan=)
@Dieyna
hahaha mcm nurul lupa diri dah demok...lagi nak tambah nasik
@fieda
dasyatt kak fieda pingganpun makan...hahaha
opssssssss, saya tak makan budu. name je org tranung. :)
Byknya khasiat budu..tp tk mkn budu la..huhu
tak reti makan budu la..huhu~
Catat Ulasan