- Amalan
     penyusuan telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak zaman jahiliah lagi.
 - Menjadi
     kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak
     dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman
     untuk menyusukan anak.
 - Kabilah
     pedalaman yang terkenal menyusukan bayi adalah kabilah Bani Saad (Muhammad
     Husain Haekal. 1989. Sejarah Hidup Nabi Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan
     Bahasa dan Pustaka).
 - Persekitaran
     yang bersih dan nyaman serta bahasa Arab tulen yang belum lagi
     bercampur dengan bahasa lain menyebabkan masyarakat zaman jahiliah lebih
     suka menyerahkan anak mereka kepada wanita-wanita Bani Saad untuk disusui
     (G.W Choudry. 1993. The Prophet Muhammad, His Life and Eternal Message.
     Kuala Lumpur: WHS Publications Sdn. Bhd., hlm 20).
 - Setelah
     lapan hari dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah disusui oleh Thuwaibah iaitu
     hamba kepada Abu Lahab untuk sementara waktu sebelum diserahkan kepada
     seorang wanita dari kaum Bani Saad bernama Halimah binti Abd Dhuaib atau
     lebih dikenali dengan nama Halimah al-Saadiah.
 - Ciri-ciri
     masyarakat Bani Saad yang pintar dan petah bercakap serta  keperibadian
     Halimah sendiri yang berbudi bahasa dan berpekerti mulia memberikan
     pengaruh yang besar dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. (Sutina Sulaiman.
     1993. Kelahiran Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
     hlm 192)
 
Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Sikap Masyarakat Terhadap Amalan
Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors, hlm 4.
Nota Ummu Ibtisam: Carilah ibu susuan yang terbaik untuk anak kita jika
kita tidak mampu menyusu mereka. Dengan doa dan niat ingin anak disusukan
dengan susu ibu, mohon keredhaanNya. InsyaAllah Dia akan tunjukkan ibu susuan
yang terbaik. Belajar dari sirah Rasulullah s.a.w, mengapa baginda disusukan
oleh Halimatus Saadiah)
Sumber
duniasusuibu.com


2 sumpah ako sayang korang:
jarang sgt dah skrg org pakai ibu susu kan. byk entry pasal bf ehhh di awal awal entry nurul. :)
cerita psl susu ni :)
Catat Ulasan