So,korang2 sila ambil perhatian ttg bahayanya AIR MASAK kepada bayi yg berusia di 
bawah 6-bulan.sememangnya air bagus untuk perkumuhan tubuh tapi TIDAK kepada baby bwh 6 bulan.
sebabnya..
sebabnya..
MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan 
tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. 
Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg 
masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh 
khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg 
pertama. 
*Air masak tidak mengandungi ape2 
khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*
boleh jugak refer kat klinik rakan bayi ada dinyatakan 80% susu badan mengandungi air n sememangnya baby bawah 6 bulan tak perlukan AIR MASAK 
PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran
 boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu 
sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan 
mendedahkan bayi kpd cirit-birit. 
*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari 
breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah 
mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah 
membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg 
terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai
 jangkitan. 
*Susu ibu build ups protection 
in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg
 kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi 
jaundis yg diberikan air masak yg banyak (dianggap boleh
 untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan
 AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg 
berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan 
menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan 
garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan 
mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik. 
*ada banyak teory orang dulu2 kalau nak elak 
anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah 
SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & 
PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat 
menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg 
prihatin! =) 
Sumber dari : Buku “Panduan 
Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” oleh Kumpulan Sokongan Susu 
Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur
sumber mummy ambil juga di blog 



1 sumpah ako sayang korang:
mcm tak logik pulak baby diberi air masak kan. dulu, ramai yg buat ni. skrg mungkin dh ade pendedahan dari pihak kesihatan.
Catat Ulasan