Cara Melipat kelambu moden dengan betul




Ok.Hari nie mummy buat tutorial sikit cara-cara nak lipat kelambu modern..
Bawah nie adalah kelambu modern
Mummy sure ramai dah tahu sebenarnya kelambu moden



Atas nie bentuk kelambu moden bila dibuka.
so sekarang kita nak lipat kelambunie menjadi kecil untuk desimpan dan dibawa travel ke kampung atau kemana sahaja menjadi seperti ini..



Haa kan kecil n senang dibawa kemana-mana..
So mummy google dapat jumpa web yang tunjuk cara lipan so sama-sama kita share yer.Moga entri mummy dapat guide korang yang dah ada kelambunie tapi confius nak lipat mcm mana..


PERTAMA


Kelambu ada 4 bucu.So ambil salah satu bucu bengkok kan besi ke dalam kelambu.

*Jangan risau tentang besi kelambu..Mmmg dijadikan dengan bahan/besi yang sangat lembut dan tak patah*


KEDUA



Dah masukkan salah satu sudut bucu kedalam,Lipat kelambu menjadi 1/2 bahagian


KETIGA



Lipat kelambu lagi menjadikan ianya 1/4 bahagian tadi..so jadilah mcm gambarajah di atas.


KEEMPAT



Tahan kawat kelambu bahagian atas


KELIMA



Tekan kelambu kedepan dan rapatkan ke bahagian bawah


KEENAM



Buat kelambu menjadi 3 lingkaran kecil


KETUJUH



Tahan rangka kawat dengan sebelah tangan


KELAPAN



Tekan dan lipatkan lingkaran ke tiga sehingga menjadi 2 lingkaran

KESEMBILAN



So daripada 2 lingkaran tekan lagi dan tindih menjadi 1 lingkaran

KESEPULUH



Rapikan dan masukkan dalam sarung kelambu..oh yea ada getah pengikat desediakan.Selepas dirapikan ikat jer dengan getah kelambu tuh so takkan terbuka=)

Dah siap untuk dibawa kemana-mana sahaja..
Entri akan datang,mummy share mcm mana nak buat kalau kelambu ada koyak2..Maklumlah lama dah digunakan adalah koyak sikit sbb anak yang buat main.So bleh tahu cara mcm mana nak selamatkan duit dr beli yang baru..

Tungguuu kay=)
selamat menggunakan kelambu moden=)





So sesiapa nak beli STOCK PALING LATEST
SILA KLIK


Semua info berkaitan kelambu modern ada disana..
Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membeli di sini=)




13 sumpah ako sayang korang:

Cho Zila berkata...

adik akak ada dapat kelambuni masa dia dalam pantang tapi tuler masa nak lipat baliktu punyaler tak der idea camner nak lipatnyer.. mungkin entryni boleh membantu..

Unknown berkata...

tringin nk tdo dlm kelambu tuuuu
sure cicak x dpt berak kat tilam
huh..sakit hati betul ngn tahi cicak nih

Unknown berkata...

tringin nk tdo dlm kelambu tuuuu
sure cicak x dpt berak kat tilam
huh..sakit hati betul ngn tahi cicak nih

Tie HT berkata...

comel je kelambu ni :)

Aine Ainun berkata...

kelambu moden sy da lobang2.....lama da pakai

dulu mase memula beli takut nak lipat, skrg ni ikut suka saya je nak lipat..hehee, ganas2 pun tetap tak rosak besi tu..ok je...=)))

Miss N™ berkata...

senang je ropanya...

mamaarifakeemaisy berkata...

Thanks for sharing, k.eina sllu main belasah je lipat, jnji jd kecik..hehe..

Julia Johari berkata...

Tq kak perkongsian yg amat berguna nih...hehhe

Nurul Says berkata...

tertanya2 juga..ada tak kelambu yang ada lace mcm kelambu lisa surihani "belated birthday" pakai baru2 ni..comel je hu hu

Izan Ishak berkata...

bagusnya...ada tutorial lagi camna nak lipa kelambu moden ye.

Si Matatajam berkata...

Tq for sharing Nurul..lps ni bleh la lipat bulat Dan basuh..

jaakechik berkata...

teringat pulak masa jaa balik rumah MIL hari tu kak ipar jaa bwk kelambu moden ni (baru beli) pastu bersusah payah diorang laki bini nak lipat menjadi mcm asal...jaa nk tlg pun x gheti... last2 menjadi jugakk... slps puas direnyuk2...hehehe... tapi kelambu tu mmg tahan lasak besinya!

9n0L4 berkata...

kelambu moden yg sgt besor. jaa buleh muat ke. hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in