KUALA LUMPUR, 4 April 2011: "Minggu pertama
adalah untuk warming up," kata pengarah filem, Mamat Khalid kepada
sidang media yang menjelaskan kenapa tiadanya penyingkiran peserta pada
minggu pertama Maharaja Lawak.
Kata Mamat Khalid lagi,sungguhpun kesemua peserta Maharaja Lawak
diberikan peluang kedua, para juri mahukan peningkatan dari segi
persembahan serat tidak mahu kelemahan-kelemahan yang ditunjukkan pada
minggu pertama berulang semula.
Mamat Khalid adalah antara barisan juri yang terpilih untuk
menjayakan program realiti terbaru Maharaja Lawak. Turut berada dalam
senarai barisan juri Maharaja Lawak adalah Ahmad Idham serta Saiful
Apek.
Ketiga-tiga mereka nyata berpuas hati dengan persembahan yang
ditonjolkan oleh kesemua barisan peserta Maharaja Lawak. Begitupun,
kumpulan Jozan yang terdiri daripada dua orang pelawak yang bereputasi
tinggi iaitu Johan dan Zizan, mendapat kecaman hebat dari pihak juri
yang berasakan bahawa persembahan yang ditonjolkan oleh mereka
dilakukan secara sambil lewa serta tdiak cukup persediaan.
Sungguhpun begitu,kumpulan Jozan mendapat undian tertinggi pada
minggu lepas dengan peratusan undi sebanyak 52% berbanding peserta yang
lain.
"Mungkin penonton sudah berpuas hati dengan apa yang mereka
tonjolkan. Tapi saya merasakan mereka sudah cukup matang , jadi saya
mahukan sesuatu yang baru yang tak pernah saya lihat lagi. Saya kritik
begitu pun sebab saya tak nak manjakan mereka.
"Cuba bandingkan mereka dengan kumpulan Jambu yang sudah
menunjukkan peningkatan. Persembahan mereka sangat bagus maka ianya
harus dijadikan sebagai kayu pengukur buat kumpulan lain," tambah
Mamat Khalid lagi.
Mamat Khalid lagi.
Bila ditanyakan samada faktor populariti kumpulan Jozan yang
menyebabkan mereka memegang peratusan undi yang tertinggi, Ahmad Idham
tidak menafikannya.
"Namun begitu sebagai juri lebih mementingkan dari sudut pengisian.
Di tahap ini kita memerlukan sesuatu yang baru yang boleh dihasilkan
oleh para peserta Maharaja Lawak ini dan bukan lagi material yang masih
lagi di takuk lama.
"Tugas saya dan para juri yang lain bukan untuk membuat lawak
tetapi untuk memberi feedback agar mereka boleh memperbaiki persembahan
mereka," ulas Ahmad Idham yangs udah mengarah banyak filem termasuklah
Adnan Sempit yang mencatatkan kutipan pecah panggung.
Selaku pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek pula mengakui cukup
memahami situasi yang dihadapi oleh peserta Maharaja Lawak ini.
Kesukaran yang mereka hadapi pada ketika ini adalah juga kesukaran yang
beliau sendiri pernah hadapi.
"Berdasarkan apa yang pernah saya alami, komedi bukan seperti
menyanyi atau berlakon yang boleh dipelajari di sekolah atau di
akademi-akademi. 'Akademi' mereka adalah pengalaman hidup mereka
sendiri,"
"Sukar sebenarnya untuk mencari idea-idea baru yang boleh digunakan
dan ini merupakan perkara tersukar dalam bidang komedi ini," tambah
Saiful Apek lagi.
Portal murai.com.my dalam pada ini sempat bertemu dengan Johan
untuk mendapatkan pendapat beliau mengenai kritikan-kritikan yang telah
diberikan pihak juri kepada mereka pada minggu lepas. Johan sendiri
kesal dengan persembahan yang telah mereka berikan.
"Persembahan yang selalu saya dan Zizan lakukan adalah secara
spontan. Seperti persembahan pada minggu lepas, kami memikirkan idea
persembahan hanya beberapa minit sebelum keluar ke pentas. Ini
isebabkan jadual yang ketat dan masa yang sangat suntuk untuk saya
bertemu dan berlatih dengan Zizan," katanya.
Apabila ditanyakan samada beliau dapat mengagak bahawa pengarah
filem Hantu Kak Limah Balik Rumah akan mengecam hebat persembahannya
dengan Zizan sebagai Jozan, Johan berkata, dua sudahpun dapat
menjangkakan perkara tersebut untuk berlaku.
"Saya dah agak dah. Jika tidak Mamat Khalid, Saiful Apek sendiri
yang akan membidas teruk persembahan kami. Ia ibarat seperti hendak
membuat lawak dengan rakan sendiri.
"Mereka yang selalu dengar lawak saya mungkin takkan rasakan lawak
saya itu benar-benar kelakar, namun pada mereka yang tak pernah dengar
pada jenaka saya, pasti saya akan berjaya menghiburkan mereka," tambah
Johan lagi.
Johan juga tidak menafikan yang persembahan mereka memerlukan
penambahbaikan berdasarkan komentar yang telah diberikan oleh pihak
juri.
"Untuk minggu hadapan saya akan membuat persediaan yang lebih
lengkap sebelum saya membuat persembahan. Namun begitu, kami tak mahu
juga meletakkan harapan pada orang ramai kerana agak sukar juga kepada
kami untuk menghiburkan mereka jika mereka sudah meletakkan harapan
yang tinggi kepada kami nanti," katanya lagi.
sumber dr murai.com
ppssst..mummy nengok dah kat prima minggu lepas..tak sedap mana lah lawak2 peserta raja lawak yang lama 1-4..tapi peserta raja lawak musim 5 mcm mann,r2 dan pelajar dr unsel tuh mmg mummy rasa okey..maybe dorg masih terasa dalam pertandingan lagi..
tapi mcm zizan mmg skang ngah laku n banyak job..manalah sempat nak berlatih maharaja lawak..btulgak kata johan2..
1 sumpah ako sayang korang:
nak menten kan performance bkn senang kan. org pulak ramai peminat.
Catat Ulasan