Keburukan air masak pada baby 6 bulan ke bawah



So,korang2 sila ambil perhatian ttg bahayanya AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan.sememangnya air bagus untuk perkumuhan tubuh tapi TIDAK kepada baby bwh 6 bulan.

sebabnya..
MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama. 
*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*
boleh jugak refer kat klinik rakan bayi ada dinyatakan 80% susu badan mengandungi air n sememangnya baby bawah 6 bulan tak perlukan AIR MASAK

PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit. 
*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. 
*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (dianggap boleh untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik. 
*ada banyak teory orang dulu2 kalau nak elak anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =) 

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur

sumber mummy ambil juga di blog 

1 sumpah ako sayang korang:

9n0L4 berkata...

mcm tak logik pulak baby diberi air masak kan. dulu, ramai yg buat ni. skrg mungkin dh ade pendedahan dari pihak kesihatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in