·
Menurut
istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak
melebihi umurnya daripada dua tahun atau dua puluh empat bulan.
Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan
penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut
dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya
atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.
Ini
bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih
daripada dua tahun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas
bayi dari segi syarak. Sekiranya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun
maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.
Ini
dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu
hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Rasulullah
s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan
iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh
al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak
akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus
(membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua
tahun.
Rujukan : Ayu Asma Yusuf (2002).
Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors.
2 sumpah ako sayang korang:
terang lagi bersuluh, bf sampai 2 tahun penuh. termaktub dlm quran dan hadis tuuu. :)
(^__^)
Catat Ulasan