Proses Produksi Susu Ibu? (BHGN 2)


So sebelumnie mummy dah bincang tentang ini di BHGN 1 so meh kita refresh semula BHGN 1 sebelum ke BHGN2..

PERTAMA,
peringkat di mana ianya totally di kawal oleh hormon di dalam badan kite. Dan ini menerangkan mengapa kite mempunyai kuantiti susu yang banyak di awal-awal waktu bersalin.

KEDUA,
bile susu dah start establish, susu akan terhasil mengikut DEMAND & SUPPLY rule. Di mana pengosongan breast yang KERAP & SEMPURNA yang menjadi faktor pasang surut susu di dalam badan kite.
 topik arini ialah tentang DUA faktor yang mengawal proses penghasilan susu. DUA faktor tersebut ialah :
1) Feedback Inhibitor of Lactation
2) Prolactin Hormone

Feedback Inhibitor of Lactation (FIL)

Di dalam susu badan kite terkandungannye sejenis bahan yg bernama “whey protein” atau dalam bahasa kamusnye protein dadih.Tak berapa pasti bagaimana rupenye. Tapi cukup kite cume bayangkan yang kandungan susu kite nie ade sejenis bahan yang bernama whey protein atau yang dipanggil Feedback Inhibitor if Lactation (FIL). 
Peranan FIL ini ialah untuk memperlahankan penghasilan susu di dalam breast kite apabila breast kite penuh. Ini bermakna, penghasilan/produksi susu akan menjadi perlahan apabila ade susu yang banyak dalam breast kite. Sebaliknye, bile selepas breast di kosongkan dan susu berkurang di dalam breast, FIL ini akan mempercepatkan penghasilan susu bagi tujuan mengisi kantung-kantung (alveoli) susu yang kosong tadi.

Juz imagine macam ni. Bile susu penuh dalam breast, FIL ni akan akan memperlahankan penghasilan susu masuk ke kantung-kantung susu kerana susu yang ada dalam breast tu dah overload and tak muat nak masuk. Tapi bile kantung-kantung tu kosong (selepas breast diperah atau dipump) banyak kan ruang untuk susu masuk dan FIL akan memepercepatkan proses membuat susu untuk re-fill balik kantung-kantung tu tadi.

Prolactin Hormone
Hormon Prolaktin WAJIB ade dalam proses produksi susu ibu. Kerana dengan kehadiran prolaktin lah susu terhasil. Secara ringkasnye, apabila susu kerap diperah dan di pump pada awal-awal kelahiran akan menyebabkan pertambahan receptor prolaktin. Apabila receptor prolaktin banyak, akan lebih banyak hormon prolaktin yang masuk kedalam sel alveoli dan proses inilah yang menyebabkan susu seseorang ibu itu menjadi banyak.
Secara ringkasnye begini…
* FULL
Breast
 =  SLOWER
Milk
Production


EMPTY
Breast
 =  FASTER
Milk
Production

Perlu diingatkan secara serius ya…susu kite SENTIASA dihasilkan. Di mana kadar kecepatan penghasilan susu itu bergantung kepada keadaan breast itu sendiri, samada kerap dikosongkan atau tidak. The more milk in the breast, the slower the speed of milk production.

Untuk mempercepatkan penghasilan susu dan MENINGKATKAN penghasilan susu sehari-hari, kata kuncinye ialah –> TO REMOVE MILK FROM THE BREAST AND TO DO THIS QUICKLY AND FREQUENTLY. Pengosongan breast yang KERAP iaitu dalam tempoh yang singkat contohnye dalam tempoh 2 jam dan paling lama 3 jam sekali adalah sangat PENTING!

EMPTY BREAST=FASTER MILK PRODUCTION









































Okeh…PETUA SEBENAR untuk meningkatkan susu badan ialah –> Mommies kena aim untuk MENGOSONGKAN breast SEKERAP mungkin sepanjang hari. Jangan terlalu risau dengan amount susu yang dipump, kerana dalam masa 1-2 weeks kite pasti akan nampak perubahan. Kena banyak bersabar ye…

Cara-cara nak kosongkan breast dengan SEMPURNA & KERAP:

1) Pastikan bayi menyusu secara efisien;
2) Urut payudara dan buat teknik breast commpression;
3) Offer kedua-dua payudara dalam satu-satu sesi penyusuan. Tunggu bayi habis menyusu sebelah payudara terlebih dahulu sebelum offer sebelah lagi. “Switch Nursing” membantu jika bayi tidak mengosongkan breast secara efektif;pastikan yang breast kita btul2 kosong dan ringan=)
4) Pump selepas bayi menyusu.


2 sumpah ako sayang korang:

Salina Mat Isa berkata...

macam tu ye..tapi nak tnya, pagi2 susu banyak,pam smpai kosong,baru je abis pam baby dh bangun nak susu,dia dpt ke susu cam tu,breast kn baru kosong?

9n0L4 berkata...

ooooooooo. maknenyeee kene selalu kosongkan la utk cepatkan proses die.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in