Proses Produksi Susu Ibu? (BHGN I)

PERINGKAT PERMULAAN – HORMONAL CONTROL (Lactogenesis I dan Lactogenesis II) 


Lactogenesis I 
Ape yang dimaksudkan dengan “hormonal control” di atas ialah, pada peringkat permulaan, yakni, semasa kite pregnant dan beberapa hari selepas bersalin, susu badan dihasilkan oleh hormon di dalam badan seseorang ibu itu sendiri (milk supply is hormonally driven and it doesn’t start out as a supply and demand process). Secara asasnye, jika hormon di dalam badan seseorang ibu itu ok dan balanced, tubuh ibu akan mula menghasilkan colostrum di separuh akhir tempoh kehamilan dan susu badan akan bertambah selepas 30 – 40 jam selepas bersalin. 

Melalui experience mummy sendiri, 1-2 hari pertama selepas melahirkan Danish, memang tak de susu yang kaler putih tu keluar bile mummy picit-picit breast.. Yang keluar cume cecair jernih kekuningan. Mulalah pastuh gabra@cuak tapi mujurlah bersalin kat sepotal bayi so nurse terangkan ape yang berlaku.So memang maira sik jer nanges.kalu nanges just sumbatkan bb kat mulut dier.

Selepas hari pertama, baru lah susu kaler putih tu kuar and bleh menarik nafas lega! 

Lactogenesis II 
Selepas melahirkan baby, placenta atau uri akan dikeluarkan dari badan kite. Sejurus selepas tercabutnye uri dari badan, kadar hormon progestrone/estrogen/HPL akan jatuh dengan mendadak. Dengan penurunan hormon progestrone secara mendadak ni, bersama dengan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi, menyebabkan susu badan menjadi banyak dan melimpah ruah.Tapi, kebanyakkan ibu-ibu hanya akan mengalami rase susu penuh / “breast fullness” selepas beberapa hari bersalin.

Kedua-dua lactogenesis ini adalah disebabkan HORMON …ini bermaksud susu akan dihasilkan oleh seseorang ibu samada die menyusukan bayinye ataupun tidak. Ni semua kerja hormon kita. Kita tak terlibat ape-ape pun di peringkat permulaan ni. 

PERINGKAT PENGUKUHAN – LOCAL CONTROL (Lactogenesis III) Lactogenesis III 

Pada peringkat ini, penghasilan susu ibu adalah bergantung kepada kekerapan mengosongkan payudara. Pengosongan payudara secara kerap merupakan mekanism paling penting dalam menghasilkan susu yang lebih banyak dan bagi tujuan untuk mengekalkan produksi susu untuk tempoh yang lebih lama. Dalam tempoh berpantang/confinement, pengosongan payudara adalah bergantung kepada selera bayi anda. Apabila anda kembali berkerja, mengepam/memerah secara kerap adalah sangat penting bagi memastikan penghasilan susu yang optimum dalam tempoh yang lebih lama. 

Sila refer chart di bawah untuk mendapat view yang lebih jelas kay…


Cuba fahamkan betul-betul entry ini supaya anda akan lebih faham dengan penerangan mummy di dalam entry selepas ini. Jika anda betul-betul faham the gist of the topic, confirm anda akan tahu bagaimana cara-cara yang efektif untuk meningkatkan susu badan!

sumber mummy cedok dari

1 sumpah ako sayang korang:

9n0L4 berkata...

nurul mesti dah terror pasal ni kan. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in