Kita
seharusnya akur, setiap seorang bayi yang lahir, ia adalah aset negara yang
perlu dipelihara kebajikannya dan ia bermula daripada kebajikan ibu seawal
kehamilan mereka.
Perunding
Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi, berkata seharusnya
kerajaan memberikan cuti bersalin 90 hari itu untuk semua wanita tanpa mengehadkan
jumlah anaknya supaya wanita berasa senang untuk hamil, tanpa perlu terikat
dengan masa ditetapkan.
“Kerajaan
berkata bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita,
kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin
bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini.
Kemudahan itu bagaimanapun adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan
bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Sebelum
ini, cuti 60 hari diberikan dan ia membabitkan 300 hari sepanjang tempoh
perkhidmatan juga, dan bila naik kepada 90 hari, maka secara automatik ia
sepatutnya menjadi 450 hari (had sehingga lima orang anak). Pada saya, dengan
peruntukan 300 hari yang tidak berubah, kerajaan secara tidak langsung
mengehadkan bilangan anak kepada tiga, lambat laun wanita di negara ini tidak
berminat lagi untuk bersalin ramai,” katanya.
Hari
ini, had lima orang anak mendapat cuti berbayar jugalah menjadi punca bilangan
keluarga beranak ramai boleh dibilang dengan jari.
Tegasnya, rasional cuti panjang bagi membolehkan anak mendapat susu ibu sepenuhnya. Corak penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupannya.
“Tempoh cuti panjang membolehkan ibu lebih tenang memberikan susu ibu, selain mengumpul stok susu ibu apabila sudah kembali bekerja nanti,” katanya mengulas mengenai Bajet 2011, yang antara lain memberikan kakitangan wanita cuti bersalin 90 hari berbanding 60 hari sekarang.
Tegasnya, rasional cuti panjang bagi membolehkan anak mendapat susu ibu sepenuhnya. Corak penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupannya.
“Tempoh cuti panjang membolehkan ibu lebih tenang memberikan susu ibu, selain mengumpul stok susu ibu apabila sudah kembali bekerja nanti,” katanya mengulas mengenai Bajet 2011, yang antara lain memberikan kakitangan wanita cuti bersalin 90 hari berbanding 60 hari sekarang.
Analisis
data penyusuan susu ibu kebangsaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, jumlah
penyusuan secara eksklusif di negara ini tinggi pada dua bulan pertama iaitu
mencatat lebih 40 peratus, tetapi menurun berterusan dua atau tiga bulan
selepas itu apabila cuti bersalin habis dan ibu perlu pergi bekerja.
Peratusan
itu menurun kepada 14.5 peratus iaitu di bawah paras standard Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO). Apa yang jelas, corak penyusuan itu turut
memperlihatkan peratusan ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama enam
bulan pertama di Malaysia adalah sangat rendah dan ia adalah antara kadar
penyusuan paling rendah di Asia Tenggara.
Di
Malaysia, secara umum wanita diberikan sehingga lapan minggu atau 60 hari cuti
bersalin bergaji iaitu enam minggu kurang daripada 14 minggu yang disarankan
oleh Konvensyen Perlindungan Kehamilan Persatuan Buruh 2000.
Pegawai
Siasatan Persatuan Pekerja Wanita Malaysia (PERWANIS), Lim Ai Yim, berkata cuti
bersalin sebanyak 90 hari sepatutnya diberikan semua wanita tanpa memikirkan
wanita itu berkhidmat di sektor awam atau swasta.
“Sepatutnya
hal cuti bersalin ini dibentangkan di Parlimen, oleh itu, semua pekerja wanita
dapat manfaat kerana ia membabitkan kesihatan wanita secara keseluruhannya.
Sepatutnya soal cuti tidak timbulkan kerana ia adalah hak wanita dalam
memastikan kesejahteraan bayi yang dilahirkan itu.
“Pengorbanan
yang dilakukan ibu bekerja menyentuh hati terutama apabila terpaksa
meninggalkan bayi hanya selepas beberapa bulan melahirkannya dan kembali
bekerja. Pelaburan untuk masa depan anak mestilah bermula sebelum anak
berkenaan dilahirkan.
“Ini
bermakna, adalah penting menjaga kesihatan, mendidik wanita dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan memberi keyakinan untuk menerima kehadiran bayi yang
dilahirkan serta membesarkan mereka,” katanya yang turut kecewa ada segelintir
majikan yang masih tidak prihatin dengan kebajikan pekerja wanita, termasuk
tidak menyediakan tempat memerah susu bagi ibu yang beranak kecil.
Hakikatnya
cuti bersalin bukan saja isu wanita, tetapi isu pembangunan keluarga, sekali
gus ada kaitan dengan jalinan hubungan suami dan isteri serta membina kehidupan
institusi keluarga.
Jika
untuk melahirkan anak banyak timbul kerenah dan kesukaran pada pihak majikan,
sudah pasti negara tidak mempunyai sumber tenaga kerja mencukupi. Hal ini perlu
difikirkan bersama, ketika ini bukan saja semakin ramai wanita bujang atau
berkahwin pada lewat usia dan tidak mustahil, satu hari nanti kerajaan terpaksa
mengadakan kempen menggalakkan wanita hamil pula.
INFO:
Cuti bersalin pelbagai negara:
Brazil – 4 bulan bagi ibu, 7 hari bagi bapa.
Gaji dibayar 100 peratus.
Cameroon – 3 bulan bagi ibu, 10 hari bagi
bapa. Gaji dibayar 100 peratus.
China – 3 bulan, gaji dibayar 100 peratus.
Itali – 5 bulan, 80 peratus gaji dibayar
selepas bersalin.
United Kingdom – 7 bulan, 90 peratus gaji
dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran
yang ditetapkan.
Sweden – peruntukan 450 hari cuti berbayar
keibubapaan dan gaji berbayar ketika waktu penyusuan dibuat. Kemudahan
disediakan untuk penyusuan.
Perancis – 16 minggu (4 bulan) cuti bersalin
pada 84 peratus gaji minimum harian bagi anak pertama dan kedua. Untuk anak
yang berikutnya cuti adalah 24 minggu (6 bulan).
Norway – cuti bersalin 42 minggu pada gaji
penuh atau 52 minggu pada 80 peratus gaji. Negara itu juga mempertimbangkan
pilihan cuti keibubapaan anjal dan waktu kerja anjal sehingga dua tahun
mengikut keperluan pekerja.
Belanda – menyediakan manfaat cuti bersalin
16 minggu dengan cuti berbayar penuh diikuti oleh cuti keibubapaan tidak
berbayar sehingga enam bulan.
Sumber:duniasusuibu.com
2 sumpah ako sayang korang:
gile ahhhhhh cuti 7 bulan. huhu. bestnyeeee. boleh mengandung lagi dlm jangka mase tu. hehe.
aku x de cuti bersalin hehehee
Catat Ulasan