sesungguhnya naluri keibuan mummy terusik sedih dan pilu bila melihat dan mendengar mangsa2 tanah runtuh iaitu anak2 yatim,yatim piatu,anak2 fasuki dan anak2 hidayah yang menjadi mangsa korban..
sesungguhnya syurga adalah tempat mereka..bila tgk kebanyakkan mereka tak berbapa dan ibu mereka adalah ibu tunggal,buat mummy sebak seketika..
marilah berdoa supaya ramai diketwmukan dengan selamat n dapat di mandi,kafan n sembahyangkan dengan sempurna..n mari jualah berdoa kepada allah supaya mereka ditempatkan dalam golongan para nabi..(tapi mmg syurgakan tempatnya)
nie ada sedikit artikel dr berita online kosmo..
7 mangsa dikebumi satu liang lahad
hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.
Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.
Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.
Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14. Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.
Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.
"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.
Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.
AL-FATIHAH
5 sumpah ako sayang korang:
memang sedih sgt kan...al fatihah untuk semua...semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....semuanya kanak2 lagi & baik2 semuanya..
memang la disayangiNya, tu yg diambil tu.. :-(
Al fatihah...
Dia lebih menyayangi mereka...sbb tu Dia ambik..
alfatihah utk mereka..
terkejut semasa mendengar berita sedih ni..al-fatihah.
Mmg sedih kan Mummy.. Moga kesemua mereka ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.. Aamiinn..
mummy ayu-mmg Allah lebih mengatahui tiap sesuatu
ibudhira-al fatihah tuk mereka
nza-mmg terkejut n terus sebak...al fatihah
mj-mmg kanak2nie ditempatkan di syurga..
Catat Ulasan