pusat bersalin berisiko rendah 1Malaysia

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3.

Perdana Menteri berkata dengan bayaran serendah itu rakyat dapat menikmati layanan serta perkhidmatan setaraf dengan kemudahan Wad Kelas Satu dan diharapkan dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

"Untuk seorang yang bersalin di sini hanya RM3 sahaja dikenakan termasuk rawatan, bilik, ubat-ubatan dan makanan...ini merupakan kadar bayaran yang barangkali terbaik dunia.

"Kemudahan yang disediakan sangat bermutu tinggi, bilik yang bersih serta selesa dan bagi penjawat awam tiada bayaran yang dikenakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat bersalin tersebut di sini.

Beliau berkata ia merupakan satu lagi perkhidmatan kesihatan yang baik disediakan kerajaan demi kepentingan rakyat untuk memperoleh rawatan sempurna dengan kadar bayaran sangat minima.

"Adalah menjadi harapan saya agar banyak lagi pusat seperti itu diwujudkan," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian itu, Najib berharap pusat yang dilengkapi dengan kemudahan rawatan fototerapi serta klinik untuk perkhidmatan antenatal dan ginekologi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada masyarakat.

Pusat itu juga, katanya, akan menempatkan pakar obstetrik, ginekologi dan pediatrik yang bertugas pada setiap hari bagi memastikan pesakit menerima rawatan yang berkualiti, profesional dan berkesan.

"Ia juga mampu memberikan keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada ibu-ibu kerana suami dibenarkan untuk menemani pasangan masing-masing selaras dengan konsep hospital mesra suami," katanya.

Pusat Bersalin itu mula beroperasi pada 30 Jan lepas di Presint 8, dengan menyediakan kemudahan kelahiran kes-kes bersalin berisiko rendah sahaja dan tidak terhad kepada penduduk Putrajaya.- 

sumber harian metro

10 sumpah ako sayang korang:

Salina@IbuAqil berkata...

Alhamdulillah!!!
Mudah2an banyak lagi lah kemudahan2 utk rakyat lepas ni..
Take care & happy weekend.. ;)

intan_blur berkata...

syukur..
mudah2an dpt meringan kan org2 di luar sane yg x beerkemampuan..
tp xtaula mcm mane servisnye kan.. ;)

Salina Mat Isa berkata...

murahnya rm3 untuk first class..bagus lah..

IntaNBerliaN berkata...

alhamdulilllah.. murah tu.. lps ni untuk mereka2 yg xberkemampuan tu, blhlah bersalin kat sini dgn dapat lyanan yg bagus..

Unknown berkata...

wah, bagus nye...

bila lah nk ada kat JB?

Myra Jay berkata...

Bagus juga ada klinik macam ni, membantu golongan kurang mampu dengan menawarkan pakej kelas 1

Tanpa Nama berkata...

Suprax suprax online is the antibiotic that belongs to to the folks of medications known as cephalosporins. It is inured to to medicate decided types of bacterial infections. [url=http://www.suprax.sitew.com ]cheap suprax[/url] Most often he used to study gonorrheaas warm-heartedly as regard infections, bosoms, bladder, throat and lungs. More this antibiotic http://www.webjam.com/suprax suprax no prescription is called cefixime.

Tanpa Nama berkata...

Siapa dan di mana untuk memesan musim panas ini pada adil, perampasan informasi Anda.

Tanpa Nama berkata...

Good time! I am the firstly on your site. Escape me to quit smoking.

Tanpa Nama berkata...

I am distressed about the ball game in Syria!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Mummy Hezrina | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in